Friday, December 18, 2020

Surat Encik Tim kepada Francis Light (MS 40320/7, f.242) berkaitan timah di Selangor

Qawluhu al-Haqq

Kirim tabik banyak2 serta tulus ikhlas putih hati yang tia[da] berhingga daripada siang dan malam pagi dan petang iaitu daripada Encik Tim dalam negeri Selangor datang kepada Tuan Gurnador di Pulau Pinang yang amat mengasihi segala sahabatnya dan dagang yang pergi datang ke Pulau Pinang serta termasyhurlah kepada segala negeri yang lain2 murah makmurnya Tuan Gurnador itu merintahkan Pulau Pinang itu 

Surat Raja Jaya Indera kepada Syahbandar Pulau Pinang (MS 40320/7, f.241) berkaitan perahu, rentaka dan senapang

Surat kasih sayang daripada beta Raja Jaya Indera sampai kepada sahabat beta Syahbandar Pulau Pinang yang merintah bandar 

Surat Nakhoda Abdul Rahim kepada Francis Light (MS 40320/7, f.240) berkaitan pembelian kerbau di Perai (Selasa, 27 Ramadhan)

Al-Mustahaqqah

Hamba Dato’ Nakhoda Abdul Rahim maklumkan kehadrat qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang dipeliharakan Tuhan sarwa sekalian alam 

Surat Raja Setia Negara kepada Penghulu Selangor (MS 40320/7, f.239) berkaitan pembelian senapang

Ya ‘Aziz al-Rahim

Ayahda Raja Setia Negara padu orang tuha yang dais maklumkan ke hadrat kepada anakda Tuan Penghulu Selangor yang termakam di dalam nenggiri Pulau Pinang Darul Aman dengan berkat Muhamad dan bertamah2 darjat dunia akhirat 

Surat ikrar (MS 40320/7, f.238) berkaitan bayaran orang berhutang daripada Nakhoda Mamat kepada Nakhoda Warap (Jumaat, Ramadhan 1199 tahun Ha / Julai 1785)

Qawluhu al-Haqq

Hijrat nabi Salla Allah ‘alayhi wa salam seribu seratus sembilan puluh sembilan pada tahun Ha pada bulan Ramadha[n] hari Jumaat pada waktu duha pada masa itu maka adalah Cik Nakhoda Mamat membayar orang berutang pada Nakhoda Warap empat beranak laki isteri 

Thursday, December 17, 2020

Surat kepada Orang Kaya Setia Cahaya Alam dan Orang Kaya Kapitan (MS 40320/7, f.237) berkaitan perniagaan di Kuala Bahang

Ya ‘Aziz

Kekanda maklumkan ahwal perniaga bandar Kuala Bahang apabila dapat disatukan di dalam perintah Orang Kaya Setia Cahaya Alam dan Orang Kaya Kapitan pada setahun boleh diperniagakan sepuluh laksa bahara 

Surat Sayid Abdullah al-Habshi kepada James Scott (MS 40320/7, f.236) Khamis, 20 Safar 1208 / 26 September 1793

Alhamdulillah Wahdah lih Kapitan Uskut mamdah Allah mawjib al-kitab khair min sha’n murakib  al-faraniyyin wasala washala markab haqd min fawq al-kurati wa dakhala ila al-taluw washala markab al-sir husayn wa al-fawfil li fi al-qurab wa saru wa baqi li khabar fi warqah al-kafitan kifayah akhbar al-sa’ah li ‘indana al-tiba’ nafaq wa al-‘atb shay itba’ wa shay ‘adah fi adn filfil wa fufil qad atlaqna ‘ala al-kurani miqdaruh kashb lillah bal wa rubu’ wa awsaluh ‘indana wa al-baqi muntazirin kamkam an bifaytuh ila pulau binan awhid babil natluquh ‘alayh Allah Allah al-haqiq min ‘ind lahm lihayth al-fufil wa al-filfil matruh wa an batarsalun shay arsalu afyun

