Monday, December 30, 2019

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Terengganu (MS40320/5, folio 80) berkaitan perdagangan di Terengganu (6 Zulkaedah)

Ya Ghafur Rahim

Daulat al-‘izam wa bihi al-kiram serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada patik Gurnador Pulau Pinang yang hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Terengganu Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Draf surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/5, folio 79) berkaitan surat perjanjian pendudukan Pulau Pinang (16 Shaaban 1205, Khamis, 21 April 1791)

Ya Ghafur Rahim

Daulat Tuanku Shah Alam Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Draf surat Francis Light (MS40320/5, folio 77) berkaitan dagangan ke Terengganu

Ahwal surat sahabat beta dibawa adinda itu Nakhoda Parya Tambi sampailah pada beta dengan sempurnanya maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah beta segenap perkaranya 

Sunday, December 29, 2019

Salinan surat kepada Francis Light (MS40320/5, folio 76) berkaitan perang di Teluk Semawi

Amma ba’d adapun kemudian dari itu barang maklum kiranya akan hal ahwal perbuatan Tenku Muda kirim kertas sekeping akan Gurnador Pulau Pinang sebab dahulu sahabat Pulau Pinang ada janji lagi dengan Tenku Muda itu sekarang pun karena Kapitan Yu Gurnador kata tiada dia perang 

Surat Ikrar kepada Francis Light (MS40320/5, folio 75) berkaitan perkongsian harta dengan Nakhoda Rumak

Qawluhu al-Haqq

Ini ikrar pakbicara diperiksa tuan Gurnador Raja Pulau Pinang 

Surat Francis Light kepada Yang Dipertuan Aceh (MS40320/5, folio 74) berkaitan tawaran pertolongan kepada Aceh (Selasa, 1 Rabiul Awal)

Ya Ghafur Rahim

Daulat al-‘Izam wa bihi al-kiram serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada patik Gurnador Pulau Pinang yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Aceh Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Saturday, December 28, 2019

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/5, folio 73) berkaitan kedatngan kapal perang

Ahwal maka adalah patik beri surat pada Jenderal menyatakan khabar lanun mari ke Kurau 

Senarai bayaran upah bekerja (MS40320/5, folio 72) bertarikh 8 Safar 1205 (17 Oktober 1790)

Sanah 1205 tahun2 Dal Akhir pada dulapan haribulan Safar diupah orang bekerja kubu

Surat kepada Francis Light (MS40320/5, folio 71) berkaitan hutang Saudagar Nasruddin

Ahwal akan fasal ambilan dan bayaran Dato’ Saudagar Nasruddin itu sudah dilihat segala daftar 

Salinan Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light (MS40320/5, folio 69) berkaitan masalah pendudukan Inggeris di Pulau Pinang (14 Jamadil Awal)

Surat kasih sayang beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Surat daripada Cina Tim kepada Francis Light (MS40320/5, folio 68) berkaitan kes amuk melibatkan Yang Dipertuan Besar Riau dan Raja Ilanun

Bahawa inilah warqatul ikhsal yang termaktub dalamnya dengan berapa tulus ikhsal serta putih hati yang tiada berhingga serta kirim tabik banyak2 iaitu daripada Cina Tim orang yang yang hina lagi miskin di dalam negeri Selangor datang kepada tuan Gurnador yang ada duduk di Pulau Pinang serta mengasihi segala dagadang miskin serta menolongi segala ora[ng] yang kesakitan seperti sepohon kayu yang besar boleh menaungi segala mereka yang kena panas matahari demkianlah adanya diberi Allah Ta’ala akan tuan Gurnador duduk di Pulau Pinang itu 

Senarai nama yang menebas hutan (MS40320/5, folio 67) sebanyak 114 relung di Teluk Air Raja

Ini daftarnya banyak orang menebas hutan dan banyak relung hutan yang ditebasnya

Friday, December 27, 2019

Surat Penggawa Telebong kepada Francis Light (MS40320/5, folio 66) berkaitan papan dan tiang untuk dihantar ke Pulau PInang (Jumaat, 11 Rabiul Awal 1202 / 21 Disember 1787)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas daripada beta Penggawa yang bermaqam di Pulau Telebong yang kecil sampai kepada sahabat beta tuan Gurnador yang memerintahkan bandar Pulau Pinang yang amat makmur serta gah kepujian pada segala jajahan negeri dibawa[h] angin dan atas angin pandai memerintahkan sekalian kerja yang besar seni serta membela membaiki hati segala handai taulan sejak keadaan air embun pada ketika dinihari demikianlah adanya maka sangatlah dipuji oleh segala dagang senteri segenap negeri mengatakan murah adil dalam bandar Pulau Pinang itu tiadalah ia merasai duka nestapa senantiasa dengan kesukaan duduk dalam Pulau Pinang itu 

Tuesday, December 24, 2019

Surat Nakhoda Po Kuala kepada Francis Light (MS40320/5, folio 65) berkaitan fitnah oleh Po Muda Sayyidi

Ya ‘Aziz al-Karim

Alhamdulillah wahdah puji yang tiada berkeputusan serta kasih dan tulus ikhlas maka diiringi pula dengan beberapa takzim dan takrim serta hormat dan khidmat yang dicampuri dengan madah dan thana iaitu daripada hamba Dato’ Nakhoda Po Kuala yang hina lagi da’if barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala apa kiranya fi wajh al-karim iaitu hadrat Dato’ Gurnador yang istirahat dalam negeri Tanjung Penaga bandar makmur yang dikarniai Allah Subhanahu Wa Ta’ala apa kiranya pangkat dan taufik dan hidayat dan beroleh kebesaran daripada Allah tuan kita Malik al-Wahhab amma ba’d 

Surat Nakhoda Basir kepada Nakhoda Mirangkandu (MS40320/5, folio 64) berkaitan perselisihan antara Pulau dan Batu Bahara

Ya Qadiya al-Hajat

Sembah sujud yang dimulai dengan fattah al-kalam wa tahmid al-nazim serta dihiringi  dengan rindu dendam yang tiada berhingga tiap2 pagi dan petang siang dan malam iaitu dari kepada anakhanda  Nakhoda Basir yang daif lagi miskin dari kepada sekalian ghair Allah yang banyak barang diwasilkan Allah subhanah wa Ta’ala apalah kiranya datang ke hadrat ayahanda saudagar 

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/5, folio 63) berkaitan surat perjanjian menduduki Pulau Pinang

Patik maklumkan ahwal adalah masa duli Paduka adinda Tenku Raja Muda duduk di Kuala Muda dengan segala Dato’2 sekalian panggil Kapitan Uskut kehendaki selaksa rial pada setahun jadi kebajikan tiadalah apa lagi 

Surat Tengku Kejuruan Japura kepada Francis Light (MS40320/5, folio 62) berkaitan Nakhoda Mahmud pengganti Nakhoda Barul

Ya Aziz al-Rahim

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-‘aqibat lilmuttaqin wa al-salat wa al-salam ‘ala rasulika sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in maka diiringi dengan beberapa hormat mulia iaitu dari Langkat daripada Tengku Kejuruan Japura barang disampaikan Allah apa kiranya kepada sahabat beta kapitan seri Gurnador yang bermaqam di bandar Pulau Pinang yang telah beroleh pangkat dan darjat daripada Tuhan kita hannan al-mannan amin2 thumma amin wa ba’d 

Wednesday, December 18, 2019

Draf surat Francis Light kepada Sultan Terengganu (MS40320/5, folio 61) berkaitan perdagangan opiun dan lada

Ahwal surat duli tuanku dibawa Kapitan Karniki itu sampailah pada patik dengan sempurnanya maka dengar khabar duli Tuanku duduk dengan sejahteranya maka amat kesukaanlah patik menengar khabar itu maka tiadalah patik apa lupakan kasih sayang duli Tuanku itu 

Draf surat Francis Light kepada Sambas (MS40320/5, folio 60) berkaitan kapal Inggeris ke Sambas

Ahwal akan surat sahabat beta dua pucuk itu sampailah pada beta dengan sejahteranya maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah beta segenap perkaranya 

Surat Shaikh Abdullah kepada Scott (MS40320/5, folio 59) berkaitan kapal Perancis (6 Safar, Khamis)

