Saturday, November 30, 2019

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 21) berkaitan masalah orang yang ditangkap (17 Muharram, Jumaat)

Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang tulus iklas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta gurnador Pulau Pinang

Surat Orang Kaya Buluh Cina kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 18) berkaitan pembelian belerang

Qawluhu al-Haqq

Dato’ Orang Kaya Buluh Cina apunya tabik banyak2 kepada sahabat sahaya Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang alamat surat tulus ikhlas serta putih cuci hati yang tiada berhingga dan tiada bermasa terlebih daripada air yang jernih iaitu daripada Dato’ Orang Kaya Buluh Cina apunya tabik banyak2 kepada sahabat sahaya Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang mengatakan hal ahwal 

Friday, November 29, 2019

Surat Laksamana Perak kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 17) berkaitan 3 orang yang belum lagi sampai ke Perak (12 Syaaban, Khamis)

Ya Ghafur al-Rahim

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati daripada Laksamana negeri Perak Darul Ridhwan barang disampaikan Allah Tuhan suruh sekalian alam barang sampailah kiranya ke hadapan Dato’ Gurunador yang memerintahkan kota negeri Pulau Pinang yang di atas kebesaran kompeni dan kemuliaan membelakan dagang senteri orang yang miskin amin thumma amin syahadan wa ba’dah 

Surat Tengku Kelana Jaya Putera Langat kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 16) berkaitan perdagangan (24 Disember 1792)

Qultu al-Asah

Waraqat al-mawjud dan hadiyat al-mamdud maka dipesertakan dalamnya tulus dan ikhlas serta suci dan dan putihati iaitu Tengku Kelana Jaya Putera yang ada semayam di Langat barang disampaikan Tuhan seru alam sekalian ke darat kepada Gurnador yang di atas tahta kerajaa[n] dan kebesarang di dalam negeri Puluh Pinang dan yang mempunyai perangai kamal al-ihsan daripada handai taulannya bayna al-qarib wa al-ba’id daripada kasih berkasihan serta menyampaikan hajat dan maksud orang yang bermaksud dan lagi menolong segala orang yang kekurangan dan kesakitan daripada sekalian handai taulannya maka masyhurlah daripada sekalian negeri dan desa besar dan kecil daripada menengar budi pekerti yang amat masyhur daripada ihsannya maka hendaklah kita bersahabat Gurnador selagi ada peredarnya nur al-shams wa al-qamar dan kasih berkasihan demikianlah adanya wa ba’dah 

Thursday, November 28, 2019

Surat Merikan Kandu, Khatib Lebai, Husin Sab, Betasib dan Abu Bakar Lebai kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 15) memohon berhutang untuk memulakan perniagaan

Ya Aziz al-Rahim

Hamba Dato’ Merikan Kandu dan Khatib Lebai dan Takdur Husin Sab dan Nakhoda Betasib dan Takdur Abu Bakar Lebai hamba yang teramat hina maklumkan sembah ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia wa ba’d 

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 14) berkaitan hamba Tenu dan Keling dan hutang tukang larik dan tukang tembaga (Khamis, 23 Syawal 1206 / 14 Jun 1792)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana dari atas angin dan ke baruh angin kedengaran bahana pada perintah bersahabat sangat sempurna 

Wednesday, November 27, 2019

Surat Sultan Ibrahim Selangor kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 13) memohon tumpangkan orang hendak mengerjakan haji (1207H / 1792/93)

al-Shams wa al-Qamar

bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada hati yang putih suci lagi jernih iaitu daripada Sultan Ibrahim yang ada semayam di atas singgasana tahta kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan kita Tuhan sarwa alam sekalian kepada sahabat kita Mister Gobernor yang ada memerintah di dalam bandar Pulau Pinang Darul Aman ialah yang telah masyhur wartanya pada tiap2 negeri yang di bawah angin ini daripada sangat mengasihani segala anak dagang yang keluar masuk di dalam bandarnya amma ba’du 

Surat Raja Cenak kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 12) berkaitan hubungan dagangan Pulau Pinang dengan Cenak (Jumaat, 1 Safar, 1206 Tahun Alif / 30 September 1791)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta Raja Cenak di negeri Kedah sampai kepada sahabat beta Dato’ Gurnador yang mempunyai perintah di dalam bandar Pulau Pinang serta dengan arif bijaksana serta yang amat mengasihani segala hamba Allah dan segala dagang yang teraniaya maka dengan adil sahabat beta itu jadi ramai serta makmurlah di dalam bandar Pulau Pinang itu 

Tuesday, November 26, 2019

Warkah-warkah Istana Kedah kepada Francis Light 2019


Surat Yang Dipertuan Asahan kepada James Scott (MS40320/5, folio 11) berkaitan pembelian kuda dan rotan

