Tuesday, August 25, 2020

Surat kepada Duli Tengku (MS 40320/11, f.170) berkaitan hubungan Yang Dipertuan dengan Jenderal

Ahwal surat duli Tengku sampailah pada patik segala yang tersebut dalamnya fahamlah patik segenap perkaranya maka patik pun sangatlah kesukaan hendak cahari jalan kebajikan antara Jenderal dengan Yang Dipertuan maka dari awal niat patik demikian juga banyak kali sudah patik sembahkan maka sekarang pun pada fikir patik jika jadi benar pada duli Tengku sebaik2 duli Tengku berdatang sembah pada Yang Dipertuan minta beri mari Orang Besar2 menerima wakil Yang Dipertuan mari berbicara dengan Komander boleh nyatakan segala janji dan maksud Yang Dipertuan supaya boleh tentu serta boleh Komander ini nyatakan pada Jenderal sudah tentu boleh diambilnya surat cap kompeni beri akan Yang Dipertuan boleh pegang taruh

Surat cap daripada Sultan Perak, Raja Bendahara dan Raja Muda (MS 40320/11, f.169) berkaitan pengurniaan jajahan Sungai Kurau kepada Raja Biyajid dan Daeng Mutanang

Alamat surat cap dari bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta dengan Raja Bendahara wakil sultan dan Raja Muda Jalla wa ‘Izz Yang Maha Mulia kita kurnia pada Raja [Biya]Jid  dan Daeng Mutanang  

Surat Raja Lela Muda kepada Hakim Bandar Pulau Pinang (MS 40320/11, f.168) berkaitan budak Perak empat beranak (8 Ramadhan)

 Ya ‘Aziz

Adinda Raja Lela Muda maklumkan ke bawah hadrat kekanda To’ Hakim Bandar Pulau Pinang yang ‘aziz al-karim amin ya Rab al-‘alamin wa ba’d 

Surat Penggawa Kedah kepada Francis Light (MS 40320/11, f.167) berkaitan perkenalan dengan Mr Pigu dan dagangan papan

Kasih sayang serta tulus ikhlas yakin berkasih2 kasihan selama ada lagi cakerawala bulan dan matari  iaitu daripada beta Penggawa datang pada saha  beta Gurnador yang duduk dalam negeri Pulau Pinang yang akil bijaksana wa ba’d 

Monday, August 24, 2020

Senarai tanah (MS 40320/11, f.166)

Kepada tujuh likuru  hari bulan Senin  sebaga  tanah Cik Long kurang enam jemba empat belas relung

Sebaga  tanah  Cik Andak dua belas relung sebaga  tanah  Cik Alang tujuh relung

Sebaga  tanah Pat Alang Tang Kek  dua belas relung sebaga  tanah cik Alang enam relung

Sebaga  tanah orang tua itu dua puluh relung sebaga  tanah Cik Ngah sepuluh relung

Sebaga  tanah Cik Long enam relung

Menjadi dijumlahkan dulapan puluh enam relung enam belas jemba


Surat Nakhoda Paduka kepada Francis Light (MS 40320/11, f.165) berkaitan orang Jawa yang lari (8 Rabiul Akhir 1207 / 23 November 1792)

Wakil Tuan Gurnador dalam Pula  Pinang akan hal budak Penembahan Mempawa orang Jawa yang lari ada pun namanya Bapak Semarang Jamak dan kedua Bapak Kaberu  dan ketiga Bapak Kambar  dan keempat Kacung dan kelima ke Bapak Kuning keenam Setu  dan ketujuh Bapak Asan dan kedelapan Bapak Sad  kesembilan juru batu paksi dan kesepuluh Bapak Bukasih  dan kesebelas Basyir  dan kedua belas Mek dan ketiga belas Serikam  dan keempat belas Karti Abdul Hamid dan Nakhoda Paduka memberi surat kepada Raja Gurnador tersurat kepada delapan hari Rab al-Akhir pada 1207 Pula  Pinang