Ini alamat daripada Tuan Shait Abdullah barang disampaikan Allah subhanahu wa Ta’ala kiranya kepada Datuk Uskut setelah dipeliharakan Allah Ta’ala juga karana Tuan Shait Abdullah ada kirim surat sepu sepucuk kepada sampai Teku Karat Tuan Shait mintak doa kepada Allah banyak2 

Tuesday, December 17, 2019

Monday, December 16, 2019

Surat Francis Light kepada orang berkebun berladang (MS40320/5, folio 54) berkaitan hukuman membakar hutan (Sabtu, 15 Rejab, 1208 Tahun Jim / 15 Februari 1794)

Qawluhu al-Haqq

Alamat surat cap tuan Gurnador Raja Pulau Pinang dinyatakan pada segala orang yang berkebun dan berladang 

Salinan surat cit Francis Light kepada Sultan Terengganu (MS40320/5, folio 53) berkaitan Kapten Carnegie

Surat cit daripada patik Gurnador Pulau Pinang maklumkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Terengganu Yang Maha Mulia patik maklumkan ahwal akan Kapitan Karniki ini orang baik boleh dipercayai segala kerja tuanku tamat

Salinan Surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/5, folio 52) berkaitan bekalan makanan dari Kedah ke Pulau Pinang

Patik maklumkan ahwal adalah kapal perang Komander adik Jenderal Benggala lima hari sudah sampai mari ke Pulau Pinang ada lagi empat buah mau datang dalam empat lima hari ini 

Draf surat Han Ril kepada Raja Kedah (MS40320/5, folio 51) berkaitan bekalan makanan dari Kedah ke Pulau Pinang

Daripada Han Ril malim Kon Walis Komander Panglima kapal per segala kapal perang Raja Inggeris segala jajahan kompeni Inggeris kepada Raja Kedah 

Sunday, December 15, 2019

Salinan surat Francis Light (MS40320/5, folio 50) berkaitan surat kepada Jenderal

Ahwal akan surat sahabat beta kedua dibawa Cik Dolah itu sampailah pada beta dengan sempurnanya 

Surat Ikrar Panjang Pak Leha (MS40320/5, folio 49) berkaitan kes kecurian

Qawluhu al-Haqq

Ini ikrar senda Panjang Pak Leha diperiksa Khatib Alang dengan suruh Dato’ Seri Pekerma Jaya 

Salinan Surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/5, folio 48) berkaitan hubungan Kedah Pulau Pinang

Ahwal akan surat Yang Maha Mulia dibawa Tenku Raden Muhamad itu terjunjunglah di jemala patik 

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/5, folio 47) berkaitan pembayaran wang

Seperti perjanjian enam ribu rial pada setahun maka dahulu sudah terima dua laksa seribu tiga ratus dua puluh rial 

Catatan hutang (MS40320/5, folio 46) Lebai Abdul Latif kepada Captain Scott

Lebai Abdul Latif mengambil hutang kepada Kapitan Uskut banyaknya sembilan ratus rial 

KOLEKSI SURAT-SURAT FRANCIS LIGHT (1771 - 1794)@USM: Sumber Sejarah Awal Rantau Kepulauan Melayu

Warkah Persatuan Sejarah Malaysia Bil. 60/19, Apr/Jun 2019

Link: Klik di sini.


Friday, December 13, 2019

Salinan surat Sultan Kedah kepada Francis Light (MS40320/5, folio 45) berkaitan janji pemberian duit oleh Kapitan Scott (Ahad, 28 Rejab)

Ahwal akan surat sahabat beta beri mari itu sampailah pada beta dengan sempurnanya 

Surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/5, folio 44) berkaitan kedatangan kapal perang ke Pulau Pinang

Patik maklumkan ahwal adalah kapal perang Komandor adik Jenderal Benggala lima hari sudah sampai mari ke Pulau Pinang 

Surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/5, folio 43) berkaitan lanun

Patik maklumkan ahwal akan orang lanun ini selama ia lari daripada berperang dengan Jaga2 dekat Kuala Tebengau tiadalah patik boleh khabar yang tentu 