Surat Nakhoda Cik Sah kepada Cik Ngah (MS 40320/7, f.235) berkaitan penghantaran beras dan pinjaman wang daripada Francis Light (Jumaat, 19 Zulhijah)

Ya ‘Aziz

Afdal al-salam yang takrim daripada adinda Nakhoda Cik Sah datang ke hadrat kekanda Cik Ngah yang aziz 

Surat janji Bai Betawi dan Hakim Sab (MS 40320/7, f.234) berkaitan hutang dagangan

Timah tujuh bahara dua puluh dulapan pawun gedung sepikul sudah terima rial lima puluh

Bai Betawi

Hakim Sab

Surat Nakhoda Luwap kepada Francis Light (MS 40320/7, f.233) berkaitan dagangan Setia Raja

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Nakhodah Luwap maklumkan sembah pada Dato’ Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia aziz 

Wednesday, December 16, 2020

Surat Sayid Ali kepada Francis Light (MS 40320/7, f.232) berkaitan pembelian opium

Ya ‘Aziz Rahim

Hamba Dato’ Sayid Ali yang amat da’if maklumkan sembah ke bawah hadrat Dato’ yang mulia duduk di dalam istirahat di dalam negeri Pulau Pinang serta ‘aziz karim amin 

Senarai barangan dari China (MS 40320/7, f.231)

Babat dagangan yang dibeli di negeri China pertama kain kokang biru seribu rial 1000

Lagi pikang manggu yang halus dan yang kasar banyaknya dua ribu rial 2000

Lagi gedung Cina 1000

Lagi kusumba seribu rial jikalau tiada dapat kesumba belikan sutera seribu rial 1000


Surat Seri Nara Diraja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.229) berkaitan permintaan wang (Selasa, 2 Zulhijah 1208 Tahun2 Jim / 1 Julai 1794)

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Seri Nara Diraja merafakkan pada ke bawah hadrat Dato’ Gurnador yang mulia lagi aziz 

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS 40320/7, f.228) berkaitan pemergiannya ke Patani (Isnin, 17 Muharam)

 Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidq

Yang Maha Mulia

Kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berputusan daripada cunda Long Ismail datang kepada nenda To’ Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian pada segala negeri sebelah timur dan barat sangat pandai pada memerintahkan segala perkaranya 

Tuesday, December 15, 2020

Senarai pembeli dan bayaran (MS 40320, f.226 & f.227) berkaitan jualan atap, rotan, minyak dan kayu

Babat fasal harga atab pertama2 dibeli atab lima ratus harganya lima emas beli pada Awang Perai 
Sebagai dibeli pada mata mata atabnya seratus harganya seamas
Sebagai dibeli pada To’ Kaya Raja Pahlawan atabnya seribu dua ratus harganya lima rial

Surat Penggawa kepada Francis Light (MS 40320/7, f.225) berkaitan dagangan timah

Qawl al-Haqq

Surat tulus ikhlas kasih sayang daripada Penggawa sampai kepada Dato’ Gurnador yang aziz hafiz Allah Ta’ala ‘ala al-dawam 

Surat ikrar Hakim Seri Bijaya al-Muluk (MS 40320/7, f.224) berkaitan upah Lebai Alang (Ramadhan 1194, Tahun Dal Awal / September 1780)

Qawluhu al-Haqq

Sanah 1194 tahun Dal Awal pada bulan puasa pada ketika itu maka adalah mari Panglima Lebai Alang Pulau Pinang membawa orang Cina Makau rosak sampannya di Pulau Pinang 

Friday, December 11, 2020

Surat Cit Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.223) berkaitan penerimaan opium dan kapas (Jumaat, 28 Rejab 1203 tahun2 Ba / 24 April 1789)

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan cit ke hadrat Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 wa ba’d 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.222) berkaitan perahu orang jahat di Pulau Panjang Perlis (Isnin, 15 Muharam 1204 / 5 Oktober 1789)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.221) berkaitan pembelian senapang dan pemuras (Selasa, 15 Rabiul Awal 1202 / 25 December 1787)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.220) berkaitan surat kiriman Gabenor Jeneral Benggala (Khamis, 14 Jamadil Awal 1202 / 21 Februari 1788)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pi[nang] 

