Tuesday, June 30, 2020

Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.81) berkaitan perdagangan lada dan dagangan ke India melalui Nakhoda Bawa (1 Safar 1205 / 10 Oktober 1790)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiah iaitu daripada Paduka Seri al-Sultan Mansur Ri’ayat Syah ibn al-Marhum al-Sultan Zainal Abidin yang di atas tahta  kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-alam apalah kiranya kepada pihak sahabat kita dan kekasih kita iaitu Gurnador yang memegang perintah kompeni dalam bandar Pulau Pinang bertambah2 kebesaran dan kemuliaan serta beroleh umur lanjut dalam dunia maka dipinta barang selamat sempurna dan istirahat dan afiat daripada segala mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya serta melakukan tadbir perintah khair dan solah lagi memberi manfaat faedah atas sekalian Raja2 di bawah angin ini dan masyhurlah wartanya di bawah angin dan di atas angin pada hal terlalu arif dan bijaksana melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian sahabatnya Orang Besar2 dan Raja2 dan barang dikekalkan Allah kebesarannya selama ada cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Monday, June 29, 2020

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.79) berkaitan masalah Mister Kart dan perdagangan dengan Mister Firli dan Kapitan Camnan (Selasa, 3 Safar 1205 / 12 Oktober 1790)

Ya Khaliq al-Nahar wa al-Lail

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang dihiasi dengan beberapa madah dan thana  serta tulus dan ikhlas yang tiada berhingga iaitu daripada hamba Dato’ Syaudagar  Nasruddin yang ada terqawaf  di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Rab al-Anam apalah kiranya kepada pihak hadrat Dato’ Gurnador yang ada dengan istirahat al-khair serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah Pulau Pinang maka masyhurlah wartanya pada sekalian buldan pada hal mempunyai perangai yang lemah lembut serta terlalu arif pada hal melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian dagang qarib dan ba’id dan barang ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya selama ada hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.78) berkaitan bantuan kepada Sayyid Abdullah Qumasyi, Nakhoda Bawa dan Nakhoda Paria Tambi (Ahad, 15 Safar 1200 / 18 Disember 1785)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiah iaitu daripada Paduka Seri al-Sultan Mansur Riayat Syah yang di atas tahta  kerajaan alam negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan Rab al-‘Ibad apalah kiranya kepada pihak sahabat kita dan kekasih kita Gurnador Pulau Pinang yang ada dengan istirahat dan sihat dan afiah dalam daerah kantor kompeni Inggeris serta memegang perintah dan tadbir yang masyhur wartanya di atas angin dan di bawah angin gagah perkasa lagi bijaksana dan setiawan dan budiman dan terlalu arif pada hal memerintahkan pekerjaan sahabat dan taulannya di bawah angin dan lagi teguh setiawan serta mempunyai perangai yang lemah lembut pada hal melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian Raja Raja dan Orang Besar2 dan barang ditambah Tuhan Allah pangkat darjatnya serta beroleh gah kebesaran dan kemuliaan selama lamanya dan lagi dipanjangkan Allah umur usianya dalam dunia dan diselamatkan Allah daripada segala mara bahaya selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Sunday, June 28, 2020

Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.77) berkaitan urusan menumpangkan Lebai Amin pergi haji (23 Rabiul Akhir 1204 / 10 Januari 1790)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada menaruh syak dalamnya iaitu daripada Paduka Seri Sultan Mansur yang mempunyai tahta  kerajaan negeri Terengganu barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada pihak anak kita iaitu Senyur Gurnador yang mempunyai perintah dan kebesaran serta kekayaan di dalam daerah Pulau Pinang yang amat baik budi pekerti lagi setiawan atas melakukan berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka kita pohonkan kepada Tuhan segala alam bertambah2 lanjut usia umur zamannya di dalam sihat lagi afiat amin ya Hannan al-Mannan wa ba’dah 

Surat Sultan Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.76) berkaitan kesalahan Kapitan Clark yang menjual opium tanpa kebenaran (14 Safar 1206 / 13 Oktober 1791)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiat iaitu daripada Yang Dipertuan Besar yang di atas tahta  kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-alam apalah kiranya kepada pihak kekasih kita dan sahabat kita iaitu Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah bandar Pulau Pinang barang dilanjutkan Allah umur usianya supaya jadi tempat pernaungan segala dagang miskin dalam bandarnya dan barang ditambah Allah kebesarannya dan kekayaannya serta dianugerah Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Saturday, June 27, 2020

Surat Sultan Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.75) berkaitan perdagangan timah dan tumpang kapal pergi haji (7 Muharam 1203 / 8 Oktober 1788)

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas serta tulus dan ikhlas yang tiada berkesudahan dan kasih sayang yang tiada berhingga iaitu daripada Seri Paduka ayahanda Yang Dipertuan Besar yang di atas tahta  kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada sahabat kita dan kekasih kita iaitu anak kita Gurnador Pulau Pinang yang ada dengan istirahat al-khair sihat dan afiat serta mempunyai kerajaan dan kebesaran dalam daerah kantor kompeni maka ialah yang masyhur wartanya di atas angin dan di bawah angin pada hal gagah perkasa pada medan peperangan dan lagi maha bijaksana pada hal melakukan kasih berkasihan serta tolong menolong pada sekalian sahabatnya Orang Besar2 dan lagi terlalu arif pada hal memerintahkan pekerjaan sekalian taulannya Orang Besar2 di bawah angin ini dan serta amat budiman pada hal melakukan tadbir perintah khair dan solah  serta memberi manfaat dan kebajikan atas segala sahabatnya dan taulannya samanya Orang Besar barang dipanjangkan Allah umur usianya serta diselamatkan Allah daripada segala mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya maka masyhurlah bandarnya yang makmur serta segala dagang pun dalam sentosa maka barang ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya dengan kesenangan dan kesentosaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Surat Sultan Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.74) berkaitan sikap biadap kapitan Canning

Nur al-Shams wa al-Qamar

Ini surat kasih daripada Duli Yang Dipertuan Terengganu sampaikan anak kita Gurnador Pulau Pinang

Friday, June 26, 2020

Surat Francis Light kepada Sultan Terengganu (MS 40320/11, f.73) berkaitan perdagangan dan penghantaran kapal Inggeris ke Terengganu

Ya Ghafur Rahim

Daulat al-‘izam wa bihi al-kiram serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada patik Gurnador Pulau Pinang yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan Besar Terengganu Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun Tuanku

Surat Saudagar Nasruddin kepada James Scott (MS 40320/11, f.72) berkaitan dagangan ke Sambas dan lada ke China

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini sahifat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiah iaitu daripada Syaudagar  Nasruddin barang disampaikan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak sahabat dan kekasih hamba iaitu Kapitan Uskut  yang ada dengan istirahat al-khair dalam daerah Pulau Pinang barang bertambah2 kebesaran dan kemuliaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan serta dipanjangkan Allah umur usianya beroleh sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Thursday, June 25, 2020

