Thursday, October 22, 2015

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS40320/3 folio 23) berkenaan penerimaan kapas 7 bandela dan kiriman tembakau dan harga damar

[MS40320/3 f.23r]
Qawluhu al-Haq wa kalamuhu al-Sidq

Kasih serta sayang yang tiada berkeputusan daripada cucunda Long Ismail, datang ke hadrat nenda Tok Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian pada memerintah segenap perkaranya.


Kemudian daripada itu ahwal, maka akan kapas tujuh bandela dan surat daripada nenda yang dibawa Pu Meteri ini sampailah pada cucunda. Maka tersebut di dalam surat nenda akan tembakau Keling yang cunda pinta pada nenda itu sudah dibeli orang dahulu daripada surat cucunda pinta itu, dua bahara sahaja yang ada tinggal lagi nenda hendak beri akan cunda. 

Maka itulah saudara cunda ini Uwan Long ‘Ataillah disuruh oleh hadrat kadam Dato’ Bendahara pergi mendapat nenda, serahlah beri mari tembakau itu pada saudara cunda ini, boleh cunda buat belanja akan ditaruh makan sahaja. 

Syahdan akan nenda tanya harga damar batu cunda yang sudah nenda terima itu, akan harganya itu barang berapa yang suka hati nenda hendak kasih beri akan cunda, jadi kesukaanlah pada hati cunda menerimanya. 

Maka ada rotan sebuah perahu dibawa teman cunda mari. Maka cunda beri pergi akan nenda pada saudara cunda ini, pinta nenda suruh terima ambil. Maka cucunda hendak pergi sendiri mendapat nenda pun karena cunda di dalam sakit, tiada boleh berjalan dan duduk segala khabar dan pesan daripada cunda telah nyatalah kepada saudara cunda ini. Ahwal inilah cunda takrifkan.

Perbuat surat enam belas haribulan Safar, hari Jumaat, tamat al-kalam.

Syahdan maka itulah beras tengah dua koyan cucunda beri pergi, pinta nenda terima ambil. Jikalau nenda berkehendak lagi beras itu, nenda nyatakan mari, boleh cucunda beri pergi lagi. Tamat.

[MS40320/3 f.23v]
Surat Wan Long Ismail

No comments:

Post a Comment