Ya Mahabbat al-Qulub

Bahawa inilah tanda tulus dan serta suci putih hati serta kita minta tabik banyak2 iaitu daripada Yang Dipertuan yang mempunyai kerajaan dalam negeri Asahan 2 barang diwasilkan Tuhan ilayh al-‘alamin jua kiranya kepada sahabat kita Kapitan Uskut yang ada duduk dalam Pulau Pinang barang bertambah2 jua kiranya sihat dan dan afiat mandal al-dunia amin thumma amin wa ba’d 

Surat Raja Muda Perlis Raja Diyauddin kepada Francis Light (MS40320/5, folio 10) berkaitan pembelian senapang dan ubat bedil (Isnin, 12 Rabiul Akhir 1202 Tahun Dal Awal/21 Januari 1788)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Muda datang kepada sahabat beta Senyur Gurnador negeri kota Pulau Pinang yang amat akil bijaksana masyhur gagah perkasa memerintahkan keraja perang di laut dan darat dan berdirilah gah kepujian pada antara mashriq dan maghrib yang nantiasa berkasih kasihan pada pihak aqtar dan segala alam nantiasa terpelihara daripada segala ketika dan zaman dengan takdir Tuhan Malik al-Manan Zul Jud wal Ihsan amma ba’dah 

Monday, November 25, 2019

Surat Bendahara Seri Maharaja Kedah kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 9) berkaitan pembayaran hutang dan ketiadaan beras di Pulau Pinang

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus ikhlas yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada Bendahara Paduka Seri Maharaja negeri Kedah barang disampaikan Tuhan sarwa alam kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang telah masyhur gah kepujian pada segala negeri Timur dan Barat lagi sangat arif bijaksana pandai memerintah laut dan darat dan membela segala dagang senteri tiada menjadi kesakitan 

Surat Raja Bayang kepada James Scott (MS 40320/5, folio 8) berkaitan penghantaran timah 6 bahara

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta dengan suci hati putih lagi jernih amat hening iaitu daripada kita Raja Bayang ada terhatar al-khairi di dalam negeri Perak Darul Duan barang disampaikan Allah Tuhan seri sekalian alam apalah kiranya kepada sahabat kita Senyur Kapitan Uskut yang duduk di bawah bandar kompeni yang dalam negeri Pulau Pinang maqam al-darajat yang beroleh kelebihannya serta nama ihsan kemurahan yang amat masyhur kepada segala buldan yang dipuji oleh segala dagang dekat dan jauh pada memerintahkan segala handai taulannya dan sahabat dan kasihnya akan segala lagi memengebirakan alam yang makmur atas segala dagang yang teraniaya serta anak piatu dan yatim dan faqir miskin yang tiada berkesudahan 

Sunday, November 24, 2019

Surat Seri Perdana Menteri kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 6) berkaitan pembelian beras dari Perlis dan kematian Wintu (Jumaat, 29 Safar 1203, Tahun2 Ba, 28 November 1788)

Qawluhu al-Haqq

Surat ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Paduka Seri Perdana Menteri datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termasyhur sebutan pada antara segala laut dan darat dan berdirilah gah kepujian pada anta[ra] masyriq dan maghrib yang nantiasa berkasih kasihan dan setiawan pada segala negeri atas angin dan baruh angin berlakulah perintah kebajikan pada pihak aqtar dan segala alam nantiasa terpelihara daripada segala ketika dan zaman dengan takdir Tuhan Malik al-Manan Zu al-Jud wa al-ihsan amma ba’dah 

Surat Seri Maharaja Dewa Kedah kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 5) berkaitan pembelian meriam tembaga 28 Safar 1200 (31 Disember 1785)

Al-Mustahaqqah

Kasih sayang serta ikhlas yang tiada berkeputusan selagi ada cahaya matahari dan bulan daripada adinda Seri Maharaja Dewa yang terwaqaf dalam negeri Kedah Darul Aman barang diwasilkan Tuhan sarwa alam pada hadrat kekanda Kapitan Lat Dewa Raja yang istirahat al-khair di negeri Benggala yang menyukakan hati segala handai dan taulannya di lagi amat mengasihani segala qarib dan ba’id amma ba’d 