Surat Sultan Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.71) berkaitan perdagangan timah dan lada serta serangan dari Siak (Khamis 14 Zulkaedah 1203 / 6 Ogos 1789)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada Seri Paduka ayahanda Yang Dipertuan Besar yang di atas tahta  kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak sahabat dan kekasih kita iaitu anak kita Gurnador Pulau Pinang yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah kantor kompeni Inggeris Pulau Pinang maka masyhurlah wartanya di atas angin dan di bawah pada hal gagah perkasa pada medan peperangan dan lagi terlalu arif pada hal memerintahkan pekerjaan sahabat dan taulannya di bawah angin dan lagi teguh setianya serta mempunyai perangai yang lemah lembut dan maha bijaksana pada hal melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian sahabatnya dan barang ditambah Tuhan Allah pangkat darjatnya serta beroleh kebesaran dan kemuliaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan dipanjangkan Allah umur usianya dalam dunia dan diselamatkan Allah daripada sekalian mara bahaya selagi ada hayat zamannya wa ba’dah

Surat Sultan Mahmud Riayat Shah kepada Francis Light (MS 40320/11, f.70) berkaitan serangan Belanda ke atas Riau (29 Muharam 1202 / 10 November 1787)

Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Siddiq

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang hening jernih iaitu daripada Paduka Seri Sultan Mahmud Riayat Syah mempunyai tahta  kerajaan negeri Johor dan Pahang dengan segala daerah takluknya barang diwasilkan Tuhan Hannan al-Mannan apalah kiranya kepada pihak sahabat kita iaitu Senyur Gurnador yang memerintahkan di dalam Pulau Pinang yang masyhur kekayaannya dan kebesarannya bertambah pula dengan baik budi pekerti lagi setiawan atas melakukan berkasih kasihan dengan segala handai taulannya lagi teguh setianya muafakat yang tiada berubah2 selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan perkisaran malam dan siang maka kita pohonkan kepada Tuhan segala alam atasnya sihat dan afiat serta lanjut usia umur zamannya dengan beberapa izzat daulat sa’adat daripada segala jenis kebajikan dan tadbir perintah yang selamat al-mubarak jua adanya wa ba’dahu

Wednesday, June 24, 2020

Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.68) berkaitan masalah dengan Siam dan perdagangan lada, timah dan beras (Jumaat, 6 Safar 1202 / 16 November 1787)

Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidq

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada mirat al-qulub iaitu daripada Seri Paduka ayahanda Paduka Seri al-Sultan Mansur Riayat Shah ibn al-Marhum al-Sultan Zainal ‘Abidin yang di atas takhta kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Rab al-Anam apalah kiranya kepada sahabat kita dan kekasih kita iaitu anak kita Gurnador Pulau Pinang yang memegang perintah dan tadbir dalam kantor kompeni barang ditambah Tuhan sarwa alam kebesarannya dan kemuliaannya supaya pernaungan segala gharib dan miskin dalam bandarnya maka masyhurlah wartanya di atas angin dan di bawah angin pada hal gagah perkasa di medan peperangan serta mempunyai perangai yang lemah lembut dan lagi terlalu arif dan bijaksana pada hal melakukan berkasih berkasihan serta tolong menolong pada sekalian sahabatnya Raja2 dan Orang Besar2 di bawah angin ini dan lagi amat setiawan serta melakukan tadbir perintah yang khair dan solah lagi memberi menfaat faedah atas sekalian sahabatnya Raja2 dan samanya2 Orang Besar2 maka dipintakan Tuhan Rab al-‘Ibad barang selamat sempurna serta istirahat dan afiat daripada segala mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya dan dilanjutkan Allah umur usianya serta dikekalkan Allah akan af’alnya yang kepujian itu selama ada cakerawala matahari dan bulan adanya ‘ala al-dawam wa ba’dah 

Surat Kapitan Cina Encik Tim kepada Francis Light (MS 40320/11, f.65) berkaitan perdagangan opium, beras dan timah (Jumaat, 30 Safar 1203 / 28 November 1788)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati yang jernih iaitu daripada kepada Kapitan Cina Encik Tim yang di dalam negeri Selangor yang amat hina daripada sekalian orang barang disampaikan Tuhan semesta alam apalah kiranya kepada Tuan Senyur Gobernor yang memegang perintah di dalam negeri kota Pulau Pinang serta dengan arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan dengan segala handai taulannya dengan mengasihi segala dagang senteri yang pergi datang maka masyhurlah sudah nama yang kebajikan itu kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’d 

Tuesday, June 23, 2020

Surat Kapitan Cina Encik Tim kepada James Scott (MS 40320/11, f.64) berkaitan pemergian ke Pulau Pinang dan permintaan wang (30 Safar 1203 / 28 November 1788)

Al-Shams wa al-Qamar

Warkat al-ikhlas serta suci putih hati yang jernih iaitu daripada Kapitan Cina Encik Tim di Selangor yang amat hina lagi miskin serta dengan tiada menaruh daya upaya barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada Tuan Kapitan Uskut yang memegang perintah di dalam negeri kota Pulau Pinang yang beroleh pangkat yang kebesaran dan kekayaan serta dengan arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan dengan segala sahabatnya serta mengasihani segala dagang senteri yang pergi datang maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dahu 

Surat Raja Muda Kedah kepada Francis Light (MS 40320/11, f.63) berkaitan pembunuhan Tuan Sayid Mahmud (Khamis, 23 Rabiul Akhir)

al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas serta kasih sayang yang tiada berputusan dan tiada berkesudahan daripada beta Raja Muda datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi budiman pada memerintahkan segala pekerjaan dan berkasih kasihan dengan segala handai taulan bertolong tolongan lagi artawan  dan dermawan dan mengasihi segala dagang senteri tolong menolong dan mengasihani akan fakir miskin maka tergah masyhurlah wartanya pada segala negeri di atas angin dan baruh angin maka perangai yang demikian itu barang ditetapkan Tuhan langit dan bumi jangan berubah2 selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan

Monday, June 22, 2020

Surat Cina Timat kepada James Scott (MS 40320/11, f.62) berkaitan masalah politik Riau dan dagangan opium dan kain

Kirim tabik banyak2 serta tulus ikhlas putih hati daripada Cina Timat  di dalam negeri Selangor datang kepada sahabat sahaya Tuan Kapitan Skot  yang ada duduk di Pulau Pinang serta mengasihi segala dagang senteri yang pergi datang ke Pulau Pinang 

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.61) berkaitan pembelian opium, senapang, pemuras dan jualan timah (21 Jun 1787)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas yang terbit daripada hati yang putih lagi jernih iaitu daripada Raja Muda yang memerintah di bawah perintah raja di dalam negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan sarwa semesta sekalian alam kepada sahabat Gobernor yang ada istirehat memerintah di dalam bandar kota negeri Pulau Pinang ialah yang telah masyhur mengasih anak dagang yang masuk keluar yang datang dari barat dan yang datang dari timur amma ba’du 

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.60) berkaitan hutang kepada Kapten Wilson (Khamis, 4 Rejab)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini surat tanda tulus dan ikhlas serta cuci hati yang putih itu daripada Duli Tengku Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Shah yang memerintahkan bandar negeri Selangor barang disampaikan Allah Tuhan Rab al-‘Arsy al-‘Azim apa kiranya datang kepada sahabat kita Gurnador Pulau Pinang yang bertambah2 ‘izzat dan sa’adat di dalam negeri dunia ini selagi ada perkisaran cakerawala shams wa al-qamar thabit adanya amin thumma amin wa ba’dah 

Sunday, June 21, 2020

Surat Sultan Ibrahim Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.59) berkaitan hubungan dengan Inggeris dan jualan timah (1201 / 1786/87)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah warkat al-ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Seri Paduka al-Sultan Ibrahim Khalifah al-Mukminin yang semayam di atas tahta singgasana kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan semesta alam apalah kiranya kepada sahabat kita Senyur Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri kota Pulau Pinang ialah yang amat setiawan dan dermawan daripada melakukan antara sahabat bersahabat kasih berkasihan serta dengan mengasihi segala dagang senteri yang pergi datang maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’du 

