Friday, December 4, 2015

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS40320/3 folio 64) berkenaan hamba Tenu (5 Syawal 1206, Ahad, Tahun Alif, 27 Mei 1792)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tunku Raden Muhammad, mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana, yang telah masyhur kedengaran sampai kemana mana, perintah bersahabat hina dina.


Kemudian dari itu, ahwal akan budak2 Tenu yang lari dahulu itu, nyata beta sudah lihat suratnya. Budak2 itu hamba ditebus pada masa sahabat beta lagi duduk di kuala ini. Maka akan Mad Li itu pun nyata hamba ada dengan suratnya ditebus. Maka dikurnia baginda modal suruh berniaga, jadi kepercayaan. 

Dan tukang larik dan tukang tembaga itu berhutang kepada beta lima puluh rial lebih kurang sedikit dan berhutang pada baginda pun ada dan pada tempat yang lain itu pun banyak beta ketahui serta dibawanya budak hamba pun banyak tukang kedua itu lagi banyak berhutang. 

Maka itulah surat titah baginda dibawa To’ Bendara Seri Pekerma Raja dan Panglima Kota Seri Bijaya Muluk sampaikan pada sahabat beta, pergi pinta budak2 hamba dan orang berhutang itu sahabat beta beri mari pada orang dua itu, bawa mari menurut janji sahabat beta dahulu itu, sebaik2 keraja tulus putih hati sahabat beta. 

Maka segala pesan sahabat beta pinta maklum pada baginda itu, sudahlah beta maklumkan karena beta ini hendak memandang pada jalan kebajikan daripada sahabat beta. Maka sahabat beta orang tuha dilebihkan Tuhan seru alam pendapat segala bicara yang besar2 sudah biasa daripada asalnya kecik, maka jadi besar. Maka jadilah beta ingatkan sahabat beta itu karena jadi orang tuhalah kepada beta ini. Tambahan sahabat beta kata daripada masa ada hayat Paduka Marhum tiada lupa kebajikannya sampai pada anak cucu Paduka Marhum samalah adanya. 

Pergi surat pada lima haribulan Syawal pada hari Ahad, pada sanah 1206, pada tahun alif. Tamat. 

Bermula barang hal To` Bendara dan Panglima Kota itu, sahabat beta tolong beri kemudahan, pulang mari segera. Tamat.

[MS40320/3 f.64v]

Raden Muhammad

Received 92
1 June
xxxxxxxxx

No comments:

Post a Comment