Sunday, November 29, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.181) berkaitan permintaan lembu

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan ke hadrat qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia 

Surat cit Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.180) berkaitan dengan pembelian bata beserta tukang bata (13 Syawal)

Surat cit Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Surat Ikrar Sultan Muhamad Jiwa Kedah (MS 40320/7, f.179) berkaitan penyerahan kapal (Khamis, 7 Rabiul Akhir 1185, Tahun2 Zai / 20 Julai 1771)

Qawluhu al-Haqq

Sanat 1185 tahun2 Zai pada tujuh hari bulan Rabiul Akhir pada hari Khamis ketika itu Nakhoda Cik Ni mari [tidak jelas] di Kota Kayangan dimaklumkan perintah Kapitan Perangsis Laik dan Nyonya ambil janji daripada Kapitan yang baharu mari itu hendak [tidak jelas] disamun Bugis bawa ke Selangor 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.178) berkaitan permintaan terhadap duit, timah dan lembu (Khamis, 21 Rejab)

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan ke hadrat Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 wa ba’d 

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.177) berkaitan tuntutan hamba bernama Rasib (6 Rabiul Awal)

al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Surat Laksamana Perak kepada Francis Light (MS 40320/7, f.176) berkaitan pembelian garam

 Ya Waliy al-Hasanat

Surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala nur al-shams wa al-qamar fi al-lail wa al-nahar daripada Laksamana Negeri Perak Darul Ridwan barang disampaikan Allah ‘Azz wa Jalla apalah kiranya kepada sahabat saya Gurnador Yang Maha Mulia merintah dalam negeri Pulau Pinang beroleh taufiq dan hidayat serta sihat dan afiat daripada Tuhan kita hannan al-mannan amin amma ba’dah 

Saturday, November 28, 2020

Surat cit Lu Ngak di Perlis kepada Francis Light (MS 40320/7, f.175) berkaitan pembelian opium

Hamba Dato’ Cik Lu Ngak maklumkan cit ke hadrat qadam Dato’ Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang teramat mulia lagi rahim wa ba’dah 

Surat Laksamana Makota Raja di Perak kepada Francis Light (MS 40320/7, f.174) berkaitan pembelian senapang dan beras (20 Muharam 1202/1 November 1787)

Ya ‘Aziz al-Hakim

Inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati daripada Laksamana Makota Raja negeri Perak Darul Ridwan barang disampaikan Allah Khalifat al-Rahman apalah kiranya kepada Gurnador Yang Maha Mulia kebesaran perintah dalam negeri Pulau Pinang serta beroleh kesentosaan dan keredhaan daripada Tuhan Habib al-Rahim maka dipohonkan Allah ‘Azz wa Jalla umurnya barang dilanjutkan Allah Subhanahu wa Ta’ala usianya serta sihat dan afiat amin amma ba’dah 

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/7, f.173) berkaitan pembelian meriam Belanda atau Perancis (7 Ramadhan)

Wa lillah al-Mustahaqqah

Hamba Dato’ Saudagar Nasruddin maklumkan pada hadrat Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang ditolong Tuhan sarwa alam 

Thursday, November 26, 2020

Surat Penggawa Tua kepada Francis Light (MS 40320/7, f.169) berkaitan penghantaran orang ke Pulau Pinang untuk berbincang tentang hutang

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas daripada beta Penggawa sampai kepada Dato’ Gurnador yang memerintahkan bandar Kota Pulau Pinang yang gah kepujian masyhur pada segala daerah atas angin dan bawah angin 

Surat cit Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/7, f.168) berkaitan penghantaran beras (Isnin, 15 Ramadhan)

Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana 

Surat ikrar oleh Cina Pang (MS 40320/7, f.167) berkaitan penjualan hamba kepada Leftenan Gray (Isnin, 11 Zulhijah 1201 Tahun2 Zai / 24 September 1787)

Qawluhu al-Haqq

Sanah 1201 tahun2 zai pada sebelas hari bulan Zilhijjah hari Isnin bahawa pada ketika itu ini pada menyatakan adalah Cina Pang menjual sahaya seorang perempuan jenis Batak bernama Sablu maka ditebus oleh Leftenan Gray dengan harga empat puluh rial 

Wednesday, November 25, 2020

Surat Seri Pekerma Wangsa Batu Bahara kepada Francis Light (MS 40320/7, f.166) berkaitan dagangan ke Pulau Pinang

