Monday, October 26, 2015

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS40320/3 folio 24) berkenaan permintaan 100 orang untuk membantu Francis Light di Pulau Pinang

Al-Mustahaq

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala daripada cunda Long Ismail datang kepada nenda Tok Kapitan Light Dewa Raja, Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian pada segenap negeri sebelah timur dan barat, pandai memerintah pada segenap perkaranya.

Kemudian daripada itu ahwal, maka adalah nenda beri mari surat pada orang tuha cucunda Tok Long gendala, tersebut di dalamnya nenda pinta tolong rakyat barang seratus orang. Maka akan perintah itu, sangatlah kesukaan di hati hadrat kadam Dato’ Bendahara hendak menolong hal nenda itu sahaja, daripada sampai surat nenda itu pun hadrat kadam Dato’ Bendahara duduk memincarakan cahari rakyat teman yang boleh pergi buat kerja nenda ke Pulau Pinang, tiada diboleh karena rakyat negeri Kedah ini tengah musim mengambil padi. 

Lagi pun khabar "awak" itu sudah datang hendak melanggar Salang. Maka keluar titah [koyak] ...DiPertuan suruh hadrat kadam Dato’ Bendahara kerah segala rakyat baiki perahu hendak [koyak] pergi bantu Salang itu. Maka cucunda hendak suruh pergi perbuat bangsal dan rumah cunda sendiri [koyak] ...inang itu pun tiada boleh lagi karena tiada boleh teman hendak dikerasi segala rakyat itu bawa pergi [koyak] ...nasalah segala padi beras. 

Maka kemudian pula cunda dengar khabar kata nenda sakit, maka cunda hendak [koyak] ...i melihat nenda sakit karena cunda pun tengah sakit, dalam anak cucu serta mak saudara cunda [koyak] ...t. Maka jadilah tiada boleh cunda pergi melihat dan berjumpa nenda. 

Maka inilah Syaudagar Marikan Kandu [koyak] ...h pergi ganti tubuh cunda melihat nenda sakit itu. Ahwal inilah cunda nyatakan segala khabar dan [koyak] ...nda telah tibalah pada Syaudagar Marikan Kandu ini ada kiriman cunda, penganan sedikit akan tanda kasih.

[koyak] perbuat surat enam belas haribulan Rabiul Akhir, hari Isnin, tamat al-kalam.

[MS40320/3 f.24v]
Bendaras Son

2 comments: