Tuesday, March 31, 2015

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS40320/8 folio 12) berkaitan dengan bayaran pendudukan Pulau Pinang (12 Safar, Selasa)

Al-Mustahaq

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Syah Kedah kepada Francis Light (MS40320/7 folio 31)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas kasih sayang muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Syah Kedah kepada Francis Light (MS40320/6 folio 26) berkaitan rundingan dengan Jenderal Benggala

Al-Mustahaq

Surat tulus ikhlas serta berkasih sayang yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana, telah masyhur ke mana-mana. 

Salinan surat Sultan Abdullah Kedah kepada Gabenor Jeneral di Benggala (MS40320/5 folio 4) berkaitan permintaan Kompeni Inggeris menduduki Pulau Pinang (Selasa, 24 Syawal 1199 Tahun Ha / 30 Ogos 1785)

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan, muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan, pada pihak bersahabat handai dan taulan, daripada Paduka Seri Sultan Abdullah Mukarram Shah yang mempunyai takhta kerajaan di negeri Kedah Darul Aman. Barang disampaikan Tuhan sarwa alam kepada sahabat beta, Gurnador Jenderal Raja Negeri Benggala yang akil bijaksana, telah masyhur gah perkasa perangai, yang sempurna umur, titahkan perang di laut dan di darat, terpuji nama. 

Friday, March 27, 2015

Surat Francis Light kepada Saudagar Raja (MS40320/3 folio 1, surat 7) 15 April 1787

Surat tulus ikhlas daripada Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Saudagar Raja. 

Surat Saudagar Mirangkandu kepada Francis Light (MS40320/1 folio 47) tentang masalah perniagaannya dengan Faqir Sab

Ya Aziz 



Ampun, hamba Dato` Merikan Kandu Saki, hamba yang teramat hina maklumkan sembah pada ke bawah kadam Dato` Gurnador yang teramat mulia. 

Surat Laksamana Perak kepada Francis Light (MS40320/1 folio 46) 1791/1792 tentang penerimaan surat dari Nakhoda Manjung dan bayaran budak Perak lari ke Pulau Pinang

Ya Aziz 

Maka inilah warkah al-ikhlas serta suci putih hati selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan, iaitu daripada Laksamana di negeri Perak Darul Ridwan, barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya pada Tuan Gurnador Yang Maha Mulia merintahkan negeri Pulau Pinang yang akal bijaksana, maka masyhurlah disebut orang nama yang kepujian sampai ke mana-mana. 

Surat Syahbandar Mahbub Selangor kepada Francis Light (MS40320/1 folio 45) tentang hutang Raja Bayang Perak dan rancangan serangan Siak (Ahad, 22 Safar)

Nur al-Shams

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta putih hati tiada berhingga iaitu daripada Mahbub hamba Allah yang daif lagi miskin barang disampaikan Tuhan sarwa segala alam apalah kiranya datang kepada sahabat sahaya Senyur Gurnador yang memerintahkan Pulau Pinang serta dengan adil saksamanya serta bertambah2 juga martabat yang kebesarannya dan kemuliaannya itu lagi bertambah2 juga izzatnya lagi duduk di dalam istirehat dan afiat ala al-dawam amin ya rab al-alamin wa ba’dahu 

Thursday, March 26, 2015

Surat Encik Kamis Johor kepada Francis Light (MS40320/1 folio 44) tentang maklumat Siam hendak ke Terengganu mencari Sayid Ali

Nur Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta dengan suci hati yang putih lagi jernih yang amat hening daripada Encik Kamis yang ada terwakaf dalam bandar negeri Johor, barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya kepada wajah Senyur Gubernador yang di atas takhta kerajaan negeri kota Pulau Pinang, makam al-darajat yang beroleh pangkat serta nama, ihsan kemurahannya telah mashurlah syafa(q?)at insaf lagi (sin-qaf-alif-mim/siqam?) yang kepujian segala buldan, disebutkan lisan segala dagang qarib wa al-ba’id, serta mendirikan panji-panji adilnya yang meneguhi tali mahabbah, sentiasa hari masa dan ketika bergantungan dan berkeluasan di bawahnya, wa ba’du. 

Surat Yang Dipertuan Tuah Pekan Baru kepada Francis Light (MS40320/1 folio 43) 23 Ogos 1791 tentang hutang Kong Ling


Qawluhu al-Haq

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati yang tiada berhingga dan bermasa, iaitu daripada Yang Dipertuan Tuah dalam negeri Pekan Baru, barang disampaikan Tuhan rab(uh?) al-alamin wa ya khair al-nasirin apalah kiranya kepada sahabat saya Senyur Gurnador yang ada duduk dengan istirehat al-khair dalam negeri Pulau Pinang Darul Ihsan wa al-Jinan, lagi arif budiman, lagi bijaksana pada melakukan kasih berkasihan kepada segala sahabat handai taulannya, qarib wa al-ba’id, telah masyhur warta ihsannya itu kepada segala negeri Timur dan Barat. Maka saya pun meminta kepada Tuhan seru sekalian alam, barang bertambah-tambah perangai yang kebajikan itu serta sihat dan afiat, amin ya rab al-alamin wa ba’dahu.

Tuesday, March 24, 2015

Surat Tengku Keraeng Langat kepada Francis Light (MS40320/1 folio 42) tentang perancangan untuk bertemu

Ya Nur al-Shams wa al-Qamar 

Waraqah al-mawjud dan hadiyyah al-mamdud yang disertakan dalamnya tulus dan ikhlas serta kasih berkasihan muafaqat yang tiada berintahi bijami’ al-lail wa al-ayyam, iaitu daripada Tengku Keraeng yang ada di dalam negeri Langat, barang disampaikan Tuhan seru alam sekalian kepada sahabat kita Gurnador yang ada memerintahkan di kota bandar Pulau Pinang yang ada masyhur aqil bijaksana pada perintah bersahabat, wa ba’dah. 

Surat Saudagar Rahsia Raja Kelantan kepada Hakim Bandar Pulau Pinang (MS40320/1 folio 41) tentang permintaan untuk kapal masuk berniaga di Kelantan dari Pulau Pinang

Ya Qadiy al-Hajat 

Alhamdulillah min (alif-lam-alif-kho-mim-alif-ra/al-akhmar?) fi qulub al-mu`minin, wa wa’a fi kunuz fi sudur al-muhibbin, wa ‘ala alihi wa ashabihi tariq al-ansar wa al-muhajirin. Telah selesailah daripada hamid dan thana ke hadrat Tuhan (ilah?) (al-ghina?), maka diidafatkan dalilnya, salam yang dihiasi dengan berapa madah dan thana` daripada ayahanda saudagar di negeri Kelantan, iaitu Rahsia Raja, barang diwasalkan Allah apa kiranya ke hadrat yang salim wa sahib al-ra`fath al-‘amim, iaitu anakanda hakim bandar yang (ampunnya/empunya?) perintah di bawah Gurnador dalam Pulau Pinang, khallad Allah mulkahu wa ihsanahu ila yaum, amin wa ya khair al-nasirin, wa ba’dahu. 

Surat Mahkota Indera Bongsu dan Mahkota Indera kepada Cik Long Juru Tulis (MS40320/1 folio 40) tentang Belanda meminta timah

Ya Aziz ya-Karim 

Alhamdulillah rab al-‘alamin, al-‘aqibah lilmuttaqin, al-solat wa al-salam ‘ala sayyidina muhammad, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in. Selesailah daripada hamdu dan s[th]ana` (ba-alif-qaf-ya-alif/baqia?) (alif-lam-alif-ya-fa-nun-alif/al-ifna?). Maka dia lipatkan dalamnya insya Allah al-k[a]rim wa rab al-arsy al-azim (alif-nun/dan?) iaitu salam doa serta beberapa-beberapa takzim daripadanya kekanda Ma[h]kota Indera Bongsu dan Mangkota Indera, barang disampaikan Allah Subhanatu Wa Taala apalah kiranya kehadapan adinda Cik Long juru tulis yang [a]ziz al-karim hafala Allah taala dunia akhirat amin, thumma amin, wa ba’du. 

Surat Francis Light kepada Saudagar Nasruddin Terengganu (MS40320/1 folio 39) tentang penghantaran opium dan barang dagangan

Ya Aziz

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada beta Gurnador yang memerintahkan di kota Pulau Pinang, barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat beta Tok Saudagar Nasruddin yang aqil bijaksana, telah masyhur kepujian sampai ke mana-mana, wa ba’du. 

Surat Akuan Penggawa Tuah, Penggawa Pematang dan Panglima Perang Letanga (Selangor) kepada Tuan Raja Melaka (MS40320/1 folio 37 & 38)

Penggawa Tuah, Penggawa Pematang dan Panglima Perang Letanga memberi khabar kepada Tuan Raja dalam Melaka. 

Sunday, March 22, 2015

Surat Francis Light kepada Tunku Raja Pedir (MS40320/1 folio 36) 29 Mac 1789 Tahun-tahun Ba tentang hutang Kapten Belanda dan pemergian Kapten Scott ke Pedir

Wa al-Qamar wa al-Shams 


Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan, daripada beta Gurnador yang memerintahkan di kota bandar Pulau Pinang, barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada pihak sahabat beta Tunku Raja Pedir yang aqil bijaksana, telah masyhur gah kepujian sampai ke mana-mana, wa ba’du. 

Surat Cunda Long Ismail kepada Francis Light (MS40320/1 folio 35) tentang kelewatan perahu berlayar kerana permintaan perahu oleh Siam

Qawluhu al-Haq Wa lahu al-Mulk 

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas daripada cunda Long Ismail, barang disampaikan tuhan Allah kepada nenda Tok Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian pada segenap negeri timur dan barat. 


Surat Encik Timah dan Encik Usup Batu Bahara kepada Francis Light (MS40320/1 folio 32) tentang harga perahu yang dibeli

Qal Allah 

Alhamdulillah rab al-alamin, wa al-aqibah lil muttaqin, wa al-solat wa al-salam ala rasulika sayyidina Muhammad al-mursalin, wa ala alihi wa sahbihi ajma’in. Lain daripada itu, maka inilah sembah yang dimulai dengan iftah al-kalam wa tahmid al-nizam serta doa yang maqbulan min syafa'at al-rasul iaitu daripada anakanda Encik Timah dan Encik Usup yang tersalam dalam negeri Batu Bahara Darul Ihsan. Barang diwasalkan Tuan habib al-rahim ke hadrat makam al-karim wa al-qalb al-salim iaitu ayahanda kapitan dua laki isteri yang istirehat al-khair dalam negeri Pulau Pinang Darul Aman, yang beroleh taufik dan hidayat serta pangkat dan darjat daripada Tu[h]an Rab al-‘ibad dan lagi beroleh martabat yang ketinggian dan kemuliaan serta kekayaan dalam sihat dan afiat, barang dijauhkanlah daripada mara dunia wal a[k]hirat, amin ya rab al-alamin, wa ba’du. 

Surat Chit Saudagar Nasruddin Terengganu kepada Francis Light (MS40320/1 folio 30 & 31) tentang harga kici dan senapang

Ini surat chit daripada hamba Dato` Saudagar Nasruddin datang kepada hadrat Dato` Gurnador. 

Saturday, March 21, 2015

Surat Tuan Sayid Muhammad (Terengganu?) Larut (Perak?) kepada Francis Light (MS40320/1 folio 28) tentang kesilapan pembelian ubat bedil dan mohon ditukar

Qawluhu al-haq


Ini surat tulus dan ikhlas tanda berkasi[h]-kasihan serta muafakat yang tiada berkesudahan, selagi ada cakerawala matahari dan bulan, daripada beta Tuan Sayid Muhammad yang daif lagi miskin di dalam Larut, serta barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Taala apalah kiranya kepada sahabat beta Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang aqil bijaksana, telah masyhurlah kepujian sampai ke mana-mana, meme[li]harakan sekalian orang fakir miskin, wa ba’dahu. 