Wa al-shams wa al-kamar 

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta kasih yang tiada berkeputusan selagi ada peredaran cakerawala bulan dan matahari daripada kita Seri Pekerma  Wangsa yang istirat  al-khairi dalam Kuala Batu Bahara barang disampaikan Allah Subhanah Wa Ta’ala apalah kiranya kepada sahabat kita Senyor Gurnador yang istirat  al-khairi memerintah kebesaran dalam bandar Pulau Pinang Darul Aman amin Ya Rab al-‘alamin wa ya khair al-nasirin wa ba’d 

Surat Seri Maharaja Lela Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.165) berkaitan pembelian kain (Jumaat, 1 Ramadhan)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada Paduka Seri Maharaja Lela kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana kemudian dari itu perhamba pinta tuan Gurnador beri mari kain kesari yang baik sekayu dan kain pedendang ungu yang baik sekayu dan kain cindai panjang enam hasta yang baik sehelai pinta serupakan sedikit harganya itu serahkan pada Pandak dan kesahan itu bawa mari sudah lepas bulan puasa perhamba suruh hantar harganya kain tiga jenis itu perbuat surat hari Jumaat sehari bulan puasa tamat


Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.164) berkaitan aduan Bijaya Indera terhadap orang Cina (6 Rejab)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Tuesday, November 24, 2020

Surat Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/7, f.163) berkaitan berkaitan bayaran barang jualan oleh Kapitan Tuha (Rabu, 4 Rabiul Akhir)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana 

Surat ikrar Abdul Hamid (MS 40320/7, f.162) berkaitan hutangnya pada Cik Johor (Isnin, 22 Muharam 1203 Tahun Ba / 23 Oktober 1788)

Qawluhu al-Haqq

Sanah 1203 tahun Ba pada dua likur bulan Muharam pada hari Isnin bahawa pada ketika itu maka adalah mari Abdul Hamit minta tolong bayar hutangnya pada Cik Johor tujuh belas ringgit pada Senyor Jung Batis Bu Shalas 

Surat Tenku Perempuan kepada Francis Light (MS 40320/7, f.161) berkaitan pembelian kapas (Selasa, 21 Zulkaedah)

Qawluhu al-Haqq

Surat tulus ikhlas daripada senda Tenku Perempuan sampai kepada Dato’ Gunador Raja Pulau Pinang yang di dalam pelihara Allah Ta’ala 

Monday, November 23, 2020

Surat Dato Kaya Kuala Batu Bahara kepada James Scott (MS 40320/7, f.160) berkaitan harga tali sauh

Nur al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus ikhlas putih hati selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan daripada kita Dato’ Kaya duduk dalam Kuala Batu Bahara datang kepada sahabat kita Kapitan Uskut  yang istirehat dalam bandar kota Pulau Pinang yang akil bijaksana 

Surat kepada Francis Light (MS 40320/7, f.159) berkaitan lada

Ini surat serta tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada tirai dan dalamnya iaitu daripada Sayyidina wa Mawlana Khalifat al-Mukminin Khallad Allah Mulkah wa al-bikh lah wa kamalah walatah wa zad dafadlah barang disampaikan Tuhan ilah al-Rahman jua kiranya kepada pihak sahabat kita Gurnador Kapitan Lat dan yang telah dipeliharakan Tuhan Hannan al-Mannan jua kiranya daripada segala mara bahaya seterunya serta bertambah2 selamat atasnya amin wa ba’du 

Surat Cit Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/7, f.158) berkaitan dagangan ke Siak

Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada tuan Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif 

Sunday, November 22, 2020

Surat cit Mata-mata Imam Alang kepada Francis Light (MS 40320/7, f.157) berkaitan penjualan lembu

Ampun Dato’ hamba Dato’ Mata2 Imam Alang maklumkan cit pada ke bawah hadrat qadam Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang teramat mulia daripada sekalian mulia ampun Dato’ 

Surat Raja Muda di Perlis kepada Francis Light (MS 40320/7, f.156) berkaitan Saudagar Abdul Ghani dan Mek Melur di Pulau Pinang (Khamis, 23 Jamadil Awal 1203 Tahun ba / 19 Februari 1789)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih dan sayang tulus serta ikhlas daripada Tuanku Raja Muda barang disampaikan kepada saudara kita Gurnador yang tetap memerintah segala pekerjaan di dalam Pulau Pinang itu lagi masyhur kepujian pada segala daerah 

Surat Wan Fakar Telebong kepada Francis Light (MS 40320/7, f.155) berkaitan hutang dan timah

