Monday, November 23, 2015

Surat Nakhoda Pu Ali Acheh kepada Francis Light (MS40320/3 folio 42) berkenaan barang dagangan pinang dan papan dan hadiah kain kepada Francis Light

Ya Qadiy al-Hajat

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-‘aqibat lilmuttaqin wala ‘udwan illa ‘ala al-zalimin yau tul Allah zaman ‘umruh bil a’mal al-saleh wazaduhu khairan fi kulli yaum walailat wa ihsan ila yaum al-din serta diiring dengan beberapa puji yang indah2 dan beberapa rindu serta dendam yang tiada bermasa dan ketika, pada siang dan malam, iaitu daripada Tuan Nakhoda Pu Ali, barang disampaikan Allah Subhanahu wa Taala kiranya kepada saudara hamba Tuan Kapitan Mister Leh yang dipeliharakan Allah daripada segala mara bahaya dan ditambahkan oleh Tuhan kita Jalil al-Jabbar akan umurnya min dar al-dunya ila dar al-aman dan yang masyhurlah segala nenggeri yang lain nama yang kebajikan dan beberapa puji dalamnya tiada berkeputusan, amma ba’du.


Adapun kemudian dari itu, barang tuan Kapitan Mister Leh ketahui akan hal ehwal hamba. Sekarang pun hamba datang dengan sebuah kapal hendak mendapatkan tuan hamba, muat dagangan isi kapal itu pinang Piku, hamba hendak berlayar (ke nenggeri) ke nenggeri Piku. 

Jikalau ada izin Allah dan izin Rasulullah, hamba hendak perbaikkan kapal itu. Ada pun akan malam, kapal itu tiada baik, fe’el jahat perangai sangat jahat, jikalau ada langkah hamba diberi Allah, jikalau tiada hina hamba pergi, kalau ada kasih sayang Tuan Kapitan Master Leh akan hamba hendak persih kapal itu, sekarang pun harap hamba akan Allah dan akan Rasulullah (kemian/kemudian?) harap hamba akan Tuan Kapitan kasih tuan membeli papan puri kayu jati barang di sedikit dan papan senjal sedi sedikit dan yang lain mana ikhtiar tuan akan hamba, hamba pun sudah pua puas sampai kepada ke Pulau Pinang. 

Kepada tuan, satu tiada lain, hamba kirim akan tuan melainkan ada kain langkai palang rusa sehelai akan basahan tuan, demikianlah khabar.

Wakatibuhu wa sahibuhu wa tamat al-kalam bi al-khair. Wassalam.

[MS40320/3 f.42v]
Ini surat Nakhoda Pu ‘Ali Aceh

No comments:

Post a Comment