Surat daripada Raja Ali Selangor kepada Francis Light (MS40320/1 folio 27) tentang masalah dengan Tuan Haji Mahmud dan menumpangkan orang pergi haji

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati putih hati iaitu daripada Raja Ali barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam kepada pihak sahabat kita Senyur Gurnador yang mempunyai perintah dan kebesaran di dalam negeri Pulau Pinang serta melakukan kepada segala sahabatnya yang budiman qarib wa la ba’id amin thumma amin wa ba’dah 

Friday, March 20, 2015

Surat Sultan Selangor kepada Kapten Thomas Forrest (MS40320/1 folio 25) meminta untuk bersahabat dan menghantar bendera kompeni Inggeris

Al-Shams wa al-Qamar


Bahawa inilah surat tulus serta ikhlas suci hati yang putih iaitu daripada hadrat Duli Yang Dipertuan Selangor Yang Maha Mulia, barang disampaikan Tuhan semesta seru sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Kapitan Thomas Forrest yang amat baik budi pekertinya daripada handai taulannya, kasih berkasihan, sahabat bersahabat, wa ba’du. 

Surat Paduka Maharaja Adinda Kedah kepada Francis Light (MS40320/1 folio 23) tentang penghantaran beras dan perahu, rusa dan memohon ubat

Qawluhu al-Haq


Surat kasih sayang serta tulus ikhlas dan muafakat yang (sin-dal-ya/sudi?/sedia?) daripada beta Paduka Maharaja Adinda, sampai kepada pihak sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada jalan berkasih-kasihan, pada segala handai dan taulan dan pandai memerintahkan segala pekerjaan dan setiawan lagi dermawan pada segala fakir miskin. Maka tergah masyhur pada sekalian negeri atas angin dan bawah angin. Maka barang ditetapkan Tuhan langit dan bumi perangai yang demikian itu selagi ada perkisaran iaitu matahari dan bulan, jangan berubah-ubah. 

Surat Ambumta Prom Salang kepada Kapten Scott (MS40320/1 folio 22) laporan tentang masalah Kapten Jelusin

Qawluhu al-Haq 


Surat kasih sayang serta takzim merendah daripada perhamba Ambumta Prom, Tanjung Jambu, Negeri Salang, mari sampai kepada Tuan Kapitan Scott yang beroleh senang (sin-nun-ya-alif/senia?) kepada bandar Pulau Pinang. 

Thursday, March 19, 2015

Surat Encik Lu Ngak Perlis kepada Kapten Scott (MS40320/1 folio 21a) 5 April 1785 Tahun Ha tentang penghataran Nakhoda dan dagangan ke Pulau Pinang

Al-Mustahaq 


Surat ikhlas yang berkasih-kasihan, muafakat yang tiada berputusan, selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan, daripada Encik Lu Ngak yang bermakam di bandar Perlis Kota Indera Kayangan, negeri Kedah Darul Aman, datang kepada pihak sahabat saya Kapitan Scott yang istirehat di negeri Salang yang masyhur sebutannya pada antara segala laut dan darat, dan berdirilah gah kepujian pada antara mas[y]riq dan maghrib, yang senantiasa berkasih-kasihan dan setiawan pada segala negeri atas angin dan bawah angin, dan berlaku perintah kebajikan pada pihak aqtar dari segala alam, sentiasalah terpelihara pada segala ke[ti]ka? dan zaman. 

Surat Datuk Batuah Batu Bahara kepada Francis Light (MS40320/1 folio 20) tentang perlindungan terhadap orang Pulau Pinang berniaga ke Batu Bahara

Nur al-Shams wa al-Qamar 


Bahawa ini surat tulus ikhlas daripada kita Datuk Batuah negeri Batu Bahara, barang disampaikan Tuhan Allah kiranya kepada sahabat kita Senyur Gurnador yang memerintah Pulau Pinang. 

Sunday, March 15, 2015

Surat Orang Kaya Buluh Cina kepada Francis Light (MS40320/1 folio 17) tentang pembelian belerang

Wa Shams wa al-Qamar wa Hay 


Surat tulus ikhlas serta putih cuci hati yang tiada berhingga dan tiada bermasa, terlebih daripada air yang jernih, iaitu daripada Orang Kaya Buluh Cina yang makam di daerah negeri Buluh Cina, punya tabik banyak yang teramat miskin, barang disampaikan Tuhan (semat?) semata alam. Apalah kiranya (serta/syarat?) kepada [D]atuk Gurnador yang menjadi raja yang memerintah dalam daerah negeri bandar Pulau Pinang. S[y]ahadan dilanjutkan Allah ‘azza wa jalla umur dan zaman dalam pangkat dan darjat yang kebashiran yang khair dan fuad yang rahim dan budi bicara yang amat luas pihak berkasih-kasihan kepada handai taulannya, baina al-qarib wa ba’id, lagi makmur daripada jalan amat yang meredap wa nahi ‘an al-munkar, senantiasa dengan kenamaan yang terpuji kepada sekalian negeri. Maka masyhurlah atas perangai yang demikian itu. Maka pohonkan barang bertambah kemuliaan fi al-din wa al-dunya wa al-akhirah, amin (ya-alif-ra/ya?) khair lana khairin, amma ba’du. 

Friday, March 13, 2015

Surat Tengku Keraeng Langat Darul Salam (Johor-Riau?) kepada Francis Light (MS40320/1 folio 15) tentang permintaan opium

Ya Qadiya al-Hajat 


(ha-dhal-ya/hazihi?) sahifah al-khulus wa tuhfah al-mahabbah yang terbit daripada fuad al-zakiyyah, termaktub dalamnya kertas al-abyad yang telah termazkur dalamnya menyatakan tabi[k] daripada Seri Paduka Tengku Keraeng, yang ada istirehat al-khair di dalam negeri Langat Darul Salam, barang disampaikan Tuhan seru alam kiranya, datang kepada wajah diraja sahabat kita Gurnador di Pulau Pinang, yang menjabat tadbir al-ihsan daripada pihak pekerjaa[n] kompeni Inggeris di dalam negeri Pulau Pinang, yang amat budiman lagi arif serta bijaksana atas melakukan sesuatu pekerjaa[n] dan bertambah-tambah kasih sayang atas segala bala tenteranya. Maka makin bertambah-tambah kuat dan teguh baginya pada demikian itu wa ba’du. 

Surat Raja Cenak kepada Francis Light (MS40320/1 folio 13) 17 November 1791 Tahun Alif tentang permintaan opium dan kapas

Al-Mustahaqqah


Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tia[da] berkesudahan, daripada beta Raja Cenak sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif bijaksana la[gi] pandai pada pihak bersahabat handai. 