Ya Rafiq al-‘azim

Yang diperhamba Cik Fakar sampai kepada Dato’ Gunador di Pulau Pinang yang masyhur dari atas angin hingga bawah angin 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.154) berkaitan penjualan beras (16 Jamadil Akhir 1204 / 3 Mac 1790)

 Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat cit Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/7, f.153) berkaitan pembelian opium dan penjualan timah (Selasa, 19 Syawal)

Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif bijaksana 

Surat cit Syahbandar Seri Lela Pahlawan kepada Francis Light (MS 40320/7, f.152) berkaitan kapal yang masuk ke Kuala Bahang (3 Syaaban)

Surat cit daripada Syahbandar Seri Lela Pahlawan sampai kepada Dato’ Gunador Pulau Pinang yang mulia 

Friday, November 20, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.151) berkaitan budaknya bernama Busu Kecik yang lari ke Pulau Pinang (21 Zulkaedah)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas yang tiada berputusan daripada Laksamana mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan alam 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.150) berkaitan kebenaran menetak atap (Isnin, 18 Syawal)

Qawluhu al-Haqq

Surat tulus ikhlas daripada beta Sultan Abdullah kepada sahabat beta Kapitan Laik 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.149) berkaitan penghantaran beras dan pembelian opium (23 Rejab)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Salinan surat ikrar Francis Light kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah (MS 40320/7, f.148) berkaitan permintaan untuk mendapatkan Pulau Pinang (Ahad, 2 Jamadil Awal 1199 Tahun Ha, 13 Mac 1785)

Ini ikrar Kapitan Lak Dewa Raja maka adalah senda ini disuruh Raja Benggala mari pinta tempat pada ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Pulau Pinang itu dipohonkan hendak perbuat loji bubuh tinggal tempat kapal perang mudahlah hendak baiki kapal itu 

Thursday, November 19, 2020

Surat Penghulu Batu Bahara Keempat Suku kepada Francis Light (MS 40320/7, f.147) berkaitan penghantaran kelasi di Batu Bahara (1789)

Allah Akbar

Surat tulus dan ikhlas kasih serta sayang daripada Penghulu Yang Empat Suku di dalam Batu Bahara datang kepada sahabat kita Gurnador yang memegang perintah di dalam kota Pulau Pinang yang amat murah serta dengan adilnya daripada hal mendirikan adat lembaga yang telah tertentu di dalam hukum adat 

Surat pengingat Duli Yang Dipertuan kepada Mata-mata (MS 40320/7, f.146) untuk membeli kain dan senjata

Fasal ini surat pengingat daripada Duli Yang Dipertuan dikurniakan kepada Mata2 dititahkan suruh cari kain Asahan yang halus2 barang empat kayu yang ada paninya atau Asahan yang hitam yang halus2 sekali yang ada paninya juga dan lagi Kalamkari Tanah Putih yang halus2 barang tiga kayu dan lagi kerpai barang seratus minta carikan kepada Kapitan Lak dan lagi minyak tir barang2 sepuluh gantang dan lagi tali wilanda barang seutas kemudian lagi Mata2 carikan kain gajah yang halus2 sekali barang sekayu sebagai lagi meriam yang kita minta carikan kepada Kapitan Lak itu peluru yang Mata2 bawa itulah ukurnya meski besar sedikit tiada mengapa

Wednesday, November 18, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Laksamana Kedah (MS 40320/7, f.145) berkaitan hutang orang Cina Gak (7 Syawal)

Alhamdulillah

Mafhum saudara hamba Laksamana adalah cina nama cina Gak berhutang pada hamba dengan anak bininya dua ratus rial maka jadi penyakit air saudara hamba suruh hantarkan taruh di Kuala Sala maka sekarang ini hendaklah saudara hamba suruh pergi ambil cina itu bawa mari dengan anak bininya hamba hendak suruh jika tiada mari tubuhnya rial hutangnya dua ratus itu saudara hamba ambil hantar mari hubaya2 buat surat tujuh hari bulan Syawal tamat

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.144) berkaitan penghantaran timah, padi dan lembu dan pembelian opium (14 Syawal)

Alhamdulillah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Raja Muda di Perlis kepada Francis Light (MS 40320/7, f.143) berkaitan pembelian barang dagangan di Pulau Pinang (April 1790)

 Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang dan tulus ikhlas suci putih hati serta muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan daripada beta Raja Muda di negeri bandar Perlis Kota Indera Kayangan sampai kepada sahabat beta Gurnador yang memerintah bandar Pulau Pinang yang amat budiman lagi setiawan dengan segala handai dan taulan dan sangat arif bijaksana pada segala pekerjaan di laut dan di darat dan sangat2 dermawan pada segala fakir miskin hina dina dan tolong menolong segala anak dagang senteri tiada diberi kesakitan maka perangai demikian itu tergah masyhurlah pada sekalian negeri di atas angin dan dibaruh angin maka barang ditetapkan Tuhan sarwa alam sekalian jangan berubah2 

Tuesday, November 17, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.142) berkaitan hutang Hasan Kandu (3 November 1789)

 Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Saudagar Raja menrafakkan sembah maklumkan pada ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Francis Light kepada Laksamana Kedah (MS 40320/7, f.141) berkaitan masalah perceraian isteri pandai emas (27 Zulkaedah 1203 / 19 Ogos 1789)

 Ya ‘Aziz al-Karim

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Dato’ Laksamana yang amat mulia wa ba’d 

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.140) berkaitan penghantaran lembu 12 ekor (Khamis, 2 Syaaban)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang duduk dalam pelihara Tuhan sarwa alam 

Monday, November 16, 2020

Surat Sayid Abu Bakar kepada Francis Light (MS 40320/7, f.139) berkaitan bijih timah di Pulau Langkawi (19 Rabiul Awal)

Ya ‘Aziz

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas daripada Sayid Abu Bakar sampai kepada saudara hamba hamba Gurnador Pulau Pinang yang mulia amma ba’dah 

Surat To' Bandar kepada James Scott (MS 40320/7, f.138) berkaitan pembayaran barang-barang seperti layar, damar, kayu dan makanan (Ahad, 18 Jamadil Awal)

 Al-Mustahaqq

Ini surat tulus dan ikhlas selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada beta To’ Bandar datang kepada sahabat beta Kapitan Uskut 

Surat Raja Muda di Perlis kepada Sultan Kedah dan balasan surat dari Sultan Kedah (MS 40320/7, f.137) berkaitan permintaan batu kapur (Rabu)

Ya Ghafur Rahim

Daulat tuanku Shah Alam Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Raja Muda hamba hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ampun tuanku 

Saturday, November 14, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Nakhoda Sembawa (MS 40320/7, f.133) berkaitan pembelian bom, perkakas untuk kerja besi dan kayu

Bahawa inilah surat pengingatan  daripada khadrat  Duli Yang Maha Mulia kepada Nakhoda Sembawa dititahkan suruh carikan di Pulau Pinang kepada Gabernor pertama2 bom  barang sepasang atau dua pasang berat pelurunya kira2 dua belas pinta dan pekakas besi orang kerja kayu dengan selengkapnya seperti gergaji dan pahat dan ketam sekaliannya selengkap2nya dan lagi kikir besi besar kecik  barang tiga lusan atau empat lusan

Surat Bendahara Muda Negeri Perak kepada Francis Light (MS 40320/7, f.132) untuk menjalin hubungan dengan Pulau Pinang (Khamis, 20 Muharam)

 Qu al-Haqq

Surat tulus dan ikhlas kasih sayang daripada beta Bendahara Muda negeri Perak sampai kepada sahabat beta Senyor Gurnador negeri Pulau Pinang 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.131) berkaitan pembelian opium dan penghantaran beras (Khamis, 16 Jamadil Akhir, 4 Mac 1790)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Friday, November 13, 2020

Surat cit Laksamana Kedah kepada Syahbandar dan Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Laksamana (MS 40320/7, f.130) berkaitan lanun (12 Rejab)

Surat cit adinda Laksamana sampai pada kekanda Syahbandar Seri Pikrama Raja maka adalah pagi Sabtu ini mari orang dari Salang nyatakan khabar pesan Raja Setia Lela kata perahu orang jahat tambah dua buah pulak jadi tujuh buah 

Surat Kapitan Scott kepada Fatimah di Batu Bara (MS 40320/7, f.129) untuk mengajaknya berpindah ke Pulau Pinang (Sabtu, 24 Zulkaedah)

Qawluhu al-Haqq

Kirim tabik ayahanda Kapitan Uskat  kepada anakanda Encik Fatimah yang istirehat di bandar Batu Bara lagi beroleh pangkat dan darjat daripada Tuhan kita amal dan iman amin ajma’in 

Surat perjanjian Tuan Sayid Uthman bin Ja'far kepada Kapitan Benggal (MS 40320/7, f.128) berkaitan perjanjian harga barang (Khamis, 7 Safar / 1785)

 Ya Qadiya al-Hajat

Ini surat tanda Tuan Sayid Uthman bersahabat dengan Kapitan Benggal tatkala bertemu di selat Lembajan 

Thursday, November 12, 2020

Surat Encik Tim Selangor kepada Nakhoda Po Cat (MS 40320/7, f.127) berkaitan hutang Po Cat

 Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah surat tulus ikhlas suci putih hati iaitu daripada Encik Tim di dalam negeri Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada Nakhoda Po Cat yang ada di Pulau Pinang 

Surat Po Cat Gading kepada Francis Light (MS 40320/7, f.126) untuk memohon tempat berniaga (22 Syaaban)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada anakanda Po Cat Gading mari sampai kepada ayahanda To’ Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan sarwa alam sekalian 

Surat Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/7, f.125) berkaitan pembelian opium (Ahad, 1 Jamadil Akhir 1202 Tahun Dal Awal / 9 Mac 1788)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Kota Pulau Pinang yang baik budi bahasa pada perintah kebajikan senantiasa 

Wednesday, November 11, 2020

Surat Raja Muda di Perlis kepada Francis Light (MS 40320/7, f.123) berkaitan permintaan baginda (Selasa, 29 Zulhijah 1205 / 30 Ogos 1791)

 Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Muda sampai kepada sahabat beta Gunador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada pihak berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka masyhurlah pada sekalian negeri atas angin dan baruh angin maka barang ditetapkan Tuhan sarwa sekalian alam kiranya perangai yang demikian itu 

Surat Laksamana kepada Francis Light (MS 40320/7, f.122) berkaitan tempat lanun (10 Rabiul Akhir)

 Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang akan surat sahabat beta nyatakan mari pinta nyatakan tempat lanun itu maka sudah beta suruh pergi lihat maka belum balik lagi apabila balik penyuruh beta itu boleh beta nyatakan pergi pada sahabat beta akan beras dan makanan itu titah Yang Dipertuan suruh siapkan hendak disuruh hantar pergi ahwal itulah beta nyatakan buat surat sepuluh hari bulan Rabiul Akhir


Surat Tengku Ibrahim kepada Francis Light (MS 40320/7, f.121) berkaitan hutang kepada Raja Cenak dan hamba yang lari (20 Muharam)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada Tenku Ibrahim sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 

Tuesday, November 10, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.120) berkaitan lanun di Kurau, Kerian dan Kuala Perai (Khamis, 18 Rabiul Awal)

 Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Salinan surat/draf Francis Light kepada Tengku (MS 40320/7, f.119) berkaitan masalah dengan Duli Yang Dipertuan Kedah

Patik maklumkan ahwal surat duli Tenku dibawa Cik Tanjung dan Cik Busu itu sampailah pada patik 

Surat kepada Hakim Bandar Pulau Pinang (MS 40320/7, f.118) berkaitan kes antara Lebang dan Maris

Qawluhu al-Haqq

Alamat surat meteri kami nyatakan pada Hakim Bandar Pulau Pinang akan dakwa Lebang dengan Maris itu kami suruh Raja Dewa Makota dengan Seri Pikrama Jaya perintah salinikan maka itulah surat Raja Dewa Makota dibawak Lebang itu pergi tanda sudah salini dakwa dirinya itu tamat


Monday, November 9, 2020

Surat Paduka Maharaja Adinda kepada Francis Light (MS 40320/7, f.117) berkaitan jualan lembu di Pulau Pinang (Ahad, 14 Syawal)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang tulus ikhlas dan muafakat yang sudi daripada beta Paduka Maharaja Adinda sampai kepada pihak sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi dermawan pandai memerintah akil kasih sekalian handai dan taulan barang tetabkan Tuhan langit dan bumi perangai demikian itu 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.116) berkaitan masalah lanun dan pertemuan Sultan Abdullah dan Francis Light (Rabu, 22 Rabiul Akhir)

 Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pinang 

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.115) berkaitan permintaan balasan surat (Rabu, 26 Jamadil Akhir)

 Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada Tenku Raden Muhamad ibn Pengiran Sharif sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Sunday, November 8, 2020

Surat Paduka Maharaja Adinda kepada Francis Light (MS 40320/7, f.114) berkaitan penghantaran lembu (Isnin, 21 Zulkaedah)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang tulus ikhlas dan muafakat yang sudi daripada beta Paduka Maharaja Adinda sampai kepada pihak sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi dermawan pandai mengabil kasih sekalian handai dan taulan barang ditatabkan Tuhan langit dan bumi perangai mikian itu 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.113) berkaitan dagangan James Scott dan timah (1 Rabiul Akhir)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang daripada Saudagar Raja sampai pada Gurnador Pulau Pinang 

