Wednesday, October 14, 2015

Surat Raja Diyang Metanang kepada Francis Light di Salang (Phuket) (MS40320/3 folio 20) meminta untuk bertemu Francis Light di Salang (Phuket)

Ya Aziz

Paduka anakanda Raja Diyang(?) Metanang maklumkan pada ke bawah hadrat Paduka ayahanda Kapitan Light yang beroleh pangkat darjat kebesaran dan kekayaan, yang beroleh kurnia daripada Raja Benua Siam, tempat ti[m]puh kesukaan duduk istirehat dalam negeri  Salang, dengan kemudahan yang amat besar, amat masyhurlah paduka ayahanda duduk dalam negeri Salang itu.


Maka paduka anakanda ini sangatlah dalam kesakitan yang amat besar selama bercerai dengan paduka ayahanda. Maka beberapa paduka anakanda minta doa kepada tu[h]an Malik Rahman, hasrat paduka anakanda hendak berjumpa mata dengan paduka ayahanda barang suatu saat serta dengan rindu dendam tiada lagi disampaikan Allah. 

Maka inilah paduka anakanda maklumkan, jika ada limpah rahim, kasih dan sayang serta dengan dibenarkan, paduka anakanda pohonkan surat paduka ayahanda, beri mari paduka anakanda dengan nama paduka ayahanda, panggil paduka anakanda ke Salang, supaya boleh paduka anakanda pergi mengadap paduka ayahanda ke Salang itu. 

Maka besarlah harap paduka anakanda akan paduka ayahanda balas seperti kehendak paduka anakanda itu. Maka tiadalah apa tanda hidup paduka anakanda akan paduka ayahanda karena paduka anakanda duduk di Langau(?) buat perahu.

Ahwal itulah paduka anakanda maklumkan pada paduka ayahanda. Izzah bertambah2 ‘ala al-dawam. Tamat.

No comments:

Post a Comment