Tuesday, December 24, 2019

Surat Nakhoda Basir kepada Nakhoda Mirangkandu (MS40320/5, folio 64) berkaitan perselisihan antara Pulau dan Batu Bahara

Ya Qadiya al-Hajat

Sembah sujud yang dimulai dengan fattah al-kalam wa tahmid al-nazim serta dihiringi  dengan rindu dendam yang tiada berhingga tiap2 pagi dan petang siang dan malam iaitu dari kepada anakhanda  Nakhoda Basir yang daif lagi miskin dari kepada sekalian ghair Allah yang banyak barang diwasilkan Allah subhanah wa Ta’ala apalah kiranya datang ke hadrat ayahanda saudagar 


akan hal dan akhwal kapal yang diambil oleh Dato’ Bendahara serta Dato’ Keempat Suku yang di dalam Kuala Batu Bahara itu melainkan jikala[u] ada bicara ayahanda akan hal pendapatan Dato’ Bendahara dengan Dato’ Keempat suku itu baiklah beri [h]adiah  kepada Dato’ Keempat Suku barang mana patutnya berbicaralah ayahanda dengan Gurunnador  seboleh2nya kerana janganlah berselisih Pulau Pinang dengan Batu Bahara jikala[u] ada boleh melainkan ayahandalah bersama2 di dalam kapal akan datang ke Batu Bahara adalah anakhanda  bersama2 berbicara menolong ayahanda kemudian dari kepada itu akan hal Nakhoda Kaya  itu sangatlah lengahnya di dalam Batu Bahara melainkan baikilah berkirim surat kepada dia dan Nakhoda Gani  itupun ada berkirim minyak itupun dikatakannya pecah melainkan baiklah kirim surat juga kepada dia akan orang yang membawa surat ini barang apa kehendaknya tolong ayahanda bicarakan Encik Malim namanya tersurat kepada bulan Safar kepada tiga likur kepada hari Jumaat waktu asar intaha al-kalam 2108413 h
Akan hal anakhanda  sudah siap hendak berlayar melainkan jika sudah selesai maka anakhanda  berlayar kerana takut anakhanda  akan hal pesilihan  Dato’ dengan Pulau Pinang itulah maka belum jadi tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment