Tuesday, March 31, 2015

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS40320/9 folio 4)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana pada perintah bersahabat, telah masyhur sampai ke mana-mana.


Kemudian dari itu ahwal, maka adalah dahulu beta beri cucu beta Cik Long anak Tengku Awi, bawa pergi timah pada sahabat beta, pinta sahabat beta tolong jual timah itu, beli beras, beri akan cucu beta itu, beta hendak beri akan Raja Siam. Maka sudah sahabat beta tolong jual, diberi mari rial itu setengah, tentu dengan surat sahabat beta, dibawa cucu beta itu, mari pada beta. 

Maka rial yang lagi tinggal pada sahabat beta harga timah itu, sahabat beta hendak tolong beri beras, beri akan beta. Maka ini beta pinta sahabat beta tentukan beri mari berapa banyak sudah boleh beras itu, boleh beta hendak suruh pergi terima ambil, dihantar pergi segera ke Salang, ikut seperti suruh Raja Benua Siam, beri mari akan beta. 

Di dalam itu, jika tiada boleh beras, pinta sahabat beta serahkan rial baki harga timah itu pada Setia Raja, boleh hendak disuruh cahari beli pada tempat yang lain pula. 

Demikian lagi pihutang beta pada Syeikh Mia itu, pinta dengan penolong sahabat beta dikeluar, diserahkan pada Setia Raja beri selesai, diberi ia pulang mari segera pada beta. Telah haraplah beta akan penolong sahabat beta.

Pergi surat pada dua likur haribulan Rabiul Awal, pada hari Arba'. Tamat.

No comments:

Post a Comment