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.58) berkaitan perdagangan opium dan kain (Khamis, 16 Muharam 1203 / 16 Oktober 1788)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan negeri kota Pulau Pinang yang amat setiawan daripada mekukan  kasih berkasihan sahabat bersahabat kepada handai taulannya supaya kekallah selama lamanya antara Selangor dengan Pulau Pinang wa ba’dah 

Saturday, June 20, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.57) berkaitan pembelian beras (Jumaat, 21 Rabiul Awal 1203 / 19 Disember 1788)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan semesta alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri kota Pulau Pinang yang amat arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan makin lama terlebih mahabatnya dengan segala taulan handai qarib wa al-ba’id telah masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dah 

Surat Sultan Ibrahim Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.56) berkaitan surat kepada Kompeni Inggeris Benggala dan pembelian barang-barang besi (6 Syaaban 1199 / 14 Jun 1785)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus serta ikhlas suci putih hati iaitu daripada khadrat  Maulana Paduka Seri Sultan Ibrahim yang di atas tahta  kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus datang kepada sahabat kita Kapitan Lik 

Friday, June 19, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.55) berkaitan penahanan Penggawa Muda di Pulau Pinang (Isnin, 1 Rabiul Akhir 1203 / 29 Disember 1788)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada hadrat Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas tahta  kerajaan di dalam negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri kota Pulau Pinang ialah yang amat arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan sahabat bersahabat dengan segala kekasihnya qarib wa al-ba’id makin lama malin  terlebih mahabatnya kepada sekalian orang telah masyhurlah sudah nama yang kebajikan itu kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dah 

Thursday, June 18, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.54) berkaitan penghantaran timah dan permintaan kain (11 Syawal 1202 / 15 Julai 1788)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan yang semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan negeri kota Pulau Pinang yang amat setiawan dan berkasih kasihan dan sahabat bersahabat supaya kekal selama lamanya antara Selangor dengan Pulau Pinang maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dah 

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.53) berkaitan permintaan tukang besi, tukang kayu, besi dan beras (1202 / 1787/1788)

Nur al-Shams wa al-qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas iaitu daripada Duli Yang Maha Mulia yang semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Allah Tuhan kita sarwa sekalian alam kehadapan sahabat kita Senyur Gurnador yang mempunyai perintah dan kebesaran di dalam bandar Pulau Pinang barang dipeliharakan Tuhan kita Malik al-Manan daripada serbai  fitnah dunia amin thumma amin 

Wednesday, June 17, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40230/11, f.52) berkaitan hutang dan pembelian meriam (Sabtu, 8 Zulkaedah 1205 / 9 Julai 1791)

Al-Shams wa al-qamar

Warkat al-maujud dan hadiat al-mamdud maka diperpesertakan  dalamnya tulus dan ihlas  serta suci putih hati iaitu daripada Yang Dipertuan Selangor yang semayam di atas tahta  singgasana  kerajaan Darul Khusus barang disampaikan Tuhan kita sarwa alam sekalian apalah kiranya kepada pihak sahabat kita Senyur Gobernor yang mempunyai kebesaran dan perintah serta kemuliaan di dalam kota Pulau Pinang yang sangat makmurnya dan lagi masyhur warta yang baik dan kemurahan pada mengembirakan  senakhi  dan ihsan wa al-aman daripada berkasih kasihan antara sahabat handai sekalian lagi sangat mengasihan akan segala dagang yang muhtaj kepadanya yang qarib dan yang ba’id barang tetap kiranya sahabat kita di atas kebesaran dan kemuliaan dengan sempurna sejahtera adanya selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan dengan cahayanya jangan kiranya diberi berkeputusan kasih berkasihan pada antara kita kedua barang sentosa jua adanya amma ba’dah 

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.51) berkaitan hutang dan masalah jualan timah tanpa kebenaran (Rabu, 20 Zulhijah 1201 / 3 Oktober 1787)

Al-Shams wa al-qamar

Warkat al-ikhlas tanda suci putih hati daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Selangor datang kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan negeri kota Pulau Pinang Darul Aman ialah yang amat arif memeliharakan sahabat bersahabat antara Selangor dan Pulau Pinang maka masyhurlah warta ihsannya tiap2 negeri yang lain wa ba’dah

Surat Yang Dipertuan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.50) berkaitan jualan timah dan maklumat berkaitan serangan terhadap Pulau Pinang (30 Safar 1202 / 11 Disember 1787)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  duli Yang Dipertuan Yang Dipertuan yang semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri kota Pulau Pinang yang amat setiawan daripada kasih berkasihan sahabat bersahabat supaya kekal selama lamanya antara Selangor dengan Pulau Pinang wa ba’dah 

Monday, June 15, 2020

Surat Tengku Besar Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.48) berkaitan dagangan gambir dan senjata (Selasa, 8 Ramadhan 1203 / 2 Jun 1789)

Bismillah al-rahman al-rahim

Bahawa ini surat tulus dan ihlas  serta suci putih hati dan dipesertakan dengan puji pujian tiada berhingga dan masa selagi ada nubah  peredaran cakerawala nur al-shams wa al-qamar iaitu daripada Tengku  Besyar  maka barang disampaikan Allah Subhanahu wa Taala Tuhan rab al-‘arsy al-‘azim wa al-jinab  al-karim wa al-ka’bah al-salim juga apalah kiranya datang kepada sahabat kita kapitan yang duduk dengan istirahat al-khair yang memerintah dalam negeri Pulau Pinang Darul Salam yang beroleh pangkat martabat kebesaran dan darjat yang kemuliaan serta beroleh pangkat yang ketinggian iaitu daripada Tuhan sarwa sekalian alam serta pulak kelakuan yang lemah lembut daripada menunjuki jalan yang kebaikan atas segala sanak saudara dan sahabatnya yang qarib wa al-ba’id adalah seumpama kayu di tengah padang lagi rampak  dahannya rimbun dahannya yang boleh menaungi segala hamba Allah yang kepanasan dan lagi murah iaitu menolongi sahabatnya yang kesakitan maka masyhurlah warta yang ihsan pada tiap2 negeri timur dan barat maka kita pun mendengar khabar yang demikian maka kita pun terabit  asyik dan berahi tiada menaruh lupa dan lalai serta tiada halai  daripada pantau hanya mendengar budi pekerti sahabat kita daripada siang dan malam wa ba’dah 

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.47) berkaitan hutang jualan opium (Rabu, 17 Syawal 1201 / 1 Ogos 1787)

Al-Shams wa al-qamar

Warqat al-ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Raja Muda yang memerintahkan di dalam daerah bandar negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan semesta alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor  yang memerintahkan di dalam daerah bandar negeri kota Pulau Pinang ialah yang amat setiawan kasih berkasihan antara sahabat bersahabat serta dengan mengasihi segala dagang senteri maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dahu 

Sunday, June 14, 2020

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.46) berkaitan hutang (Ahad, 2 Syaaban 1203 / 26 April 1789)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada hati yang suci lagi jernih iaitu daripada sahabat kita Raja Muda negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan kita Tuhan sarwa alam sekalian kepada hadapan sahabat kita Gurnador yang ada istirahat memerintah di dalam daerah bandar negeri Pulau Pinang Darul Salam ialah yang telah masyhur mengasihani segala anak dagang yang keluar masuk di dalam bandar itu amma ba’du 

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.42) berkaitan bantuan menumpangkan kapal untuk menunaikan haji (Selasa 1 Jamadil Awal 1206 / 27 Disember 1791)

Al-Shams wa al-qamar

Warqat al-mawjud dan hidayat al-mamdud maka dipesertakan dalamnya tulus dan ihlas  serta suci putih hati iaitu daripada Yang Dipertuan Selangor yang semayam di atas singgasana  kerajaan di dalam negeri Darul Khusus barang disampaikan Tuhan sarwa alam sekalian apalah kiranya kehadapan sahabat kita Senyo  Gobernor Pulau Pinang yang mempunyai kebesaran dan perintah serta kemuliaan di dalam bandar negeri yang makmur dan lagi masyhur wartanya yang baik daripada sekalian sahabat handai yang qarib dan yang ba’id dan kemurahan pada mengembirakan senanhi dan ihsan lagi sangat mengasihan akan dagang yang miskin barang tetab kiranya sahabat kita di atas kebesaran dan kemuliaan dengan sempurna sejahtera adanya selagi ada peredaran matahari dan bulan dengan cahayanya jangan kiranya diberi berkeputusan kasih berkasihan pada antara kita kedua barang sentosa jua adanya wa ba’dahu 

Saturday, June 13, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.41) berkaitan masalah di Aceh (Isnin, 6 Muharam 1203 / 6 Oktober 1788)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gubernor yang memerintahkan di dalam negeri Pulau Pinang ialah yang amat arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan sahabat bersahabat antara Selangor dengan Pulau Pinang makin lama terlebih mahabat serta sayang supaya kekallah selama lamanya dengan masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dah 

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.38) berkaitan penghantaran orang menunaikan haji (Selasa, 1 Jamadil Awal 1206 / 27 Disember 1791)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat sahifat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang tiada berkeputusan dan mahabah yang tiada berkesudahan wa al-sa’ah wa al-zaman yang tiada bertirai dan hijab di dalamnya iaitu daripada Raja Muda yang memerintahkan sekalian perkerjaan di bawah singgasana  tahta  kerajaan Yang Dipertuan Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam sekalian apalah kiranya kehadapan sahabat kita Senyur Gobernor Pulau Pinang yang mempunyai kebesaran dan perintah kemuliaan di dalam bandar negeri yang makmur dan lagi masyhur wartanya yang baik daripada sekalian sahabat handai yang qarib dan yang ba’id dan kemurahan pada mengembirakan setia  dan ihsan lagi sangat mengasihani akan dagang yang miskin barang tetab  kiranya sahabat kita di atas kebesaran dan kemuliaan dengan sempurna sejahtera adanya selagi ada peredaran matahari dan bulan dengan cahayanya jangan kiranya diberi berkeputusan kasih berkasihan pada antara kita kedua barang sentosa jua adanya wa ba’dah 

Friday, June 12, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.37) berkaitan bantuan menumpangkan bakal haji naik kapal (Jumaat, 8 Safar 1203 / 7 November 1788)

Al-Shams wa al-Qamar

Inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan negeri kota Pulau Pinang yang amat bijaksana daripada kasih berkasihan dengan segala mahabatnya serta dengan mengasihi segala fakir miskin dengan segala dagang yang pergi datang maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dah 

Surat Sultan Perak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.33) berkaitan pembelian beras (Jumaat, 13 Muharam 1202, Tahun Dal Akhir / 26 Oktober 1787)

Al-Shams wa al-Qamar

Ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati yang tiada berhingga dan berkeputusan daripada kita Maulana Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda Khalifat al-Rahim Johan Berdaulat Zillullah fi al-‘Alam yang di atas singgahsana kerajaan dan kebesaran dalam negeri Perak Darul Ridhwan barang disampaikan Tuhan semesta sekalian alam apalah kiranya pada sahabat kita Gurnador yang memerintahkan tadbir kebesaran kompeni dalam negeri kota Pulau Pinang yang arif bijaksana pada hal jalan melakukan kesukaan dan muafakat serta berkasih kasihan antara kita kedua pihak ini akan menjadi kebajikan di atas negeri maka masyhurlah khabarnya pada masyriq dan maghrib menolongi hamba Allah yang kesakitan pada ketika zaman ini sahabat kita Gurnador berbuat baik 

Surat Raja Bayang kepada Francis Light dan Kapitan Sadapad (MS 40320/11, f.32) berkaitan pembayaran wang

Qaw  al-Haqq

Ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada berhingga dan tiada bermasa selagi ada kiranya peredaran cakerawala nur al-syams wa al-qamar dan serta perkisaran malam dan siang daripada Raja Bayang barang disampaikan oleh Tuhan sarwa sekalian alam apa kiranya kepada Datuk Gurunador  dan Kapitan Sadapad  

Surat Sultan Muda Perak kepada Raja Bayang, To' Penggawa Muda dan Francis Light (MS 40320/11, f.31) berkaitan serangan Ilanun di Perak (Ahad, 22 Safar, 1205/31 Oktober 1790)

Ya Fattah al-Qulub

Salamullah Taa’la ‘ala al-dawam ma damat al-lail wa al-ayyam daripada paduka ayahanda Seri Paduka Sultan Muda Jalla wa ‘Izz Yang Maha Mulia yang memerintahkan tahta  kerajaan Duli Yang Dipertuan dalam negeri Perak Dahr  al-Ridhwan yusil Allah Ta’ala barang disampaikan Allah apa kiranya kepada paduka anakanda Raja Bayang dan mamak kita To’ Penggawa Muda yang istirehat al-khair dan serta sahabat kita Gurnador yang memerintahkan tadbir kebesaran kompeni dalam negeri Kota Pulau Pinang

Thursday, June 11, 2020

Surat Daeng Madik (MS 40320/11, f.29) berkaitan perdagangan

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini surat daripada Daeng Madik kirim tabik banyak2 kapitan sekaldu  

Surat ikrar Francis Light kepada Cik Abdul Manaf (MS 40320/11, f.28) berkaitan pelantikannya sebagai Kapitan Melayu Pulau Pinang (Ahad, 7 Zulkaedah 1207 Tahun2 Ha / 16 Jun 1793)

Qawluhu al-Haqq

Pada tarikh seribu dua ratus tujuh tahun2 Ha pada tujuh haribulan Zulkaedah hari Ahad bahawa pada ketika itu ini pada menyatakan adalah Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang jadikan Cik Abdul Manaf iaitu Maharaja Setia Kapitan Melayu penghulu segala Melayu dan dagang dalam daerah Pulau Pinang ini 

Senarai oleh Kapitan Bongkol (MS 40320/11, f.27) berkaitan barang jualan kepada Saudagar Nasruddin (10 Ramadhan 1199 Tahun Ha / 17 Julai 1785)

Pada sanah 1199 tahun2 ha pada sepuluh haribulan Ramadhan maka pada ketika itu datang Kapitan Bongkol  ke Terengganu menjual dagangan kepada Syaudagar  Nasruddin 

Surat ikrar Hasan Mir Lebai (MS 40320/11, f.26) berkaitan ambilan dan hutang

Inilah ikrar senda Hasan Mir Lebai di Perais  oleh Dato’ Hakim Banadar  berhadabpan dengan Tukudur  Hasan Sab dan Saudagar Merikan Kandu dan Nakhoda Syeikh Mahyudin dan Nakhoda Batat  Sab dan Tuha Muda di dalam pekan 