Indeks Surat MS40320 Volume 5

Indeks Surat MS40320 Volume 5


Surat
Folio
Daripada
Kepada
Tarikh
1
Sultan Abdullah Kedah
Gabenor Jeneral di Benggala
 Selasa, 24 Syawal 1199 (30 Ogos 1785)
2
Seri Maharaja Dewa
Francis Light
28 Safar 1200 (31 Disember 1785)
3
Seri Perdana Menteri
Francis LightJumaat, 29 Safar 1203, Tahun2 Ba (28 November 1788)
4
Raja Bayang
James Scott-
5
Bendahara Seri Maharaja Kedah
Francis Light-
6
Raja Muda Perlis
Francis LightIsnin, 12 Rabiul Akhir 1202 Tahun Dal Awal / 21 Januari 1788
7
 Yang Dipertuan Asahan
James Scott
-
8
 Raja Cenak
 Francis Light
Jumaat, 1 Safar, 1206 Tahun Alif / 30 September 1791
9
Sultan Ibrahim Selangor
Francis Light
1207H (1792/93)
10
Sultan Abdullah Kedah
Francis Light
Khamis, 23 Syawal 1206 / 14 Jun 1792
11
Merikan Kandu, Khatib Lebai, Husin Sab, Betasib dan Abu Bakar Lebai
Francis Light
-
12
Tengku Kelana Jaya Putera
Francis Light
24 Disember 1792
13
Laksamana Perak
Francis Light
12 Syaaban, Khamis
14
Orang Kaya Buluh Cina
Francis Light
-
15
Laksamana Kedah
Francis Light
17 Muharram, Jumaat
16
Laksamana Kedah
Francis Light
12 Rejab
17
Laksamana Kedah
Francis Light
Khamis, 12 Rabiul Awal 1203 / 11 Disember 1788
18
Bendahara Kedah
Francis Light
Sabtu, 27 Muharam 1204 Tahun2 Waw, 17 Oktober 1789
19
Kejuruan Muda Japura
Francis Light
-
20
Sayid Hasan
Francis Light
-
21
Laksamana Perak
Francis Light
12 Jamadil Akhir, Rabu
22
Raja Bendahara Perak
Francis Light
1202H / 1787
23
Raja Ala Idin
Francis Light
6 Muharam
24
Raja Kecik Besar Perak
Francis Light
Selasa, 5 Zulhijah 1201 / 18 September 1787
25
Orang Kaya Batu Bahara
Francis Light
Isnin, 11 Safar
26
Salinan Surat Francis Light
Sultan Abdullah Kedah
T.T
27
Francis Light
Maharaja Setia
Rabu, 12 Syaaban / 26 Mac 1793
28
Francis Light


29
Draf Surat
Gabenor Jeneral Benggala
26 Mac 1791
30
Francis Light
Sultan Abdullah Kedah

31
Francis Light


32
Miya Muhamad dan Sheikh Mia

29 Jamadil Akhir 1205 Tahun2 Dal Akhir (5 Mac 1791)
33
Francis Light
Sultan Terengganu

34
Francis Light
Sultan Kedah

35
Francis Light
Sultan Kedah

36
Sultan Kedah
Francis Light
Ahad, 28 Rejab
37
Catatan Hutang


38
Francis Light
Sultan Kedah
39
Francis Light
Sultan Kedah

40
Panjang Pak Leha


41
Francis Light
Kedah

42
Draf Surat Han Ril
Sultan Kedah
T.T
43
Francis Light
Sultan Kedah

44
Francis Light
Sultan Terengganu

45
Francis Light
Orang Berkebun berladang
Sabtu, 15 Rejab, 1208 Tahun Jim / 15 Februari 1794
46
Francis Light
Tenku

47
Francis Light
Sultan Kedah

48

Tuan Sayid Husain

49

Tuan Sayid Husain

50
Shaikh Abdullah
Scott
6 Safar, Khamis
51
Francis Light
Sambas

52
Francis Light
Sultan Terengganu

53
Tengku Kejuruan Japura
Francis Light
T.T
54
Francis Light
Sultan Kedah
T.T
55
Nakhoda Basir
Nakhoda Mirangkandu

56
Nakhoda Po Kuala
Francis Light

57
Penggawa Telebong
Francis Light
Jumaat, 11 Rabiul Awal 1202 / 21 Disember 1787
58
Senarai nama penebas hutan


59
Cina Tim
Francis Light

60
Sultan Abdullah Mukaram Shah Kedah
Francis Light
14 Jamadil Awal
61

Francis Light

62

Francis Light
8 Safar 1205 (17 Oktober 1790
63
Francis Light
Sultan Abdullah

64
Francis Light
Yang Dipertuan Aceh
Selasa, 1 Rabiul Awal
65
Surat Ikrar
Francis Light

66
Salinan surat
Francis Light

67
Francis Light


68
Francis Light
Sultan Kedah
16 Shaaban 1205, Khamis (21 April 1791)
69
Francis Light
Sultan Terengganu
6 Zulkaedah
70
Francis Light
Sultan Terengganu
T.T
71
Draf Surat Francis Light
Bendahara & Laksamana Kedah
21 Rejab 1205, Ahad / 26 Mac 1791
72
Senarai barang Panglima Busu


73
Senarai Nama dan Rial