Surat Penggawa kepada Francis Light (MS 40320/7, f.219) berkaitan jual beli timah di Salang

Cit daripada Penggawa sampai kepada Dato’ Gurnador 

Wednesday, December 9, 2020

Surat Raja Lela Muda kepada Francis Light (MS 40320/7, f.218) berkaitan jual hamba (19 Syaaban)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada beta Raja Lela Muda sampai kepada sahabat beta Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang dipelihara Tuhan sarwa alam wa ba’d 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.217) berkaitan pembelian meriam dan senapang dan permintaan Siam (Rabu, 22 Ramadhan 1203 / 17 Jun 1789)

Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.216) berkaitan timah curi yang dijual (Sabtu, 30 Zulkaedah)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Surat Datuk Orang Kaya Ali Buluh Cina kepada Francis Light (MS 40320/7, f.215) berkaitan pembelian belerang dan pemuras

Ya Aziz al-Karim

Alamat surat dari dalam negeri Buluh Cina daripada Datuk Orang Kaya Ali yang hina dan lagi da’if daripada sekalian yang da’if menyuruh satu perahu bermuat belerang Nakhoda Merusan tiga puluh tiga bahara ke dalam bandar Pulau Pinang kepada sahabat sahaya Datuk Gurnador yang mempunyai takhta kerajaan dan kebesaran dan kemuliaan daripada Tuhan kita yang aziz al-karim maka barang dilanjutkan Allah umurnya serta sihat dan afiat dan lagi menghukumkan hukum yang adil kepada segala dagang senteri kaya dan miskin 

Surat Tengku Muda Muhamad Sa'at kepada Francis Light (MS 40320/7, f.214) berkaitan permintaan kapal lengkap bersenjata

Salam doa serta takzim dan takrim iaitu daripada Tengku Muda Muhamad Sa’at barang disampaikan Allah Subhanahu wa Ta’ala kiranya kepada pihak sahabat kita Gunado Pulau Pinang setelah dipelihara akan Allah Ta’ala kira kepada datang kandu amin ya rab al-‘alamin amma ba’du 

Tuesday, December 8, 2020

Surat Dato Kaya Kuala Batu Bahara kepada Francis Light (MS 40320/7, f.213) berkaitan orang yang lari ke Pulau Pinang (1793)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta kasih yang tiada berkeputusan serta punya tabik banyak iaitu daripada Dato’ Kaya dalam Kuala Batu Bahara barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala apalah kiranya ke bawah keseri patua  Dato’ Nador yang memerintah kebesaran dalam bandar Pulau Pinang serta dipanjangkan Tuhan sarwa alam sekalian umur zaman Dato’ itu serta bertambah2 sihat dan afiat supaya boleh kekal berkasih2han daripada segala sahabat karib dan ba’it  amin thumma amin wa ba’d 

Surat Shahbandar Adam Kuala Batu Bahara Kampung Bukuk kepada Francis Light (MS 40320/7, f.211) berkaitan kiriman hamba (22 Syawal)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta putih hati selagi ada perhiasan bulan dan matahari iaitu daripada Sahbandar Adam yang da’if dalam Kuala Batu Bahara kampung Bukuk  barang disampaikan Tuhan sarwa alam sekalian apalah kiranya kepada hadrat Dato’ Nador  yang istirat  al-khairi memerintah kebesaran dalam bandar Pulau Pinang dan serta dipanjangkan Allah Subhanah wa Ta’ala umur zaman Dato’ itu supaya dahir  berkasih2han dengan segala sahabatnya karib dan ba’it amin thumma amin wa ba’d 

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/7, f.209) berkaitan pembelian opium dan penjualan timah serta pemulangan orang yang lari dari Selangor

