Tuesday, December 1, 2015

Surat Penggawa Tua Kedah kepada Piya Rat (MS40320/3 folio 53) menyatakan bahawa beliau tidak boleh pergi ke Salang

Ya Hannan

Adinda penggawa maklumkan surat kasih sayang ke hadrat kekanda Piya Rat kapitan yang teramat Aziz al-Karim, bertambah2 martabat ketinggian dan kebesyaran serta sangat kasih mengasih pada segala handai taulan, melimpahkan rahmat atas segala fakir dan miskin, melanjutkan mahabbat al-mukarram menyukakan hati segala handai yang setiawan serta dengan bijaksana lagi dermawan, pandai mengambil hati segala hamba Allah Ya Za al-Jalal Wal Ikram.

Amma ba’du, dari itu adinda maklumkan ahwal adalah surat hadrat kekanda beri mari pintak bicarakan teripang itu, insya Allah Taala mana bolehnya adinda bicarakanlah suruh teman2 pergi cahari. Maka hendak bicarakan siap perahu empat lima buah beri teman2 pergi, itulah gendala adinda, tiada boleh pergi lagi ke Salang. Insya Allah Ta’ala sudah selesyai lepas teman2 pergi di dalam bulan Jamadil Awal inilah adinda pergi, boleh berjumpa hadrat kekanda di Tanjung Jambu serta saudara adinda itu kapitan Usykat, boleh tentu barang kira bahawa akan saudara adinda itu kapitan Usykat suruh hantar sulab itu, sudah dibawa kerani adinda itu pergi dahulu pada bulan Rabiul Akhir itu ke Tanjung Jambu. Barang hal kerani itu mintak adinda tolong jangan diharu hara orang karena sulab itu adinda hantarkan saudara adinda itu Kapitan Uskat. Ahwal inilah adinda maklumkan.

Bermula harga teripang itu jika hadrat kekanda tentukan mari, boleh adinda nyatakan pada segala orang dan anak buah yang hendak kerjakan itu, jangan gundah hati segala yang hendak membuat teripang. 

Perbuat surat sehari bulan Jamadil Awal, hari Sabtu, tahun Ha, iddah saadah bertambah2 ala al-dawam. Tamat.

No comments:

Post a Comment