Wednesday, June 10, 2020

Surat Tengku Muda kepada Francis Light (MS 40320/11, f.25) berkaitan kelasi inggeris yang dipulangkan kepada Francis Light (Khamis 23 1208 / 1793/1794)

Qawluhu al-Haqq

Surat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas serta suci putih hati iaitu daripada Tengku Muda barang disampaikan Tuhan ‘Arsil  ‘Azim apalah kiranya datang kepada sahabat kita Senyur Gurnador mempunyai perintah di dalam negeri kota Pulau Pinang 

Senarai ambilan Tunku Raden Muhamad kepada James Scott (MS 40320/11, f.24) (Ramadhan, 1207, Tahun ha / April-Mei 1793)

Ambilan Tunku Raden Muhamad pada Kapitan Uskut 

Surat Tengku Sayid Husain Aidid kepada Francis Light dan James Scott (MS 40320/11, f.23) berkenaan ketibaannya di Aceh (Selasa, 20 Ramadhan 1205 / 24 Mei 1791)

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Alhamdulillah wahdah wa al-salat wa al-salam ‘ala man la nabiy ba’dah bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada Tengku Sayid Husain ibn al-marhum al-Habib Abdul Rahman ‘Aidid barang disampaikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala apalah kiranya datang kepada sahabat kita Tuan Gurnador Raja di Pulau Pinang dan Kapitan Uskut  

Surat Tuan Sayid Husain Aidid dan Datuk Penggawa Muda kepada Francis Light (MS 40320/11, f.22) perjanjian untuk tinggal di Pulau Pinang (1 Rabiul Akhir 1206 / 28 November 1791)

Sanah 1206 kepada sehari bulan Rabiul Akhir dewasa itulah Tuan Sayid Husain berdua dengan Datuk Penggawa Muda memintak perjanjian duduk di Pulau Pinang kepada Gurnador Raja Pulau Pinang 

Tuesday, June 9, 2020

Surat Tunku Raden kepada Francis Light (MS 40320/11, f.21) berkaitan janji Inggeris terhadap Kedah (9 February 1791)

Surat kasih sayang tulus ikhlas yang tiada berputusan daripada Tunku Raden Muhamad bin Pangeran Syarif sampai pada sahabat beta Gurnador Pulah  Pinang yang amat bijaksana lagi setiawan dan dermawan 

Surat Bendahara Kedah kepada Francis Light (MS 40320/11 f.20A) berkaitan fitnah dan perpindahan Saudagar Merikankadu sekeluarga ke Pulau Pinang (22 Syawal, Selasa)

Qawluhu al-Haqq wa lahu al-Mulk

Surat kasih serta sayang yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada Bendahara datang kepada sahabat beta To’ Gurnador yang telah termasyhur gah kepujian pada segala negeri sebelah timur dan barat lagi arif bijaksana sangat pandai memerintah laut dan darat dan membela segala dagang senteri daripada hina dan mulia 

Surat sejarah (MS 40320/11, f.20) berkaitan sejarah Kedah dan Bernam di Selangor (Jumaat, 5 Jamadil Awal 1201, Tahun2 Zai / 23 Februari 1787)

Maka asal orang duduk di Bernam itu orang di dalam negeri Kedah ini masa ada hayat paduka marhum maka anak paduka marhum perempuan bernama Tunku  Long bersuami akan Cik Onong Raja Bugis ipar pada Raja Selangor tuha bapa saudara pada Raja Selangor yang ada ini maka Raja Bugis itu beranak dengan Tunku Long seorang perempuan bernama Raja Bunga

Monday, June 8, 2020

Draf surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Kedah (MS 40320/11, f.19) berkaitan bayaran kepada Kedah sebanyak 4,000 atau 10,000 rial setahun (19 Safar, Isnin)

Ya Ghafur Rahim

Daulat Tuanku Shah Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Kedah (MS 40320/11, f.18) berkenaan tawaran 10,000 rial setahun (Selasa, 20 Safar 1203 / 18 November 1788)

Ya Ghafur Rahim

Daulat tuanku Shah Alam Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/11, f.17) berkaitan dagangan lembu, beras dan minyak sapi (1789)

Ini fasal daftar lembu hamba Dato’ beli dahulu empat puluh lima ekor jumlah harga belian dua ratus tengah sebelas rial dan upah orang pergi beli dan upah orang mengantar ke kuala dan upah orang taruh pebela lembu itu di kuala maka jumlah upahnya empat puluh lima rial maka jumlah harga belian dan belanjanya jadi dua ratus lima puluh tengah enam rial

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/11, f.16) berkaitan ambilan beras, kapur dan lembu (30 Jamadil Akhir 1202, Tahun2 Dal Awal / 7 April 1788)

Qawluhu al-Haqq

Pada sanah 1202 tahun2 Dal Awal pada tiga puluh hari bulan Jamadil Akhir ambilan bayaran Tuan Gurnador Pulau Pinang 

Sunday, June 7, 2020

Surat Sayid kepada Komander Kapitan Yu (MS 40320/11, f.15) berkaitan ketegangan di Pedir

Ini surat daripada tuan kita mari sampai kepada Komander Kapitan Yu  baca lihat dalam surat ini 

Senarai bayaran upah pekerja buat rumah dan bangsal (MS 40320/11, f.14) 20 Muharam, Selasa

Pada dua puluh haribulan Muharam hari Selasa orang bekerja bangsal roti dengan buat rabung enam belas orang sehari upahnya tiga rial
Pada hari itu juga upah orang lima orang kerja sehari upahnya tujuh kupang dua kenderi

Surat Tunku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/11, f.13) berkaitan perdagangan beras, lembu dan kerbau (Rabu, 11 Zulkaedah)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tunku Raden Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana pada perintah bersahabat telah masyhur sampai ke mana mana dari bawah angin dan ke atas angin kedengaran bahana 

Saturday, June 6, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/11, f.12) berkaitan pembayaran beras (Khamis, 30 Muharam 1206, tahun2 alif / 29 September 1791)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Syaudagar Raja sampai kepada qadam Tuan Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif telah masyhur ke mana2 

Surat Sayid Ali Batu Bahara kepada Francis Light (MS 40320/11, f.9) berkaitan kapal yang dipulangkan semula ke Pulau Pinang (Rabu, 27 Muharam)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini warkat al-ikhlas tulus serta dengan ikhlasnya yang dihiasi dengan beberapa puji pujian nur al-samawat wa al-ard lagi suci putih hati yang tiada berhingga hening jernih yang tiada berketika selagi ada bulan dan matahari siang dan malam pagi dan petang tiadalah bernama lupa dan lalai akan wajah yang persih  cahaya yang cemerlang iaitu daripada Yang Dipertuan Raja di laut yang ada berhenti di dalam Batu Bahara Darul Salam yang amat miskin da’if lagi tiada mepunyai  daya dan upaya serta dengan bebelnya  iaitu barang disampaikan Tuhan ‘Aziz al-Ghaffar wa ‘allam  al-sattar apalah kiranya dengan sejahteranya datang kepada wajah al-mukram sahabat kita Senyur Guranador  Dewa Raja yang telah istirahat al-khair bertakhta kerajaan memerintah di dalam kota negeri Pulau Pinang Darul Khusus yang beroleh pangkat dan darjat kebesaran dan kemuliaan serta sihat dan afiat lagi bertambah2 arif ceradik  bijaksana daripada melakukan berkasih kasihan dengan segala sahabat handai taulannya yang qarib wa al-ba’id dan setiawan serta adil dengan murahnya daripada memeliharakan sekalian anak dagang yang miskin maka masyhurlah nama sahabat kita kepada sekalian negeri barat dan timur maka sekaliannya mengucap syukur kepada Tuhan ‘Azza wa Jallah daripada mengenangkan budi dan bahasa sahabat kita kemudian maka kita pohonkan kehadrat Tuhan Rab al-‘alamin barang bertambah2 juga kiranya martabat yang ketinggian ikhtiar yang kebajikan serta kekal karal  ‘ala al-dawam sentiasa di dalam perintah yang sempurna amin thumma amin wa ba’dah 

Surat Datuk Bendahara dan Datuk Keempat Suku Batu Bahara kepada Francis Light (MS 40320/11, f.8) berkaitan hubungan dagangan Pulau Pinang dan Batu Bahara

Qawluhu al-Haqq

Sighat al-ikhlas serta suci putih hati yang tiada berhingga sedikala  ada peredaran cakerawala bulan dan matahari iaitu daripada Datuk Bendahara serta Datuk Keempat Suku yang bermakam dalam negeri Batu Bahara barang disampaikan Allah Tuhan sarwa alam kiranya datang kepada Datuk Garunnador yang ‘aziz lagi karim iaitu sahabat sahaya kapitan besar kota yang istirehat al-akhiri dalam bandar negeri Pulau Pinang yang telah beroleh pangkat dan darjat serta kebesaran dan kemuliaan lagi amat baik budi pekerti dan lagi bijaksana pada melakukan perintah sahabat bersahabat kasih dan berkasihan pada segala negeri dan serokan  maka amat masyhurlah warta yang demikian itu maka beberapa segala hamba Allah minta doa barang dikekalkan Allah kiranya perangai yang waleh  itu serta pula kita pohonkan kepada Allah Azza wa Jalla barang dilanjutkan Allah kiranya umur zaman min kul wahin  

Surat Dato Bendahara, Dato Yang Empat Suku dan Dato Kaya kepada Francis Light (MS 40320/11, f.7) berkaitan hubungan Batu Bahara dengan Pulau Pinang

Ya Qadiya al-Hajat

Dato’ Bendahara dan Dato’ Yang Empat Suku serta Dato’ Kaya empunya tabik pada sahabat kita Tuan Raja Pulau Pinang Senyur Gurnador serta dengan tulus dan ikhlas dengan hati yang putih hening lagi jernih seperti air dalam kaca demikian adanya pada sahabat kita serta dengan Kapitan Melayu 

Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.97) berkaitan kematian Saudagar Nasruddin dan masalah dengan Siam (12 Jamadil Awal 1206 / 7 Januari 1792)

Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidq

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiah iaitu daripada Yang Dipertuan Besar yang di atas tahta  kerajaan dalam negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Rab al-Anam apalah kiranya kepada pihak sahabat kita dan kekasih kita Gurnador yang ada istiqam dengan istirahat serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah jazirah Pulau Pinang barang bertambah2 kebesarannya dan dipanjangkan Allah umur usianya supaya jadi tempat tolong menolong segala sahabatnya Orang Besar2 dan Raja2 maka masyhurlah wartanya pada sekalian negeri di bawah angin ini pada hal mempunyai perangai yang lemah lembut dan terlalu arif dan bijaksana pada hal melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian sahabat dan taulannya barang dikekalkan Allah kerajaannya selagi ada hayat zamannya wa ba’dahu 

Friday, June 5, 2020

Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.80) berkaitan hubungan dagang Terengganu dengan Pulau Pinang, pembelian senjata (Jumaat, 10 Jamadil Akhir 1206 / 3 Februari 1792)

Al-Shams wa al-qamar wa al-nujum

Bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiah serta kasih sayang yang tiada berhingga iaitu daripada Seri Sultan Mansur ibn al-marhum al-Sultan Zainal Abidin yang di atas takhta kerajaan negeri Terengganu Dar al-Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak kekasih kita dan sahabat kita iaitu anak kita Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan daerah bandar Pulau Pinang barang bertambah2 kebesarannya dan kemuliaannya dan dipanjangkan Allah umur usianya serta beroleh sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya dan ialah yang mempunyai perangai yang lemah lembut serta terlalu arif pada hal memerintahkan khayr dan solah serta tolong menolong pada sekalian sahabatnya Orang Besar2 dan Raja2 barang dikekalkan Allah perangai yang demikian selama ada cakerawala matahari dan bulan wa ba’dahu 

Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.67) berkaitan perdagangan, lada, timah, beras dan masalah dengan Siam (Khamis, 3 Safar 1207 / 20 September 1792)

Al-shams wa al-qamar wa al-nujum

Bahawa ini sahifah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada Paduka Seri Sultan Mansur ibn al-marhum al-Sultan Zainal ‘Abidin yang di atas tahta  kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada anak kita dan sahabat kita dan kekasih kita iaitu Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah jazirah Pulau Pinang yang mempunyai perangai yang lemah lembut dan amat setiawan serta terlalu arif pada hal melakukan berkasih kasihan dan tolong menolong pada sekalian sahabatnya Raja2 dan Orang Besar2 barang ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya dan dipanjangkan Allah umur usianya selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Tengku Panglima Orang Kaya Kita Seri Paduka Raja Pesangan kepada Francis Light (MS 40320/11, f.5) berkaitan perdagangan lada dan pinang (Ahad 10 Zulhijah 1202 / 14 September 1788)

Ya Qadiya al-Hajat

Kalamuhu al-Siddiq

Ini surat serta tulus dan ikhlas dengan suci putih hati iaitu daripada Tengku  Panglima Kita Orang Kaya Seri Paduka Raja yang memerintahkan nenggeri  Pesangan yang di bawah naungan Duli Sultan Alauddin Muhamad Shah yang di dalam bandar nenggeri  Aceh Darul Salam barang disampaikan tuhan Allah al-‘alamin apalah kiranya kepada sahabat beta Gurnador Kapitan Lak  Dewa Raja yang mempunyai takhta kebesaran dan kekayaan dalam bandar nenggeri  Pulau Pinang Darul Aman ialah yang amat arif dan bijaksana pada pihak diberlakukan  berkasih2han dengan sekalian sahabat handai taulannya telah termashur termasyhurlah nama wartanya pada tiap2 segala nenggeri  yang di atas angin dan yang di bawah angin maka beta pohonkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala daripada panjang umur zamannya amin Allahumma amin wa ba’d 

Thursday, June 4, 2020

Surat Sayid Husain Aidid kepada Francis Light (MS 40320/11, f.4) berkaitan pelayaran ke Pulau Pinang yang tertangguh (10 Zulhijah 1205 / 10 Ogos 1791)

Qadiy al-hajat

Bahawa inilah surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan selama lagi ada cakerawala matahari dan bulan dan iaitu daripada Tuan Sayid Husain Aidid barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Taala apalah kiranya datang kepada sahabat beta Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang masyhur bijaksana berkasih kasihan pada menolong handai taulan qarib dan ba’id wa ba’d 

Surat Tengku Muda Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.3) berkaitan kapal James Scott, Sayid Hasan dan kapal Perancis