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah alamat surat kirim tabik banyak2 syerta  tulus ikhlas putih hati iaitu daripada Yang Dipertuan di dalam negeri Selangor barang disampaikan Allah Subhanatu Wa Taala apalah kiranya kepada sahabat kita Gannor  yang ada duduk di Pulau Pinang 

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/7, f.208) berkaitan pemulangan hamba 2 orang yang dibawa ke Pulau Pinang

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat daripada Duli Yang Maha Mulia yang semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan kita sarwa sekalian alam kehadapan sahabat kita Senyur Gobernor yang mempunyai perintah dan kebesaran di dalam bandar negeri Pulau Pinang sahadan  barang dipeliharakan Tuhan kita Malik al-Manan daripada marabaya  fitnah dunia sekalian amin wa ya khair al-nasirin 

Surat Saudagar Raja kepada James Scott (MS 40320/7, f.207) berkaitan pembelian opium dan penjualan padi (11 Safar 1205 Tahun2 Dal Akhir / 20 Oktober 1790)

Qultu

Surat tulus ikhlas serta kasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai ke hadrat sahabat perhamba Kapitan Uskut yang amat budiman lagi bijaksa[na] pada segala perintah jalan kebajikan 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.206) berkaitan hutang Hasan Kandu (Sabtu, 22 Muharam)

Qultu

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan ke hadrat Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang amat akil lagi bijaksana pada segala perintah jalan kebajikan 

Sunday, December 6, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.205) berkaitan cagaran kapal untuk berhutang (20 Rabiul Awal 1205 / 27 November 1790)

al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.204) berkaitan hamba membawa lari barang ke Pulau Pinang (22 Ramadhan)

Al-Mustahaqqah

Hamba Dato’ Saudagar Raja menrafakkan sembah ke bawah qadam Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang teramat mulia 

Surat Seri Paduka Perlis kepada Francis Light (MS 40320/7, f.203) berkaitan perkenalan dengan Francis Light

Al-Mustahaqq

Surat tulus ikhlas daripada Seri Paduka dari Kota Kayangan sampai kepada Gurnador Pulau Pinang 

Surat Maulana Sayid Hasan kepada Kapitan Cik Ki (MS 40320/7, f.202) berkaitan pertemuan dengan Francis Light

Al-Mustahaqq

Alamat surat daripada Maulana Sayid Hasan sampai kepada Kapitan Cik Ki di Pulau Pinang 

Friday, December 4, 2020

Surat Cik Lu Ngak kepada Francis Light (MS 40320/7, f.201) berkaitan pembelian beras (Sabtu, 26 Zulhijah 1205 / 27 Ogos 1791)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berputusan daripada anakanda Cik Lu Ngak barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam kiranya pada Dato’ Gurnador yang termasyhur merintah bandar Pulau Pinang yang amat masyhur gah kepujian pada segala negeri atas angin dan baruh angin lagi amat bijaksana pada perintah berkasihan dengan segala handai taulan 

Surat Dato Setia Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.200) berkaitan hubungan persahabatan dengan Light (1792)

 Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Setia Raja menrafakkan sembah ke bawah qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia yang akil bijaksana lagi arif telah masyhur ke mana2 

Surat Seri Johan Pahlawan kepada Kalun (MS 40320/7, f.199) berkaitan kerbau yang dicuri dan dijual di Pulau Pinang

Alhamdulillah

Surat tulus ikhlas serta kasih sayang daripada Seri Johan Pahlawan datang kepada sahabat beta kalun dari Pulau Pinang 

Surat Penggawa Pulau Telibon kepada Francis Light (MS 40320/7, f.198) berkaitan penghantaran papan dan pertemuan dengan Raja Legor (2 Rejab)

 Al-Mustahaqq

Surat al-ikhlas serta suci putih hati daripada beta Penggawa Pulau Telibong barang disampaikan kiranya kepada sahabat beta Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang beroleh aman dan keredhaan daripada Tuhan Hannan al-Mannan barang dilanjutkan Allah Subhanahu wa Ta’ala apalah kiranya umur usia zamannya serta sihat anggotanya dan lagi amat pandai pada memerintahkan dengan sahabat handainya selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan nantiasa kasih sayang tiada berkeputusan sampailah gahnya ke mana2 dari atas angin dan ke baruh angin kedengaran bahana 