Surat Wan Fakar kepada Kapten Scott (MS40320/1 folio 12) tentang jualan timah, opium, kain, kapas, senapang dan garam

Mustahaq 



Surat tulus ikhlas daripada Wan Fakar, sampai pada kekasih sanda Kapitan Scott yang pandai memerintah, daripada sahabat handai dan taulan, daripada atas angin dan ke bawah angin, gahnya sampai ke mana-mana. 

Thursday, March 12, 2015

Glosari Kosa Kata dalam Koleksi Surat-surat Francis Light

Rujukan utama adalah berdasarkan Kamus Dewan terbitan DBP, edisi keempat.
  • Alpa: lalai, kurang mengendahkan
  • Ambar: sj barang yg harum baunya
  • Anggal: ringan, perahu yang ringan
  • Antelas: sejenis sutera India yang berkilat / satin
  • Ayapan: makanan
  • Ba'id: (Bahasa Arab) jauh
  • Babil: degil
  • Bafta: kain belacu yang halus
  • Bahana: bunyi kuat
  • Bahara: timbangan berat
  • Bandela: himpunan jerami, kertas, dsb yg dibungkus atau diikat utk disimpan atau diangkut
  • Bangat: cepat, segera
  • Banji: sj kisi-kisi drpd kayu atau tembikar yg dipasang pd langkan
  • Banting: sj perahu Acheh yang bertiang dua
  • Baruh: bawah; tanah yang lebih rendah
  • Batil: sejenis perahu bertiang dua / bekas berbentuk seperti tempurung
  • Bokor: pinggan yang cekung dan pipinya lebar
  • Bor: gerudi, jara, penggerek
  • Bulbul: sejenis burung yang pandai menyanyi
  • Buldan: Ar bandar-bandar
  • Bungkal: sukatan berat (emas dll) yang bersamaan dengan 16 mayam atau 53.9 gram 
  • Burhan al-hayat: Ar tanda hidup (berupa surat, cenderamata dll).
  • Cagak: kayu yang hujungnya bercabang untuk menopang sesuatu
  • Cerana: bekas berbentuk seperti dulang bulat serta berkaki (bekas tempat sirih dll)
  • Cerpu: ke bawah ~, ke bawah duli
  • Cindai: Sejenis kain sutera berbunga-bunga
  • Damar: bahan berupa getah keras yang diperolehi daripada pokok
  • Delapan/dulapan: lapan
  • Dian: pelita yang dibuat daripada lilin
  • Dikit: sedikit tidak banyak
  • Embalau: bahan seperti damar yang dihasilkan oleh kelulut bertujuan untuk melekatkan keris pada hulunya
  • Gadang: sejenis penampi yang bulat dan besar
  • Gah: masyhur
  • Gendala: halangan, rintangan, aral
  • Ghalib: biasa, lazim
  • Ghurab: perahu
  • Giras: sejenis kain linen
  • Gurdi: gerudi; penggerek
  • Guri: sejenis tempayan kecil
  • Gurnador: gabenor
  • Haleja: leja: sejenis kain
  • Halai: Tidak ketahuan, kusut
  • Halwa: buah-buahan yang direndam dalam air gula
  • Hayam: ayam
  • Hobatan: jampi, guna-guna, mentera, sihir
  • Hubaya: tidak boleh tidak
  • Ihtimal: mengihtimalkan menyuruh membawa (barang, surat, perintah, dll) kpd
  • Intaha: (Bahasa Arab) tamat
  • Istinggar: sejenis senapang kuno
  • Jadar: merempuh, menyerbu
  • Jak: raga besar
  • Jauhar: (Bahasa Arab) permata
  • Jemba: satuan ukuran yg panjangnya lapan hasta atau 3.66 meter
  • Jerenang: The vegetable product known as "dragon's blood" (Wilkinson)
  • Jojol: tiang yg dipasang untuk mengepung air sungai dll
  • Juak: hamba raja yg mengiringi raja atau membawa alat kebesaran
  • Juragan: nakhoda
  • Kadam: ke bawah kadam, ke bawah duli
  • Kadut: sj kain yg kasar, kain karung, kain rami
  • Kahwa: kopi
  • Kakap: mengakap, meronda, mengamat-amati, mengintai-intai, memata-matai
  • Kalamkari: sejenis kain cita yang berbunga
  • Kampuh: dua lapis kain (kertas dll) yg dijahit menjadi satu
  • Kantor: ibu pejabat
  • Kapitan: ketua kaum / kumpulan
  • Kaus: sepatu, kasut
  • Kelasi: Anak kapal
  • Kelati: Kacip
  • Kelencong: terkeluar atau beralih dari tujuan asal
  • Kelian: galian, lombong
  • Kemoja: Kemboja
  • Kenderi: sj ukuran berat bagi menen­tukan berat emas
  • Kepalang: sedikit, tidak memadai
  • Kepek: kemik; tidak mancung
  • Kerabu: subang yang tipis
  • Kerpai: sj bekas utk diisi ubat bedil, kernu
  • Kesturi: sj benda yg harum baunya
  • Ketuha: ketua
  • Ketur: tempat ludah
  • Khair: (Bahasa Arab) baik
  • Kipar: sejenis kain yang tenunannya bergaris-garis
  • Kodi: dua puluh
  • Koyan: ukuran berat biji-bijian (kira-kira 40 pikul)
  • Kunca: ukuran isi bagi padi (160 gantang)
  • Kusa: sejenis tongkat yang berhujungkan kait besi untuk mengendalikan gajah
  • Kuti: suka menegur perkara-perkara kecil, mencarik kecil-kecil
  • Laba: untung
  • Lail: (Bahasa Arab) waktu malam
  • Laksa: sepuluh ribu
  • Lanca: sejenis sampan besar; sejenis beca beroda dua
  • Langkai: lampai, ramping
  • Larik: menjadikan licin dan bulat, mencanai
  • Lata: daif, hina, air terjun yang rendah, menjalar
  • Lebu: debu; ~ kaki tuanku, paduka tuanku
  • Ligor: sebuah tempat di selatan Thailand yang kini dikenali dengan nama Nakhon Si Thammarat
  • Likur: bilangan antara 20 dan 30
  • Madat: candu yang belum dimasak
  • Makam: tempat kediaman, bersemayam
  • Malau: sejenis damar atau pelekat yang digunakan untuk mengetatkan keris, parang dll / embalau
  • Mamlakat: kerajaan, kedaulatan
  • Mardelong: sebuah tempat di selatan Thailand yang kini dikenali dengan nama Phattalung
  • Masyakah / Masyaqqah: susah, sukar, ke­susahan, kesukaran
  • Mata-mata: polis
  • Menggusta: buah manggis
  • Mesara: belanja, gaji, sara
  • Mika: engkau, kamu
  • Mualim: a pilot, a mate of a vessel (Marsden); The navigating officer, mate or pilot of a ship (Wilkinson)
  • Mudik: belayar atau pergi ke hulu sungai
  • Nahar: (Bahasa Arab) waktu siang
  • Nalih: ukuran banyak padi dll yg sama dgn 16 gantang
  • Opium: candu
  • Opium Patna dan Benares: sejenis opium berkualiti tinggi dari Patna dan Benares, India
  • Pair: peronda atau penjaga keamanan di laut
  • Pamor: besi putih yang dimasukkan dalam mata keris
  • Pasung: alat daripada kayu berlubang yang dipasang pada leher atau kaki orang yang dihukum; tempat tahanan 
  • Payang: pukat; Perahu ~ sejenis perahu nelayan untuk menarik pukat
  • Payar: ~ payar a cruiser; a coast-guard ship (Wilkinson)
  • Pedendang: sejenis pita berbenang emas untuk perhiasan pakaian 
  • Pelang: belang, jalur
  • Pemuras: sj senapang zaman dahulu yg mempunyai muncung yg besar
  • Penakan: anak saudara
  • Pencalang: sj perahu yg besar utk meng­angkut barang-barang dagangan
  • Pending: sejenis perhiasan pada dada atau pinggang yang dibuat daripada emas dan berkerawang
  • Penganan: berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan
  • Penggawa: ketua kampung
  • Peranggu: set yang lengkap
  • Perkisaran: hal berputar
  • Persih: bersih
  • Pipa: tong / bekas bulat tempat mengisi sesuatu
  • Pungguk: ayam pungguk = ayam togel
  • Puri: istana, rumah yang indah-indah
  • Qamar: (Bahasa Arab) bulan
  • Qarib: (Bahasa Arab) dekat
  • Rabung: Puncak bumbung rumah
  • Ragum: sj alat (drpd besi) utk menyepit atau memegang benda yg hendak dikikir
  • Rami: Tali rami iaitu tali daripada serat rami
  • Rampak: berdahan banyak dan panjang-panjang
  • Rentaka: meriam yang boleh dipusing-pusingkan
  • Rincik: keratan kecil-kecil
  • Sagur: Perahu sagur: perahu yang diperbuat daripada batang kayu
  • Sahaya: abdi, hamba
  • Sakai: orang suruhan, hamba, pengikut
  • Sakhlat: sejenis kain yang dibuat daripada biri-biri
  • Saki: kawan, teman
  • Sal: selendang pembalut leher
  • Sambuk: sejenis perahu kecil
  • Samir: daun (nipah, rumbia, dll) yg dibuat atap atau pengalas muatan (di perahu)
  • Sanda: saya, hamba
  • Sarwa: segala, sekalian, seluruh
  • Sat: ukuran banyak beras dll
  • Segani: jurumudi
  • Selob: sj perahu
  • Semambu: nama sejenis rotan yang biasanya dibuat tongkat
  • Semperung: tabung kaca penutup nyala lampu
  • Sendawa: bahan kimia yang digunakan sebagai campuran dalam ubat bedil
  • Senin: Isnin
  • Senteri: dagang senteri, berbagai-bagai orang asing yang datang
  • Senyur: (Portugis) tuan atau encik
  • Serang: ketua kelasi (yang mengawasi kelasi-kelasi lain)
  • Serdadu: anggota tentera
  • Serpai: serpih
  • Serokan: teluk kecil yang terdapat di sungai atau laut
  • Seteru: musuh atau lawan
  • Seturi: Kesturi; sejenis benda yang harum baunya
  • Shams: (Bahasa Arab) matahari
  • Singgora: sebuah tempat di selatan Thailand yang kini dikenali dengan nama Songkhla
  • Sipai: askar India
  • Suak: teluk kecil
  • Sulab: sj kapal layar orang Barat
  • Supai: sipahi, sipai, askar India
  • Syal: sejenis selendang
  • Tabik: hormat, takzim
  • Tafahus: penyelidikan yg teliti, pemerik­saan, penggeledahan; 
  • Taksir: kurang ingat-ingat, alpa, lalai
  • Tambar: ubat, penawar
  • Tambun: gemuk (orang, binatang)
  • Tandil: ketua kelasi di kapal
  • Tarang: sangkar ayam, terak, petarangan
  • Taruh: meletakkan, menempatkan, menentukan
  • Taul: menambat dayung pada birai perahu
  • Tega: tidak menaruh belas kasihan tidak peduli akan kesusahan dsb orang, sampai hati
  • Temberang: tali-menali di kapal untuk meneguhkan tiang
  • Temerang: sejenis bekas tempat menyimpan ikan
  • Tera: Tanda atau cap
  • Teripang: nama sj binatang laut yg bentuknya spt buah mentimun tetapi menggerutu kulitnya
  • Timpuh: duduk bersimpuh
  • Ungkah: membuka, membongkar, mengungkai
  • Waleh: berterus terang; tidak berselindung
  • Wangkang: sj jong yang kecil, perahu besar

Surat Tengku Kejuruan Jepur kepada Francis Light (MS40320/1 folio 11) tentang permintaan senapang, ubat bedil, timah, permuras dan kain

Ya Qadiya al-Hajat

Salam doa serta takzim dan takrim iaitu daripada Tengku Kejuruan Jepur yang duduk dalam negeri Langkat, barang disampaikan Allah Subhanahu Wataala, apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gurnador yang duduk dalam negeri Pulau Pinang yang beroleh pangkat dan darjat dan yang beroleh kebesaran dan kemegahan dalam dunia negeri Pulau Pinang, amin thumma amma ba'du.

Rangka Surat daripada Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/1 folio 10) tentang pemergian ke Benggala dan permintaan Sultan Kedah sebanyak 3000 rial

Ya Ghafur Rahim


Daulat Tuanku Shah Alam Zillullah Fi al-Alam. Ampun Tuanku patik Gurnador Pulau Pinang, hamba yang teramat hina daripada sekalian hina, merafakkan sembah ke bawah tapak cerap Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Serta patik mohonkan ampun beribu-ribu ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik, ampun Tuanku.

Surat Dato Kaya Batu Bahara kepada Francis Light (MS40320/1 folio 8) tentang budak-budak yang lari ke Pulau Pinang dan kes pembunuhan Kapten Morris

Wa al-Shams Wa al-Qamar 

Bahawa ini surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan, daripada kita Dato` Kaya Batuah yang duduk dalam Kuala Batu Bahara Kampung Bukuk, barang disampaikan Tuhan yang memiliki sekalian alam apalah kiranya kepada sahabat kita Senyur Gurnador yang memerintah bandar Pulau Pinang yang aqil bijaksana, telah masyhur sampai ke sana sini kepujian memeliharakan segala dagang yang pergi mari, wa ba’du. 

Surat Raja Cenak kepada Francis Light (MS40320/1 folio 7) 26 Julai 1787 Tahun Zai tentang permintaan beras, opium, kapas serta budak-budak siam

Al-Mustahaqqah



Surat tulus ikhlas daripada beta Raja Cenak, sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil lagi bijaksana. 



Wednesday, March 11, 2015

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS40320/1 folio 6) tentang masalah Kapten Jaga-jaga yang tidak kenal orang dan tidak tahu berbahasa Melayu

Al-Mustahaq 


Surat tulus ikhlas daripada beta Laksamana datang pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. Maka adalah surat sahabat beta dibawa Kapitan Jaga-jaga sampailah pada beta. 

Surat Bonda Cik Piyah Selangor kepada Anakanda Perempuan Gurnador Pulau Pinang (MS40320/1 folio 3) tentang ingatannya kepada anakandanya

Ya Qadiya al-Hajat 

Salam yang dihiasi dengan salim, doa yang diiringi dengan takzim, maka dicampur pula dengan jauhar al-nazim. Surat daripada bonda encik Piyah yang duduk Dipati Selangor, orang yang hina daripada sekalian hina, tambahan pula tiada mempunyai daya dan upaya, lagi miskin daripada sekalian miskin, lagi hina daripada sekalian itu. Barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Taala Tuhan Rab al-Arsy al-Alim, apalah kiranya datang kepada anakanda, orang yang setiawan dan lagi dermawan, beserta beroleh taufiq dan hidayah serta sihat dan afiyat daripada Tuhan Rab al-ibad ertinya tolong dan kurnianya kepada tiap-tiap laksananya bertambah-tambah arif bijaksananya selagi ada umur zamannya. Maka bonda puan menadahkan kedua belah tangan, memintakan doa mengatakan amin, wa ya khayr al-nasirin amma ba’du

Surat Pangeran Adi Wijaya Palembang kepada Peter di Pulau Pinang (MS40320/1 folio 2) 6 Oktober 1787 tentang hubungan persahabatan dengan Palembang

Qawluhu al-Haq 


Bahawa (nun-ba-dhal/nabz?) yang (sin-dhal-ro-ta/sazrah?) yang termaktub di dalamnya tanda tulus dan ikhlas yang terbit daripada fuad al-azkiyah wa sa’adah al-abadiyyah pada menyatakan pembawa hati yang berkasih-kasihan kepada (ha-ya-dal-ya/handai) dan taulan, iaitu daripada Paduka Seri Pangeran Adi Wijaya yang bermakam di dalam negeri Palembang, dengan maka mudahan kiranya barang disampaikan Tuhan seru alam kiranya kepada sahabatnya iaitu Peter yang mempunyai perintah di dalam negeri Pulau Pinang, yang ia tuan Allah sudah tolong dengan dapat kebesaran dan kekayaan dengan kesenangan serta melimpahkan kemurahannya kepada tiap-tiap hari. Maka masyhurlah wartanya negeri kepada segala. Maka berhimpunlah dari sana dan sini segala dagang senteri. Maka mengucap syukurlah mereka itu serta meminta ampun mereka itu ke hadrat Tuhan Aziz al-Ghafur akan barang dosa mereka itu yang telah terlanjur, wa ba’du. 

Surat Dato' Bayan kepada Francis Light (MS40320/1 folio 1) tentang hutangnya kepada Lebai Abdul Latif

Ya Aziz 

Hamba Dato` Bayan saki yang daif merafakkan sembah ke bawah kadam Dato` Gurnador yang teramat mulia. 

Tuesday, March 10, 2015

Surat Isteri Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS40320/1 folio 4) tentang penerimaan beras dan kain oleh Lebai Abdul Khatib dan penghantaran timah yang lewat (Jumaat, 28 Safar)

Qawluhu al-Haqq

ini surat tanda tulus dan ikhlas serta suci hati yang putih iaitu daripada isteri Tenku Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Shah yang memerintahkan bandar negeri Selangor barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Taala apalah kiranya datang pada sahabat kita Dato` Gurnador Pulau Pinang 

Monday, March 9, 2015

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/4, f. 53) berkenaan harga timah dan pembelian senapang, ubat bedil dan permaidani 22 Ramadhan 1201 (8 Julai 1787)

Warkah al-ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada hadrat Maulana Paduka Seri Sultan Ibrahim yang semayam di atas takhta singgahsana kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus, barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gabenor yang memerintahkan negeri Kota Pulau Pinang yang amat setiawan daripada melakukan antara sahabat bersahabat serta dengan mengasihi segala orang yang miskin dagang senteri yang pergi datang. Maka, masyhurlah warta ihsannya kepada tiap-tiap negeri yang lain, wa ba’d.

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/11 folio 36) 5 Januari 1787 supaya Francis Light tidak memihak kepada sesiapa tentang 615 orang Selangor yang berada di Kedah serta pembelian beras, besi dan meriam.

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus serta ikhlas, suci putih hati iaitu daripada hadrat Maulana Paduka Seri al-Sultan Ibrahim Khalifah al-Mukminin yang semayam di atas takhta singgahsana kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus. Barang disampaikan Tuhan semesta sekalian alam, apalah kiranya kepada sahabat kita Gabenor yang memerintahkan di dalam kota Pulau Pinang, ialah yang amat setiawan dan dermawan serta dengan arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan antara sahabat bersahabat serta dengan mengasihi segala fakir miskin, qarib wa al-ba’id. Maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap negeri yang lain, wa ba’dah.