Surat Paduka Maharaja Adinda kepada Francis Light (MS 40320/7, f.112) berkaitan penghantaran lembu dan pembelian besi (Khamis, 15 Rejab 1206 Tahun Alif/ 8 Mac 1792)

 Wa Qadiya al-Hajat

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas dan muafakat yang sudi daripada beta Paduka Maharaja Adinda sampai kepada pihak sahabat beta Gunador Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi dermawan pada jalan berkasih kasihan dengan sekalian handai taulan barang ditetabkan Tuhan langit dan bumi perangai yang demikian itu 

Friday, November 6, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.108) berkaitan masalah pelabuhan Kedah (Khamis, 30 Muharam 1206 Tahun2 Alif / 29 September 1791)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana 

Surat cit Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.107) berkaitan pembelian 10 pucuk lela (Khamis, 6 Rabiul Awal)

Surat cit Tenku Raden Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Surat cit Sharif Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.106) berkaitan penghantaran beras 5 koyan (14 Zulhijah)

Surat cit daripada Sharif Muhamad pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi pandai menga segala dagang ahwal adalah perahu Nakhoda Sulaiman dan Nakhoda Panjang ini membawa beras lima koyan hendaklah sahabat beta ambil beli berasnya itu sahabat beta bayar sekali harganya pada Nakhoda itu itulah dinyatakan tamat tersurat pada empat belas hari bulan Haji tamat

Thursday, November 5, 2020

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.105) berkaitan hamba Mek Banun lima beranak

 al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tenku Raden Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana dari atas angin dan ke baruh angin kedengaran bahana 

Surat Cit Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.104) berkaitan penghantaran 20 koyan beras

Surat cit daripada Tenku Raden Muhamad kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang akan beras pada beta sudah diterima Kapitan wakil sahabat beta dua puluh koyan inilah beta nyatakan pada sahabat beta maka sahabat beta suruh segera mari terima beras ini sudah beta siap taruh tamat

Surat Tengku Sharif Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.103) berkaitan masalah beras yang tidak boleh dibawa keluar Kedah (15 Jamadil Awal)

 Qawluhu al-Haqq

Surat cit daripada beta Tengku Sharif Muhamad sampai kepada sahabat beta yang baik budi perangai iaitu Gurnador Pulau Pinang 

Wednesday, November 4, 2020

Surat Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.102) berkaitan Sayid Akil belajar berniaga bersama Saudagar Mirangkandu (Isnin, 25 Syawal)

Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raden Muhamad barang disampaikan Tuhan alam kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian sangat pandai pada memerintah laut dan darat serta dengan arif bijaksana mengasihani segala anak dagang 

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.101) berkaitan pinjaman duit 3000 rial (Selasa, 24 Zulkaedah)

 al-Mustahaqqah

surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada Tenku Raden Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana yang telah masyhur sudah sampai ke mana mana dari atas angin dan ke baruh angin kedengaran bahana 

Tuesday, November 3, 2020

Surat Raja Muda Perlis kepada Francis Light (MS 40320/7, f.100) berkaitan lebai Bugis yang hendak menunaikan haji (Khamis 25 Safar 1205 Tahun Dal Akhir / 4 November 1790)

 Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berputusaan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Muda yang memerintah bandar Kota Indera Kayangan sampai kepada sahabat beta Gurnador yang memerintah bandar Pulau Pinang yang termasyhur sebutan pada jalan berkasih kasihan antara segala handai taulannya 

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.99) berkaitan nakhoda yang lari bawa beras

 al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada Tenku Raden Muhamad kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Monday, November 2, 2020

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.98) berkaitan bayaran komoditi dan budak yang lari ke Pulau Pinang (Khamis, 6 Rabiul Awal 1206 / 3 November 1791)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tenku Raden Muhamad mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur perangai yang sempurna 

Surat Raja Muda Perlis kepada Francis Light (MS 40320/7, f.97) berkaitan penghantaran beras, lilin dan hamba (Selasa, 8 Jamadil Awal)

 Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus ikhlas daripada beta Raja Muda negeri Perlis sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Sunday, November 1, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.96) berkaitan permintaan Siam dan Raja Legor (Rabu, 25 Jamadil Akhir)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.95) berkaitan timah, lembu dan opium (Khamis, 10 Syawal)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2