Surat Francis Light kepada Sultan Terengganu (MS40320/5, folio 42) berkaitan bantuan kepada Kapitan Carnegie

Sampailah surat duli Tuanku beri mari kepada Kapitan Karniki itu dengan sempurnanya 

Thursday, December 12, 2019

Surat perjanjian Miya Muhamad dan Sheikh Mia berhutang dengan Sultan Kedah (MS40320/5, folio 40, 41) 29 Jamadil Akhir 1205 Tahun2 Dal Akhir (5 Mac 1791)

Ini salin surat tapak tangan Miyya Muhamad dan Sheikh Miyya berhutang pada ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia itu dengan Bahasa Keling dijawikan dengan Bahasa Melayu tamat

Draf Surat Francis Light (MS40320/5, folio 39) berkaitan permintaan pendudukan Pulau Pinang

Ahwal akan surat sahabat beta beri mari itu sampailah pada beta 

Ikrar Francis Light kepada Sultan Abdullah Kedah (MS40320/5, folio 38) berkaitan syarat pendudukan Pulau Pinang

Ketika itu ini pada menyatakan ikrar Gurnador sembahkan ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia

Draf surat kepada Jenderal di Benggala (MS40320/5, folio 37) berkaitan syarat pendudukan Kompeni di Pulau Pinang (26 Mac 1791)

Ini rupa bunyi surat hendak buat akan Jenderal

Surat Francis Light (MS40320/5, folio 36) berkaitan perundingan dengan Jenderal di Benggala

Ahwal surat sahabat beta beri mari itu sampailah pada beta dengan sempurnanya 

Surat Francis Light kepada Maharaja Setia (MS40320/5, folio 35) berkaitan pembinaan jalan (Rabu, 12 Syaaban / 26 Mac 1793)

Qawluhu al-haqq

Alamat surat cap tuan Gurnador Raja Pulau Pinang dinyatakan kepada Tok Maharaja Setia 

Salinan Surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Kedah (MS40320/5, folio 33) berkaitan pembelian opium dan penduduk Pulau Pinang

Ahwal akan surat duli tuanku dibawa paduka anakanda itu Tenku Raden Muhamad terjunjunglah di jemala patik 

Wednesday, December 11, 2019

Surat Orang Kaya Batuah Batu Bahara kepada Francis Light (MS40320/5, folio 31) berkaitan warkah kiriman Kapitan Jaga2 tentang kes kici, harta dan kelasinya (Isnin, 11 Safar)

Nur al-Shams wa al-Qamar

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkeputusan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Dato’ Kaya Batuah yang duduk dalam Kuala Batu Bahara barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya kepada sahabat beta Dato’ Gurnador yang memerintah bandar kota Pulau Pinang yang akil bijaksana yang telah masyhur sampai ke mana2 jalan kebajikan wa ba’d 

Surat Raja Kecik Besar Perak kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 30) berkaitan penjualan timah (Selasa, 5 Zulhijah 1201 / 18 September 1787)

Ya Qadiya al-Hajat

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-‘aqibat lilmuttaqin al-salat wa al-salam ‘ala sayyid al-mursalin wa ya khair al-nasirin bahawa ini warqat al-ikhlas sazrah termaktub dalamnya tahiyyat bi al-khairat al-daimat iaitu daripada Raja Kecik Besar yang ada duk bernaung pada bawah duli hadrat Yang Dipertuan Yang Maha Mulia dalam negeri Perak Darul Ridwan barang diwasilkan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya pada Gurnador yang memerintahkan tadbir kebesaran kompeni dalam negeri Kota Pulau Pinang yang arif bijaksana pada hal jalan melakukan kesukaan dan muafakat serta berkasih kasihan yang tiada berhingga kedengaran pada sarib [masyriq] dan maghrib dalam pada itu maka masyhurlah khabar wartanya menolongi segala faqir dan miskin yang kesakitan pada jalani amr bi al-ma'ruf wa nahy ‘an al-munkar 

Sunday, December 8, 2019

Surat Raja Bendahara Perak kepada Francis Light (MS40320/5, folio 28) berkaitan pembelian beras (1202H / 1787)