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/11 folio 44) 22 November 1786 tentang kapal keling di Selangor dan permintaan bendera kompeni dan senapang.

Al-Shams wa al-qamar


Bahawa inilah surat tulus serta ikhlas suci putih hati iaitu daripada hadrat Maulana Paduka Seri Sultan yang semayam di atas bukit takhta kerajaan di dalam daerah bandar negeri Selangor Darul Khusus, barang disampaikan Tuhan semesta segala alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Senyur Gabenor yang memerintahkan di dalam kota Pulau Pinang, ialah yang amat setiawan dan dermawan, arif bijaksana daripada melakukan antara sahabat bersahabat, kasih berkasihan, setia pakat muafakat serta dengan mengasihi segala fakir miskin dan memeliharakan segala dagang yang pergi datang, qarib wa al-ba’id. Maka adalah seumpama syams dan qamar yang menerangkan alam dunia ini, adalah seumpama sepohon kayu yang besar di tengah padang yang amat rendang dahannya, serta dengan amat lazat buahnya, serta dengan harum bau bunganya. Itulah tempat pernaungan segala hamba Allah serta dengan menghilangkan lapar dahaganya. Maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap-tiap negeri yang lain, wa ba’dah. 

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/11 folio 45) 1 Oktober 1786 meminta bendera kompenin Inggeris dan masalah 615 orang Selangor lari ke Kedah serta pembelian peluru meriam, meriam dan senapang

Al-Shams wa al-qamar


Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada hadrat Maulana Paduka Seri Sultan yang semayam di atas takhta singgahsana kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus. Barang disampaikan Tuhan semesta sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gabenor yang memerintah di dalam kota Pulau Pinang, ialah yang amat setiawan daripada antara kasih berkasihan, sahabat bersahabat serta dengan memeliharakan kepada segala dagang yang pergi datang serta dengan murahnya kepada fakir miskin. Maka masyhurlah warta ihsannya pada sekalian negeri-negeri yang lain, wa ba’dah.

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/11 folio 43) 25 Ogos 1786 tentang hubungan Selangor dan Belanda dan meminta untuk membeli senapang, batu senapang dan besi

Al-Shams wa al-qamar


Bahawa inilah surat tulus serta ikhlas suci putih hati iaitu daripada hadrat Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia yang semayam di atas takhta singgahsana kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus, barang disampaikan Tuhan semesta sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Kapitan Light yang ada duduk di dalam bandar negeri Kedah Darul Aman, ialah yang amat setiawan dan dermawan antara sahabat bersahabat serta dengan murahnya kepada fakir miskin, wa ba’dah.

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/11 folio 39) 3 April 1786 meminta tolong dihantarkan orang menunaikan haji dengan kapal

al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini warkah al-ikhlas yang terbit daripada hati yang putih lagi jernih, iaitu daripada hadrat Maulana al-Sultan Ibrahim, raja yang memerintah di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus, barang disampaikan Tuhan seru sekelian alam kepada sahabat kita Gobernador Mister Light yang memegang perintah kompeni Inggeris di dalam bandar kota Pulau Pinang yang telah masyhur namanya kepada segala negeri yang di Barat dan negeri yang di Timur, dan lagi mengasih orang yang miskin dan anak dagang yang keluar masuk di dalam bandarnya, amma ba’d.

Sekeping gambar seribu makna...

Dari Kiri: Prof. Ahmad Murad Merican, Dr. Annabel Teh Gallop, Abdur-Rahman dan Prof. Dr. EU Kratz di British Library, 13 November 2013

Surat Sultan Perak kepada Francis Light (MS40320/11 folio 34) 20 September 1788, 19 Zulhijjah 1202 Tahun Alif tentang penghantaran timah dan hutang Nakhoda Bayan kepada Raja Kecil Muda

Qawluhu al-Haq

Salamuh Allah ala al-dawam ma damat al-lail wa al-ayyam. Dari bawah hadrat Paduka Seri Sultan Aliyuddin Mansur Shah Iskandar Muda Khalifah al-Rahim yang mempunyai takhta kerajaan negeri Perak Darul Ridhwan, sampaikanlah kepada sahabat kita Gurnador yang duduk memerintah di Pulau Pinang. 


Surat Sultan Perak kepada Francis Light (MS40320/11 folio 107) 23 Julai 1787, 7 Syawal 1201 tentang persahabatan Pulau Pinang dan Perak dan permintaan benih sagu

Ya Fattah al-Qulub

Salam lillah taala ala al-dawam ma damat al-lail wa al-ayyam. Dengan berkat Muhammad Sayyid al-anam serta diiringi dengan beberapa madah dan thana serta doa yang tiada terhingga dan berkeputusan kasih dan mesra tiada berkesudahan daripada kita Maulana Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda Khalifah al-Rahim Johan Berdaulat Zillullah fi al-‘Alam yang di atas takhta singgahsana kerajaan dalam negeri Perak Darul Ridhwan. Barang disampaikan Tuhan Seru sekalian alam apalah kiranya pada Gurnador yang memerintahkan tadbir dalam negeri kota Pulau Pinang yang arif bijaksana pada jalan melakukan kesukaan dan muafakat serta berkasih-kasihan yang tiada berhingga dan berkeputusan antara kita kedua pihak ini akan menjadi kebajikan masyrik dan maghrib. 

Surat Raja Cenak kepada Francis Light (MS40320/1 folio 33) Selasa, 30 Ogos 1791 Tahun Dal Akhir tentang masalah antara Lebai Abdul Latif dan Nakhoda Isa

Al-Mustahaqqah 



Surat kasih sayang tulus ikhlas daripada beta Raja Long Umar di negeri Kedah Darul Aman, sampai pada sahabat beta Dato` Gurnador yang arif bijaksana dan yang mempunyai perintah di dalam bandar Pulau Pinang serta yang amat mengasihani segala hamba Allah yang teraniaya, supaya jadi ramailah segala dagang masuk berniaga ke dalam Pulau Pinang itu dengan sebab baik bicara dan tuah sahabat beta, jadi makmurlah di dalam bandar Pulau Pinang itu. 

Sunday, March 8, 2015

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/1 folio 29) tentang barang dagangan ke Pulau Pinang iaitu garam dan tembakau jawa

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta putih hati yang amat hening dan jernih, iaitu daripada Duli Yang Dipertuan yang semayam di Bukit Selangor Yang Maha Mulia. Barang disampaikan Tuhan seru ‘alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita iaitu Senyur Gurnador Pulau Pinang yang amat setiawan dan artawan serta berkasih-kasihan sahabat handai dan taulannya dan sangatlah masyhur warta yang ihsan kepada segala negeri di Barat dan di Timur itu. Dan kita pun sangatlah suka cita dalam fuad al-zakiyyah itu serta sihat dan afiat ‘ala al-dawam, amin thumma amin, wa ba’du. 

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/1 folio 26) tentang masalah antara Kapten Scott dan Sitam, serta hutangnya kepada Kapten Thomas Forrest

Al-Shams wa al-Qamar 



Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada hadrat Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas takhta kerajaan di dalam negeri Selangor Darul Khusus, barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gabenor yang memerintahkan negeri kota Pulau Pinang, dan ialah yang amat setiawan dan artawan serta dengan arif bijaksana daripada melakukan kasih-berkasihan sahabat-bersahabat, makin lama makin terlebih mahabatnya kepada segala dagang senteri yang pergi datang. Maka masyhurlah warta ihsannya kepada negeri yang lain-lain qarib wa al-ba’id, wa ba’du. 

Surat Sultan Ibrahim (Selangor) kepada Francis Light (MS40320/1 folio 24) 21 Mei 1787 tentang perjumpaan dengan Francis Light dan keinginannya pergi ke Acheh

Al-Shams wa al-qamar 



Warkah al-ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada hadrat Seri Paduka Sultan yang semayam di atas takhta singgahsana kerajaan di dalam negeri Selangor Darul Khusus. Barang disampaikan Tuhan semesta alam kepada sahabat kita Senyur Gubernador yang memerintahkan di dalam bandar negeri kota Pulau Pinang Darul Aman, ialah yang amat arif bijaksana daripada melakukan kesukaan dengan segala handai taulannya. Maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap-tiap negeri yang lain, wa ba’du.

Surat Saudagar Rahsia Raja kepada Francis Light (MS40320/1 folio 18) 22 Mac 1786? tentang permintaan membawa kapal dari Pulau Pinang masuk ke Kelantan serta mendapat harga lada yang murah dari harga di Terengganu

Qawluhu al-Haq 



Surat kasih sayang daripada kita Saudagar Rahsia Raja di negeri Kelantan, sampai kepada sahabat beta Tuan Senyur Gurnador yang empunya perintah kekayaan dan kebesaran dalam Pulau Pinang. 

Raja Muda Perlis kepada Francis Light (MS40320/1 folio 16) tentang belerang yang telah sampai serta jam yang rosak minta dibaiki

Al-Mustahaq 



Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang sudi suci putih hati dan muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan, daripada beta Raja Muda yang memerintah negeri Perlis Bandar Kota Indera Kayangan, mari sampai kepada pihak sahabat beta iaitu Gurnador yang memerintahkan bandar Pulau Pinang yang amat budiman pada jalan berkasih-kasihan dengan segala handai dan taulan, lagi setiawan dan dermawan pada segala fakir miskin, hina dina dan sangat bijaksana pada segala pekerjaan di laut dan darat dan tolong-menolong segala anak dagang senteri, tiada diberi kesakitan. Maka tergah masyhurlah nama kepujian pada segala negeri atas angin dan bawah angin. Maka perangai yang demikian itu barang ditetapkan Tuhan seru alam sekalian. Jangan berubah-ubah. 

Surat Sultan Abdullah Muazzam Shah (Kedah) kepada Francis Light (MS40320/1 folio 14) tentang penghantaran orang pergi menunaikan haji beserta timah untuk dijual sebagai belanja mereka

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana lagi arif, telah masyhur ke mana-mana. 

Surat Syahbandar Selangor kepada Francis Light (MS40320/1 folio 9) tentang penghantaran tembakau serta meminta opium (Sabtu 20 Jamadil Awal 1201 / 10 Mac 1787)

Nur al-Shams Wa al-Qamar 

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang putih dan hening dan jernih iaitu daripada Syahbandar Selangor yang daif lagi miskin barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya terkhusus kepada sahabat kita Senyur Gurnador Misteri  Lait yang bermakam serta memerintahkan di bawah angin ini kebesaran kompeni Inggeris dan masyhur wartanya yang ihsan memerintahkan Pulau Pinang serta memeliharakan segala dagang senteri yang pergi mari itu serta ditetapkan Tuhan semakmur hidup dalam dunia ini dengan kebesarannya dan kemuliaannya fi al-din amin thumma amin wa ba’du al-kalam 

Surat Dato Paduka Seri Indera Penghulu Batu Bahara kepada Francis Light (MS40320/1 folio 5) tentang orang putih di Pulau Berhala

Qawluhu al-Haq 



Surat tulus ikhlas kasih serta sayang suci putih hati daripada Dato` Paduka Seri Indera Penghulu di dalam Lima Laras yang tiada mempunyai daya dan upaya. Barang disampaikan Tuhan ‘Azza Wa Jalla apalah kiranya kepada sahabat kita Senyur Gurnador yang telah memerintah di dalam negeri kota Pulau Pinang lagi adil dengan murahnya, daripada melakukan berkasih-kasihan dengan segala sahabat handai taulannya yang qarib wa al-ba’id. Maka masyhurlah nama sahabat kita kepada segala negeri Barat dan Timur demikianlah adanya, wa ba’du. 

Raja Abdullah (Sultan Ibrahim ibn Raja Lampuk, Johor?) kepada Francis Light (MS40320/1 folio 50) 1793/94 tentang dakwaan merosakkan perahu

Ya Rahman 

Alhamdulillah rab al-‘alamin. Maka inilah warqah al-ikhlas yang termaktub dalamnya, serta suci putih hati daripada Raja Abdullah. Barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala apalah kiranya kepada sahabat sahaya Dato` Gurnador yang memerintahkan negeri Pulau Pinang Darul Aman, yang telah beroleh pangkat dan kebesaran serta kemuliaan daripada Tuhan Malik al-Manan, lagi amat bijaksana pada mengasihani sekalian dagang yang segenap negeri.