Thursday, December 3, 2015

Surat Dato Raja Indera Setia kepada Francis Light (MS40320/3 folio 61) berkenaan siasatan terhadap 5 orang yang melarikan diri

Ya Aziz

Hamba Dato’ Raja Indera Setia yang hina maklumkan kepada Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang Darul Aman. 

Wa ba’du, dari itu ahwal seperti surat Dato’ mari itu telah sampailah kepada hamba Dato’. Maka tersebut dalamnya orang dalam gudang kelab(?) lari lima orang, dalam itu Serani dua orang, Melayu tiga orang, suruh siasatkanlah, tangkap beri mari. 

Beri belanja seratus rial itu telah mafhumlah hamba Dato’, boleh hamba Dato’ cahari siasat dalam jajah Kerian itu, seperti dalam surat Dato’ beri mari itu tiadalah hamba Dato’ alpakan.

Diperbuat surat pada enam likur haribulan Muharam, hari Ahad. Intaha al-kalam, bi al-khair, wa salam.

No comments:

Post a Comment