Surat Teuku Muda Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.164) berkaitan dagangan beras, kapas dan opium

Ini alamat surat daripada Teuku  Muda Teluk Semawi barang disampaikan Allah Subhanah Wataala kiranya kepada saudara sahabah  kita Gunnadur  Pulau Pinang 

Surat Tengku Arung Tembujung kepada Nakhoda Kecik (MS 40320/11, f.163) berkaitan dagangan ke Pulau Pinang

 Qawluhu al-Haqq

Alhamdulillah allazi bayna  la zhimar  fi qulubi al-mukminin wa da’kunuz al-muhaimin  wa al-salat wa al-salam ‘ala man la nabiy al-mukhtar wa alihi al-khiyar wa salla Allah ‘ala al-nabiyyin Muhamad wa alihi wa sahbihi wa sallam salam doa serta takzim dan takrim iaitu daripada Tengku Arung Tembujung barang disampaikan Allah apalah kiranya datang kepada Nakhoda Kecik barang ditetapkan Allah Subhanah Ta’ala imannya dan amalnya min dar al-dunya wa ila dar al-jannah amin amin amin Allahumma amin ya Rab al-‘alamin wa ba’d 

Friday, August 21, 2020

Surat Sayid Abu Bakar Pulau Langkawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.162) berkaitan hasil Pulau Langkawi dan permintaan kain

 Alhamdulillah

Adinda Tuan Sayid Abu Bakar datang ke hadrat kekanda Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia 

Surat Po Cut Gadang kepada Francis Light (MS 40320/11, f.161) berkaitan kiriman timah

 Ya ‘Aziz

Inilah alamat surat sahabat Dato Gurnador Raja Pulau Pinang Po Cut Gadang  berkirim timah pada Dato’ Gurnador pada Nakhoda Po Salam banyaknya tiga bahara timah Salang hendaklah terimalah ambil timah itu di dalam ini mana yang datang boleh sahabat kirim pergi di dalam ini sahabat pun tunggu utang piutang adinda Raja Belat  dan Co Kobat  ada sahabat suruh Nakhoda Po Salam pergi pada Dato’ Gurnador minta dagangan mana perkenan Nakhoda Po Salam itu balik Nakhoda Po Salam dari Pulau Pinang sahabat pun tiada lama di dalam Salang  ini tamat al-kalam 


Surat Mek Bu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.160) berkaitan anaknya yang sakit perut

 Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Mek Bu  maklumkan sembah ke bawah hadrat Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia hamba Dato’ maklumkan ahwal anak hamba Dato’ nama Bibi sakit purut  pada sehari lima enam kali ke sungai budak perempuan sangatlah kesakitan duduk di dalam para  itu inilah hamba Dato’ mari adu teriakkan ke bawah hadrat Dato’ hendak pohonkan anak itu kerana budak tengah sakit hamba Dato’lah mengaku ganti tubuh Bibi itu barang sabda hadrat Dato’ hamba Dato’ junjungkan hamba Dato’ pohonkan minta ampun cukur  canang  itu pada ke bawah hadrat Dato’ kerana anak perempuan lain daripada itu mana hukum hadrat Dato’ tiadalah boleh hamba Dato’ salahkan melainkan hamba Dato’ pinta ampun periksa biar dengan halus ahwal inilah hamba Dato’ mari adu teriakkan minta ampun pada hadrat Dato’ izzat sa’adat bertambah ‘ala dawam tamat 


Surat Raja Ibrahim kepada James Scott (MS 40320/11, f.159) berkaitan hamba yang lari ke Pulau Pinang (Rabu, 10 Syaaban)

 Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada pekitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Ibrahim sampai kepada sahabat beta Kapitan Asakat  yang akil bijaksana masyhur sampai ke mana2 teguh setia dengan segala sahabat handai dan taulan 

Thursday, August 20, 2020

Surat cit Didalung anak Raja Amar Setia kepada Francis Light (MS 40320/11, f.157) berkaitan kiriman buah-buahan (Selasa, Rabiul Akhir)

 Qawluhu al-Haqq

Cit daripada Didalung  anak Raja Amar Setia disampai akan Allah Datuk Nador  Pulau Pinang ada dikirim tebu tiga puluh dan pisang sepuluh sikat dan tilamang  delapan biji dan labu tujuh biji dan samamamu  dua ratus empat puluh delapan batang panjang pendek ada dikirim pada Hamdan Cik Long dan Ngah Perai  perbuat cit sakar  haribulan Rabiul Akhir pada hari Selasa tamat


Surat Yang Dipertuan Tuha Siak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.156)

Ini alamat surat daripada Yang Dipertuan Tuha dalam Negeri Siak Pekan Baru barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada sahabat saya Gurnador dalam negeri kota Pulau Pinang

Senarai orang yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang (MS 40320/11, f.154)

 Ini fasal orang yang lari ke Pulau Pinang pertama2

Tukang larik iaitu Bila Iram  banyak berhutangnya belum berkira2 lagi kerana banyak tempat maka yang dibawa lari tukang larik bininya dua orang itu hamba di dalam itu sorang  Siam dan sorang Keling dan anak tirinya sorang perempuan dan orang berutang sorang perempuan namanya Mek Pah dan budak laki laki sorang hamba nama Selasih dan bini Mad Li tiga beranak

Dan Mubarak sorang laki laki

Wednesday, August 19, 2020

Surat Sayid Abdullah bin Berahim bin Yahya Palembang kepada Francis Light dan James Scott (MS 40320/11, f.152) berkaitan dagangan garam, minyak, paku dan kemenyan (Ahad, 10 Muharam)

 Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidiq

Bahawa inilah warqat al-ikhlas yang terbit daripada fuad al-zakiyyat serta kirim tabik banyak2 iaitu daripada Tuan Sayid Abdullah bin Berahim bin Yahya yang duduk terwaqaf dalam negeri Palembang muda2han barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala apalah kiranya datang ke hadapan sahabat kita yang kedua  iaitu Gurnador serta Kapitan Uskat  yang di Pulau Pinang 

Sunday, August 9, 2020

Surat Tengku Raja Ali Langat kepada Francis Light (MS 40320/11, f.150) berkaitan dagangan timah dan hutang (6 Rabiul Awal)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tukhfat al-ajnas serta suci hati putih hati serta muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan iaitu daripada Seri Paduka Tengku Raja Ali yang bermukim di dalam Langat barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gubernador di Pulau Pinang yang memegang tadbir al-ihsan daripada pihak pekerjaan kompeni Inggeris ialah yang amat budiman lagi bijaksana atas melakukan kasih berkasihan sahabat bersahabat juga adanya 

Saturday, August 8, 2020

Surat Cik Amat dari La'at kepada Seri Paduka Bandah di Pulau Pinang (MS 40320/11, f.149) berkaitan hubungan La'at - Pulau Pinang (2 Rabiul Akhir 1202? / 11 Januari 1788)

Yajma’ Allah baynana wa baynakum

Alhamdulillah allazi khalaqtani min al-‘adam ila al-wujud bahawa sahifat al-khulus wa tuhfat a-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiyyah yang termaktub dalamnya secarik kertas al-abyad yang mukhtasar al-kalam yang termazkur dalamnya menyatakan sembah bi khidmat al-ta’zim wa al-takrim yang dihiasi dengan beberapa tahmid yang terafdal dan doa al-mustajabat yang terakmal maka dipesertakan pula dalamnya tulus dan mahabbat ashwaq zahir dan batin cinta kasih serta berkasih kasihan yang tiada berintaha bi jami’ alayal wa al-ayyam daripada paduka anakandah Cik Amat yang diam dalam daerah La’at  yang amat da’if dan serta tiada empunya daya dan upaya barang diwasilkan oleh Tuhan Rab al-‘Arsy al-‘azim apalah kiranya datang kepada wajah darjah yang mukhtaram al-mukram iaitu pihak Seri Paduka Bandah yang ‘ala al-dawam julus al-‘aziz wa al-istirahat al-khairi dalam daerah Pulau Pinang Darul Salam syahadan ‘afa Allah ‘anhu wa zad ‘alayh wa ta’atih ‘ala al-dawam mudah mudahan jua barang kiranya dilanjutkan Allah ‘Azza wa Jalla usyia  umur zaman Seri Paduka Bandah dalam alam dunia ini dengan kesentosaan dan kesenangan ‘ala al-dawam dengan berkat sahib al-hujjah wa al-barakat Muhamad al-Mustafa khair al-anam wa ‘ala alihi wa sahbihi al-kiram amin2 ya rab al-‘alamin wa ba’d 