Salam doa serta takzim dan takrim iaitu daripada Tengku Muda Teluk Semawi barang disampaikan Allah kiranya kepada pihak sahabat Gunnador Pulau Pinang setelah dipeliharakan Allah Ta’ala amin ya rabbal ‘alamin amma ba’d 

Surat Pitang dan Syahbandar Po Gedang kepada Francis Light dan James Scott (MS 40320/11, f.2) berkaitan pembelian senjata

Ya Qadiya al-hajat

Alamat saghirah fi kutub qitras daripada Tuan Pitang yang yang anak Tuan Raja Pedir dan Sahbandar  Po Gedang  kepada syaudara  hamba yang halim la  karim iaitu Kopitan  Lat  dan Kopitan  Uskut  yang berhiznah  dalam Pulau Pinang amin 

Indeks Surat MS 40320 Volume 11

Indeks Surat MS 40320 Volume 11

Letter

Folio

From

To

Date

1

Folio 2

Pitang dan Syahbandar Po Gedang

Francis Light & James Scott

 

2

Folio 3

Tengku Muda Teluk Semawi

Francis Light

 

3

Folio 4

Sayid Husain Aidid

Francis Light

10 Zulhijah 1205 / 10 Ogos 1791

4

Folio 5

Tengku Panglima Orang Kaya Kita Seri Paduka Raja Pesangan

Francis Light

Ahad 10 Zulhijah 1202 / 14 September 1788

5

Folio 7

Dato Bendahara, Dato Yang Empat Suku dan Dato Kaya

Francis Light

 

6

Folio 8

Dato Bendahara dan Dato Keempat Suku Batu Bahara

Francis Light

 

7

Folio 9

Sayid Ali Batu Bahara

Francis Light

Rabu, 27 Muharam

8

Folio 11

Sultan Abdullah Kedah

Francis Light

12 Jamadil Awal 1206 Tahun2 Alif, 7 Januari 1792

9

Folio 12

Saudagar Raja

Francis Light

Khamis, 30 Muharam 1206, tahun2 alif / 29 September 1791

10

Folio 13

Tunku Raden Muhamad

Francis Light

Rabu, 11 Zulkaedah

11

Folio 14

Senarai upah buat rumah

 

 

12

Folio 15

Sayid

Komander Kapitan Yu

 

13

Folio 16

Saudagar Raja

Francis Light

 

14

Folio 17

Saudagar Raja

Francis Light

 

15

Folio 18

Francis Light

Sultan Abdullah

 

16

Folio 19

Francis Light

Sultan Abdullah

 

17

Folio 20

Surat Sejarah Kedah dan Bernam

 

 

18

Folio 20A

Bendahara Kedah

Francis Light

 

19

Folio 21

Tunku Raden

Francis Light

 

20

Folio 22

Sayid Husain Aidid dan Dato Penggawa Muda

Francis Light

 

21

Folio 23

Tengku Sayid Husain Aidid

Francis Light dan James Scott

 

22

Folio 24

Tunku Raden Muhamad

James Scott

 

23

Folio 25

Tengku Muda

Francis Light

 

24

Folio 26

Hasan Mir Lebai

 

 

25

Folio 27

Kapitan Bongkol

 

 

26

Folio 28

Francis Light

Cik Abdul Manaf

 

27

Folio 29

Daeng Madik

 

 

28

Folio 31

Sultan Muda Perak

Raja Bayang, To' Penggawa Muda dan Francis Light

 

29

Folio 32

Raja Bayang

Francis Light dan Kapitan Sadapad

 

30

Folio 33

Sultan Alauddin Mansur Shah

Francis Light

 

31

Folio 34

Sultan Alauddin Mansur Shah

Francis Light

 

32

Folio 36

Sultan Ibrahim

Francis Light

 

33

Folio 37

Sultan Selangor

Francis Light

 

34

Folio 38

Raja Muda Selangor

Francis Light

 

35

Folio 39

Sultan Ibrahim

Francis Light

 

36

Folio 40

Sultan Ibrahim

Francis Light

 

37

Folio 41

Sultan Selangor

Francis Light

 

38

Folio 42

Sultan Selangor

Francis Light

 

39

Folio 43

Sultan Selangor

Francis Light

 

40

Folio 44

Sultan Selangor

Francis Light

 

41

Folio 45

Sultan Selangor

Francis Light

 

42

Folio 46

Raja Muda Selangor

Francis Light

 

43

Folio 47

Raja Muda Selangor

Francis Light

 

44

Folio 48

Tengku Besar Selangor

Francis Light

 

45

Folio 50

Sultan Selangor

Francis Light

 

46

Folio 51

Sultan Selangor

Francis Light

 

47

Folio 52

Sultan Selangor

Francis Light

 

48

Folio 53

Sultan Selangor

Francis Light

 

49

Folio 54

Sultan Selangor

Francis Light

 

50

Folio 55

Sultan Selangor

Francis Light

 

51

Folio 56

Sultan Selangor

Francis Light

 

52

Folio 57

Sultan Selangor

Francis Light

 

53

Folio 58

Sultan Selangor

Francis Light

 

54

Folio 59

Sultan Selangor

Francis Light

 

55

Folio 60

Raja Muda Selangor

Francis Light

 

56

Folio 61

Raja Muda Selangor

Francis Light

 

57

Folio 62

Cina Timat Selangor

James Scott

 

58

Folio 63

Raja Muda Selangor

Francis Light

 

59

Folio 64

Kapitan Cina Tim Selangor

James Scott

 

60

Folio 65

Kapitan Cina Encik Tim

Francis Light

 

61

Folio 67

Sultan Mansur Shah

Francis Light

 

62

Folio 68

Sultan Mansur Shah

Francis Light

 

63

Folio 69

Sultan Mansur Shah

Francis Light

 

64

Folio 70

Sultan Mahmud Riayat Shah

Francis Light

 

65

Folio 71

Sultan Terengganu

Francis Light

 

66

Folio 72

Saudagar Nasruddin

James Scott

 

67

Folio 73

Francis Light

Sultan Terengganu

 

68

Folio 74

Sultan Terengganu

Francis Light

 

69

Folio 75

Sultan Terengganu

Francis Light

 

70

Folio 76

Sultan Terengganu

Francis Light

 

71

Folio 77

Sultan Mansur Terengganu

Francis Light

 

72

Folio 78

Sultan Mansur Terengganu

Francis Light

 

73

Folio 79

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

74

Folio 80 

Sultan Mansur Shah

Francis Light

 

75

Folio 81 

Sultan Mansur Shah

Francis Light

 

76

Folio 82 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

77

Folio 83 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

78

Folio 84 

Saudagar Pariya Tambi

Nakhoda Saifuddin

 

79

Folio 85 

Sultan Mansur Shah

Francis Light

 

80

Folio 86 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

81

Folio 87 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

82

Folio 88 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

83

Folio 89 

Sultan Mansur Shah

Francis Light

 

84

Folio 90 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

85

Folio 91 

Adinda Nian

Saudagar Nasruddin

 

86

Folio 92 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

87

Folio 93 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

88

Folio 94 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

89

Folio 95 

Saudagar Nasruddin

James Scott

 

90

Folio 96 

Saudagar Nasruddin

James Scott

 

91

Folio 97 

Sultan Mansur Shah

Francis Light

 

92

Folio 98 

Sultan Mansur Shah

Francis Light

 

93

Folio 99 

Sultan Zainal Abidin

Francis Light

 

94

Folio 100 

Sultan Mansur Shah

Francis Light

 

95

Folio 101 

Sultan Zainal Abidin

Francis Light

 

96

Folio 102 

Sultan Zainal Abidin

Francis Light

 

97

Folio 103 

Sultan Zainal Abidin

Francis Light

 

98

Folio 104 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

99

Folio 105 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

100

Folio 106 

Saudagar Nasruddin

Francis Light

 

101

Folio 107

Sultan Alauddin Mansur Shah

Francis Light

Isnin, 7 Syawal 1201 / 23 Julai 1787

102

Folio 108

Francis Light

Sultan Terengganu

 

103

Folio 110

Tengku Ambang Besar ibn Sultan Abdul Jalil

Francis Light

20 Safar 1203 / 20 November 1788

104

Folio 111

Sultan Ratu Seri Ingalaga

Francis Light

Ahad, 9 Zulkaedah 1203 / 2 Ogos 1789

105

Folio 112

Sayid Abdul Rahman Habsyi

Francis Light

Sabtu, 8 Zulkaedah 1203 / 1 Ogos 1789

106

Folio 113

Yang Dipertuan Muda Raja Muda Inderagiri

Francis Light

Sabtu, 1 Zulhijah 1203 / 22 Ogos 1789

107

Folio 114

Sultan Muhammad Tajunddin Brunei

Francis Light

Khamis, 29 Syaaban 1207 Tahun ha / 11 April 1793

108

Folio 115

Dato Bendahara Putih Sungai Terab

Orang Kaya Ampang Lima dan Penghulu Nan Dua Belas negeri Padang

 

109

Folio 116

Yang Dipertuan Besar Minangkabau

 

 

110

Folio 117

Sultan Selangor

Sultan Abdullah Kedah

1201H / 1786/1787M

111

Folio 118

Sultan Muda Perak

Francis Light

Jumaat, 3 Zulkaedah 1201 / 17 Ogos 1787

112

Folio 119 dan 120

Panglima Raja Johan dan Penghulu Yang Dua Belas Padang

Komander Mistakul dan Kanasir yang Empat

18 Jamadil Akhir 1196 Tahun2 Waw / 31 Mei 1782

113

Folio 121

Dato Baginda Qadi Nan Tiga Lurah

Tuan Komandor, Tuanku Panglima dan Marah Bongsu

1800

114

Folio 122

Datuk Bendahara Putih Minagkabau

Mister Crisps

1799

115

Folio 123

Tengku Muda Teluk Semawi

Francis Light

 

116

Folio 124

Tengku Muda Teluk Semawi

Francis Light

 

117

Folio 125

Tengku Muda Teluk Semawi

Francis Light

 

118

Folio 126

Tengku Muda Teluk Semawi

Francis Light

 

119

Folio 127

Nakhoda Po Ali

Francis Light

Jumaat, 10 Muharam 1205 / 17 September 1790

120

Folio 128

Tengku Muda Muhammad Sa'id Teluk Semawi

Francis Light

 

121

Folio 129

Tengku Raja Pedir, Tengku Kampung Pukat, Tengku Pinang dan Nakhoda Po Gading

James Scott

 

122

Folio 130

Sultan Alamuddin Shah Siak

Francis Light

Sabtu, 27 Jamadil Awal 1206 / 21 Januari 1792

123

Folio 131

Raja Siak

Francis Light

21 Ramadhan

124

Folio 132

Yang Dipertuan Tua Siak

Francis Light

Selasa, 26 Syawal 1205 / 28 Jun 1791

125

Folio 133

Yang Dipertuan Tuha Siak

Francis Light

Khamis, 1 Muharam 1208 / 8 Ogos 1793

126

Folio 134

Yang Dipertuan Tua Siak

Francis Light

Selasa 1 Zulhijah 1202 / 2 September 1788

127

Folio 135

Tengku Kejuruan Japura Langkat

Francis Light

 

128

Folio 136

Raja Langkat

Francis Light

 

129

Folio 137

Tengku Kejuruan Japura Langkat

Francis Light

21 Februari 1788

130

Folio 138

Sultan Umar Aqamuddin Sambas

Francis Light

Selasa, 21 Safar 1209 / 16 September 1794

131

Folio 139

Sultan Umar Aqamuddin Sambas

Francis Light

Rabu, 9 Ramadhan 1208 Tahun Jim / 9 April 1794

132

Folio 140

Sultan Umar Aqamuddin Sambas

Francis Light

 

133

Folio 141

Sultan Umar Aqamuddin Sambas

Francis Light

Sabtu, 30 Zulkaedah 1208 / 28 Jun 1794

134

Folio 142

Sultan Umar Aqamuddin Sambas

Francis Light

Sabtu, 12 Safar 1207 / 29 September 1792

135

Folio 143

Yang Dipertuan Sambas

Francis Light

Khamis, 8 Zulkaedah 1206 / 28 Jun 1792

136

Folio 144

Orang Kaya Setia Raja

James Scott

Rabu, 22 Safar 1209 / 17 September 1794

137

Folio 145

Sultan Umar Aqamuddin Sambas

Francis Light

Jumaat, 22 Jamadil Akhir 1204 / Mac 1790

138

Folio 146

Sultan Umar Aqamuddin Sambas

Francis Light

Sabtu, 14 Rabiul Awal 1208 / 19 Oktober 1793

139

Folio 147

Sultan Umar Aqamuddin Sambas

Francis Light

Ahad, 24 Ramadhan 1207 / 5 Mei 1793

140

Folio 148

Maharaja Lela Pane

James Scott

 

141

Folio 149

Cik Amat dari La'at

Seri Paduka Bandah di Pulau Pinang

2 Rabiul Akhir 1202? / 11 Januari 1788

142

Folio 150

Tengku Raja Ali Langat

Francis Light

6 Rabiul Awal

143

Folio 151

Sultan Amiruddin Maluku Tidore

Gabenor Kompeni Inggeris di Bengkulu

Isnin, 14 Jamadil Awal 1199 (25 Mac 1785)

144

Folio 152

Sayid Abdullah bin Berahim bin Yahya Palembang

Francis Light dan James Scott

Ahad, 10 Muharam

145

Folio 154

Kedah

Francis Light

 

146

Folio 155

Sultan Abdullah Kedah

Francis Light

Selasa, 4 Zulhijah 1206 / 24 Julai 1792

147

Folio 156

Dipertuan Tuha Siak

Francis Light

 

148

Folio 157

Didalung anak Raja Amar Setia

Francis Light

Selasa, Rabiul Akhir

149

Folio 158

Sultan Abdullah Kedah

Francis Light

6 Zulhijah 1206 / 26 Julai 1792

150

Folio 159

Raja Ibrahim

James Scott

Rabu, 10 Syaaban

151

Folio 160

Mek Bu

Francis Light

 

152

Folio 161

Po Cut Gadang

Francis Light

 

153

Folio 162

Sayid Abu Bakar

Francis Light

 

154

Folio 163

Tengku Arung Tembujung

Nakhoda Kecik

 

155

Folio 164

Teuku Muda Teluk Semawi

Francis Light

 

156

Folio 165

Nakhoda Paduka

Francis Light

 

157

Folio 166

Senarai tanah

 

 

158

Folio 167

Penggawa Kedah

Francis Light

 

159

Folio 168

Raja Lela Muda

Hakim Bandar Pulau Pinang

 

160

Folio 169

Sultan Perak, Raja Bendahara dan Raja Muda

 

 

161

Folio 170

 

Duli Tengku