Surat cit Yang Dipertuan Besar Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/7, f.197) berkaitan pembelian barang-barang sauh, kain layar, tali dan paku

Qultu Hakaza

Ini surat cit kepada Yang Dipertuan Besar Terengganu kepada anak kita Gurnador Pulau Pinang 

Thursday, December 3, 2020

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/7, f.196) berkaitan pemergian ke Pulau Pinang

Qawluhu al-Haqq

Hamba Dato’ Saudagar Nasruddin maklumkan ke hadrat Dato’ Gurnador yang ada dengan istirahat al-khair dalam Pulau Pinang barang ditambah Allah kiranya kebesarannya dan kemuliaannya selama ada hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Nana Mia kepada Mak Nyonya (MS 40320/7, f.195) berkaitan pembelian lembu

Qalat

Kasih sayang muafakat yang tiada berkesudahan daripada Nana Mia datang kepada Mak Nyonya yang ditinggikan dan dimuliakan oleh Raja Menteri dan sekaliannya orang di dalam negeri Kedah ini 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.194) berkaitan pengambilan beras (27 Zulhijah)

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat aduan Busu Malau (MS 40320/7, f.193) berkaitan berkaitan jual tanah dan hamba (Tahun Zai, 1185 / 1772)

Qawluhu al-Haqq

Ini aduan senda Busu Malau kepada Dato’2 yang bekerja 

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.192) berkaitan hutang di Salang dan barang dagangan

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang daripada ayahanda Laksamana kepada anakanda Orang Kaya Kapitan Laik Dewa Raja yang dipelihara Allah 

Wednesday, December 2, 2020

Surat Sultan Muhamad Jiwa kepada anakanda (MS 40320/7, f.191) berkaitan perniagaan di Kota Kuala Bahang (Jumaat, 22 Rabiul Awal)

Alhamdulillah

Barang mafhum hadrat paduka anakanda Sultan 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.190) berkaitan pembelian opium (10 Rabiul Akhir 1203 / 8 Januari 1789)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.189) berkaitan adat membayar cukai membawa hamba

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang daripada ayahanda Laksamana kepada anakanda Orang Kaya Kapitan Laik Dewa Raja yang bijaksana pada memerintahkan memberi kebajikan pada segala hamba Allah 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.188) berkaitan permintaan membeli kici untuk hantar beras ke Salang (Ahad, 22 Zulhijah)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang dan tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Tuesday, December 1, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light di Salang (MS 40320/7, f.187) berkaitan penghantaran dan bayaran timah

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang daripada ayahanda Laksamana dari Kedah Darul Aman sampai kepada anakanda Orang Kaya Laik Kapitan Dewa Raja yang bermaqam di bandar Salang yang dipeliharakan Allah Ta’ala 

Surat Penggawa kepada Francis Light (MS 40320/7, f.186) berkaitan penghantaran timah

Qu al-Haqq

Kasih sayang daripada perhamba Penggawa sampai kepada Dato’ Gurnador yang duduk di bandar Pulau Pinang 

Surat Hakim kepada Nakhoda Husna Merikan (MS 40320/7, f.185) berkaitan pekerjaan menyurat dan permintaan beras

Ya ‘Aziz

Afdal al-tahiyyat wa al-salam ma’a al-madah al-‘izam daripada adinda Hakim bawa ke hadrat sifah al-fakhirah wa lataif al-salamat al-zahirah iaitu hadrat kekanda Nakhoda Husna Merikan yang ajlal lagi akram ashraf Allah Ta’ala bi al-‘iz wa al-tamkin wa nasarah wa al-fath al-mubin bi barakat sayyid al-mursalin amin ya rab al-mutatohirin amma ba’d