Friday, August 7, 2020

Surat Maharaja Lela Pane kepada James Scott (MS 40320/11, f.148) berkaitan masalah lanun dan serangan terhadap Asahan

Ya Qadiya Hajat

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas daripada Tuanku Maraja  Lela yang diduduk bermakam dalam negeri Pane iaitu datang kepada sahabat kita iaitu Kapitan Skot  yang ada memegang perintah ba perniagaan  dalam negeri kota Pulau Pinang dan ialah yang mempunyai perintah bijaksana pada melakakukan  hukum yang adil pada menerangi pekerjaan segala hamba Allah gharib dan ba’id dan ialah tempat pernaungan segala manusia maka dipohonkan kepada amat hadrat Tuhan kita yang maha mulia lagi amat tinggi barang tetap kiranya di atas perintah yang demikian itu supaya ada tempat pernaungan segala anak dagang serta dengan sentosanya nescaya bertambah jua kiranya di atas perintah yang demikian itu selagi ada cakerawala bulan dan matahari jangan berubah kiranya kasih berkasihan pada antara kita dengan sahabat kita kedua pihak ini dengan sentosanya jua adanya amin thumma amin wa ba’d 

Thursday, August 6, 2020

Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.147) berkaitan hutang (Ahad, 24 Ramadhan 1207 / 5 Mei 1793)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Seri Sultan Umar Aqamuddin ibn marhum Sultan Abu Bakar Kamaluddin yang bertahta kerajaan dalam negeri Sambas Darul Sighar ayyadah Allah bi nasrih wa al-aqar barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepda majlis sahabat kita tuan Gurnador yang mempunyai perintah dan tadbir dalam negeri bandar Pulau Pinang dan lagi mempunyai perangai akmal al-ihsan daripada handai taulannya bayna al-qarib wa al-ba’id dan lagi mengasihani sekalian gharib dan miskin serta arif bijaksana melakukan sekalian perintah daripada sahabat bersahabat dan kasih berkasihan tiadalah khali daripada masa dan ketika maka masyhurlah pada sekalian negeri yang besar2 dan kecil dan sekalian dusun dan desa menengar  budi pekertinya yang amat madrur  maka sekaliannya pun hendaklah bernaung kepadanya selagi ada peredaran nur al-shams wa al-qamar tiadalah khali daripada suruh bersuruhan dan datang mendatangi dalam sir al-qulub kita orang tiadalah lainnya ia Sambas ia Pulau Pinang demikianlah adanya wa ba’dah 

Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.146) berkaitan perdagangan dan hutang (Sabtu, 14 Rabiul Awal 1208 / 19 Oktober 1793)

Qawluhu al-Haqq

Fa hazihi warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Seri Sultan Umar Aqamuddin ibn marhum Sultan Abu Bakar Kamaluddin yang bertahta  kerajaan dan kebesaran dalam daerah negeri Sambas Darul Aman barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepada sahabat kita Gurnador yang mempunyai tahta  kerajaan dan kebesaran dalam daerah negeri Pulau Pinang yakni yang mempunyai perangai yang akmal al-ihsan bagi  handai taulannya bayna al-qarib wa al-ba’id daripada segala dagang dan pada melakukan jalan kasih berkasihan daripada sahabat bersahabat dan lagi kita pohonkan atasnya sihat dan afiat selamat umur panjang adanya wa ba’dah 

Wednesday, August 5, 2020

Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.145) berkaitan pembelian meriam (Jumaat, 22 Jamadil Akhir 1204 / Mac 1790)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu Seri Sultan Umar Aqamuddin yang bertahta  kerajaan dalam negeri Sambas Darul Sighar barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kepada majlis sahabat kita yakni Gurnador yang mempunyai perintah di dalam daerah bandar Pulang  Pinang yang beroleh pangkat darjat kebesaran dan kelimpahan dan makmur daripada sekalian yang ada bi maqsud dan berkehendak kepadanya maka termasyhurlah daripada sekalian negeri yang besar2 dan kecil daripada menengar budi pekertinya yang amat masyhur daripada sahabat bersahabat kasih berkasihan maka sekaliannya pun hendaklah bernaung kepadanya selagi ada peredaran nur al-shams wa al-qamar tiadalah daripada menengar budi pekerinan  yang amat masyhur limpah makmur kepada sekalian dagang dan gharib miskin dan yatim maka hendaklah bernaung kepadanya qarib wa al-ba’id demikianlah adanya amma ba’d 

Tuesday, August 4, 2020

Surat Orang Kaya Setia Raja di Sambas kepada James Scott (MS 40320/11, f.144) berkaitan perdagangan kain (Rabu, 22 Safar 1209 / 17 September 1794)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi iaitu daripada Orang Kaya Setia Raja yang istirahat al-khair dalam daerah negeri Sambas barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala apalah kiranya kepada sahabat kita Kapitan Uskut yang ada istirahat al-khair dalam daerah bandar Pulau Pinang barang diberi tuan Allah umur panjang serta dikekalkannya sahabat bersahabat dan kasih berkasihan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan dan bertambah2 beroleh kemuliaan dan kesenangan serta dipohonkan atasnya sihat dan afiat wa ba’dah 

Surat Yang Dipertuan Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.143) berkaitan dagangan di Sambas dan pembelian senapang (Khamis, 8 Zulkaedah 1206 / 28 Jun 1792)

Bahawa inilah alamat daripada Duli Yang Dipertuan Sambas barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepada sahabat kita Orang Besar Pulau Pinang 

Monday, August 3, 2020

Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.142) berkaitan dagangan lada (Sabtu, 12 Safar 1207 / 29 September 1792)

Qawluh al-Haqq

Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Seri Paduka Sultan Umar Aqamuddin ibn Marhum Sultan Abu Bakar Kamaluddin yang bertahta  kerajaan di dalam negeri Sambas Darul Sighar  ayyadah Allah bi nasrih wa al-awkar  barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepada majlis sahabat kita Tuan Gurnador yang mempunyai perintah di dalam bandar Pulau Pinang Darul Ihsan yang diberi Allah limpah dan makmur sekalian dagang dan gharib maka mashurlah  pada sekalian negeri yang besar dan yang kecil menengar  budi pekertinnya  yang amat madrur  daripada segala perintah dan mengasihi segala anak dagang yang gharib wa al-ba’id daripada hal sahabat bersahabat dan kasih berkasihan dan sekalian pun hendaklah bernaung kepadanya selagi ada peredaran nur al-shams wa al-qamar janganlah hali  daripada hal suruh bersuruhan dan kasih berkasihan demikianlah adanya wa ba’dah 

Sunday, August 2, 2020

Surat Sultan Umar Aqamuddin bin Sultan Abu Bakar Kamaluddian Sambas (MS 40320/11, f.141) berkaitan perdagangan opium (Sabtu, 30 Zulkaedah 1208 / 28 Jun 1794)

Qultu

Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Seri Sultan Umar Aqamuddin ibn Marhum Sultan Abu Bakar Kamaluddin yang bertahta  kerajaan dalam daerah negeri Sambas barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita tuan Gurnador yang mempunyai perintah kerajaan dalam daerah negeri Pulau Pinang maka dipohonkan atasnya barang diberi Tuhan Allah umur panjang serta muafakat kasih berkasihan yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.140) berkaitan dagangan dan pembelian senjata

Qultu Asah 

Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia dari fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada sultan yang bertahta  kerajaan dalam negeri Sambas yang bernama Sultan Umar Aqamuddin 

Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.139) berkaitan dagangan kain dan pembelian peluru dan senjata (Rabu, 9 Ramadhan 1208 Tahun Jim / 9 April 1794)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu Seri Sultan Umar Aqamuddin yang bertahta  kerajaan dalam negeri Sambas Darul Sigha  ayyadah Allah bi nasrihi wa al-aqar  barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kehadapan majlis sahabat kita tuan Gurnador yang bertahta kerajaan dalam negeri Pulau Pinang Darul Aman maka masyhurlah wartanya pada sekalian buldan pada hal mempunyai perangai yang lemah lembut seperti air yang sejuk lagi manis menghilangkan haus segala sahabatnya dan terlalu arif bijaksana pada hal melakukan berkasih kasihan serta tolong menolong pada segala sahabatnya yang qarib dan ba’id pada hal melimpahkan ihsannya pada segala dagang dan gharib barang ditambah Tuhan kita kebesaran dan kemuliaannya amin wa ba’dah 

Saturday, August 1, 2020

Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.138) berkaitan dagangan opium dan pembelian senjata (Selasa, 21 Safar 1209 / 16 September 1794)

Qultu

Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Paduka Seri Sultan Umar Aqamuddin yang bertahta  kerajaan dalam daerah negeri Sambas barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala apalah kiranya kehadapan majlis sahabat kita tuan Gurnador yang mempunyai perintah dan tadbir dalam daerah negeri Pulau Pinang Darul Aman mudah mudahan tuan Allah beri umur panjang serta bertambah2 kemuliaan dan kekayaan selagi ada edaran cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Surat Tengku Kejuruan Japura Langkat kepada Francis Light (MS 40320/11, f.137) berkaitan perdagangan bijih timah dan pembelian senjata (21 Februari 1788)

Ya Qadiya al-Hajat

Alhamdulillah Rab al-‘alamin wa al-‘aqibat li al-muttaqin wa al-salat wa al-salam ‘ala rasulik sayyidina Muhamad sayyid al-anbiya’ wa al-mursalin wa ‘ala alihi wa ashabih ajma’in maka diiringi dengan beberapa hormat mulia iaitu daripada Tengku Kejuruan Japura barang diwasilkan Tuhan habib al-Rahim apalah kiranya kepada syaudara  beta Kapitan Seri Gurnador yang bermakam di dalam bandar Pulau Pinang dan lagi yang beroleh darjat dan sihat daripada Tuhan kita Hannan al-Mannan serta pangkat martabat kebesaran dan kemuliaan dan kekayaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan amin ya rab al-‘alamin wa ya khair al-nasirin wa ba’d 

Surat Raja Langkat kepada Francis Light (MS 40320/11, f.136) berkaitan dagangan rotan ke Pulau Pinang

Ya Qadiya al-Hajat

Alhamdulillah Rab al-‘alamin wa al-‘aqibat li al-muttaqin wa al-salat wa al-salam ‘ala rasulik sayyidina Muhamad sayyid al-anbiya’ wa al-mursalin wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in maka diiringi dengan beberapa hormat mulia iaitu daripada Raja Langkat barang disampaikan Tuhan habib al-Rahman apalah kiranya kepada sahabat beta Kapitan Seri Gurnador yang istirahat di dalam bandar Pulau Pinang yang beroleh taufiq dan hidayat daripada Tuhan kita Malik al-Rahman serta pangkat martabat kebesaran dan kemuliaan dan kekayaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan lagi barang ditambahkan Allah Subhanah wa Ta’ala ‘izzat dan darjat dari dunia datang ke akhirat amin thumma amin wa ba’dahu