Al Shams wa al-qamar

Salam lillah Ta’ala ‘ala al-dawam ma damat al-layl wa al-ayyam dengan berkat Muhammad Sayyid al-anam serta dihiasi dengan beberapa madah dan sana daripada kita Raja Bendahara wakil Sultan yang memerintahkan takhta kerajaan duli Yang Dipertuan dalam negeri Perak Dar al-Ridwan barang disampaikan oleh Tuhan semesta sekalian alam apalah kiranya pada sahabat kita Gurnador yang memerintahkan tadbir kebesaran kompeni dalam negeri Kota Pulau Pinang yang arif bijaksana pada melakukan kesukaan dan berkasih kasihan yang tiada berhingga dan bekeputusan kita dengar menolongi hamba Allah yang kesakitan maka masyhurlah khabarnya pada masyariq dan maghrib di bawah angin ini sahabat kita berbuat kebajikan 

Surat Laksamana Perak kepada Francis Light (MS40320/5, folio 27) berkaitan pembelian opium (12 Jamadil Akhir, Rabu)

Ya Qadiya al-Hajat

Alhamdulillah ikmal al-kiram wa bi al-salam al-‘izam wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in sayyid al-jamal wa wa bi’inayat Allah al-ikmal telah selesailah daripada memuji Allah khalifat al-rahim dan salawat akan rasul khair min al-karim maka diidafatkan dalamnya afdal al-salam wa bi al-du’a al-‘azim iaitu sahifat al-ikhlas tulus serta putih hati daripada Raja Laksamana dalam negeri Perak Darul Ridwan barang disampaikan Allah Subhnahu Ta’ala apalah kiranya dengan selamatnya fi wajh al-karim kepada sahabat kita Datuk Gurnador yang dipeliharakan Allah Subhanahu Ta’ala ‘ain dan sa’adat yang amat sempurna serta arif dan bijaksana pada perintah budiman dan ialah yang bersifat tulus dan ikhlas kepada sahabat dan handai taulannya karib dan ba’id barang lanjut kiranya umurnya dalam dunia serta sihat dan afiat supaya bertambah2 kemuliaannya ‘ala al-din amin ya rab al-‘alamin wa ma ba’dah 

Surat Sayid Hasan kepada Francis Light (MS40320/5, folio 26) berkaitan pembelian senapang dan ubat bedil

Al-Mustahaqqah

Surat ikhlas yang berkasih kasihan muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada Maulana Sayid Hasan barang disampaikan Allah kiranya kepada pihak Gurnador Kapitan Laik Dewa Raja yang di atas kemuliaan dan kebesaran dalam Kota Pulau Pinang yang telah termasyhur sebutannya pada antara segala laut dan darat dan berdirilah gah kepujian pada antara mashriq dan maghrib yang nantiasa berkasih kasihan dan setiawan pada segala negeri atas angin dan baruh angin dan berlaku perintah kebajikan dengan segala handai dan taulan dengan perangai yang amat lemah lembut pada pihak aqtar dan segala alam senantiasalah terpelihara pada segala ketika dan zaman dengan takdir Tuhan Malik al-Mannan zi al-Jud wa al-ihsan amma ba’d 

Friday, December 6, 2019

Surat Kejuruan Japura kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 25) berkaitan pembelian lela dan timah

Ya Qadiya al-hajat

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-salat wa al-salam ‘ala rasulika sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabih ajma’in maka diiring dengan beberapa hormat mulia iaitu daripada Kejuruan Jepura barang diwasilkan Tuhan hannan l-mannan apalah kira kepada sahabat beta tuan Kapitan Seri Gurnador yang telah bermaqam di bandar Pulau Pinang wa ba’du 

Surat Bendahara Kedah kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 24) berkaitan hamba yang lari (Sabtu, 27 Muharam 1204 Tahun2 Waw, 17 Oktober 1789)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada Bendahara datang kepada sahabat kekasih beta To’ Gurnador yang telah diserahkan Tuhan sarwa alam memerintahkan di Pulau Pinang yang sangat arif bijaksana telah masyhurlah wartanya pada segala negeri timur dan barat sangat setiawannya pada menolongi segala hal sahabat handainya qarib dan ba’id amma ba’d 

Thursday, December 5, 2019