Friday, April 19, 2024

Surat Penghulu Nan Berempat kepada Charles Miller, Marlborough (MS 40320/2, f.27) berkaitan perniagaan

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah kalamat surat al-ikhlas yang dihiasi dengan beberapa hormat dan kemuliaan serta salam doa al-ta'zim dan ma'a al-takrim iaitu datang daripada Penghulu Nan Berempat serta Pendeta Maulana Saudagar Besar yang duduk sekarang dalam negeri Batang Asi jua adanya syahidan dan barang disampaikan Allah Subahanahu wa Ta'ala apalah kiranya datang ke dalam tangan Tuan Mister Mila Peter Besar yang memegang perniagaan sekarang duduk memelintahkan wardi kompeni dalam kota Malbara syahidan 

Thursday, April 18, 2024

Surat Sultan Muhammad Shah dan Tuanku Raja Perempuan kepada Charles Miller Muko-muko (MS 40320/2, f.27) berkaitan pas membawa kerbau

Qu al-Haqq walau kan mur

Bahawa inilah surat serta tabik banyak2 iaitu daripada Tuanku Paduka Seri Sultan Muhammad Shah dan Tuanku Raja Perempuan barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua apalah kiranya datang kepada Tuan Komandor Mister Charles Mila yang memerintahkan dalam negeri Muko2 lalu ke Indera Pura wa ba'dah 

Tuesday, April 16, 2024

Surat Raja Bendi (MS 40320/2, f.26) berkaitan semambu

Ini semambu Raja Bendi Rudi Peter sebentar ini mengajung kamu gunjing turun ada rejung dalam semambu belayar tentangan Bintan sekian tajam pengirisir pembuka persalah bernisan badan ditiup angin melayang jauh

Surat Teuku Dapa Singkel kepada Mister Crips di Kuala Natar (MS 40320/2, f.25) berkaitan Panglima Po Jandi

Bahawa inilah alamat tabik banyak2 iaitu terbit daripada hati yang putih dan muka yang yang jernih iaitu daripada Teuku Dapa yang telah ada hayat sekarang dalam Nenggeri Kuala Syingkel jua adanya barang disampaikan Allah apalah kiranya kepada sahabat kami iaitu Orang Kaya Komandor Mister Krips yang telah ada hayat dalam Nenggeri Kuala Natar barang diselamatkan Allah umur panjang dalam dunia ini 

Monday, April 15, 2024

Surat Penghulu2 Bayang kepada Komandor di Padang (MS 40320/2, f.16 & f.17) berkaitan penerimaan surat yang dikirim

Qawl al-Haqq wa lau kan Murra

Bahawa inilah alamat surat daripada segala Penghulu2 Bayang jua adanya tabik banyak2 kepada Tuan Komandor jua adanya seperti surat yang dikirimkan kepada kami sudahlah selamat dengan sempurna matnya mengertilah kami barang apa2 dalamnya itu pun kami kerjakan bicara itu sangatlah kami susahkan amah jua katanya kami nanti jua janji itu itu sampai janji itu tiada ianya amah dari itulah kami labat memalas surat Tuan Komandor sangatlah kami diperbual2nya dibicara itu patuklah dipugar sedikit di Tuan Komandor kerana sangat kami ia kasih mal dibicara itu tamat

Surat Jurutulis John Crisp di Bayang kepada John Crisp di Padang (MS 40320/2, f.15) berkaitan harga barang dan beras (24 Ogos 1800)

 'Ala al-Muhtaram

Bahawa adalah tabik banyak2 daripada hamba Jurutulis Tuan Komandor Jan Krips yang ada sekarang dalam negeri Bayang syahadan barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua kiranya datang menjelang Tuan Komandor Jan Krips kepala yang memerintahkan sekalian daerah Pesisir Barat di negeri Padang wa ba'dahu 

Friday, April 12, 2024

Surat Raja Tarusan kepada John Crisp bergantian pergantian Raja (MS 40320/2, f.13 & f.14)

Qaw al-Haqq wa kan mur

bahawa inilah alamat surat tabik banyak2 serta tulus dan ikhlas diiring pula dengan hati putih dan muka yang jernih iaitu daripada pihak hamba Raja Tarusan adanya maka barang disampaikan Allah Subhanahu wa Ta'ala apalah kiranya datang menjelang wajah tuan Komandor Mista Krips kepala yang memerintahkan sekalian daerah Pesisir Barat di negeri Padang serta dilanjutkan Allah usia umur zamannya dalam dunia ini amin thumma amin wa ba'dah 

Friday, February 16, 2024

Surat berkaitan adat negeri yang mesti diikuti (MS 40320/2, f.11 & f.12)

Bab inilah peri mengatakan adat kita dalam negeri makanya senang negeri tidak boleh berubah2 salah mata kawal berhutang dicincang dipampas dibunuh dibangun suarang berakih dipinjam berpulangan nan diberi dapat saja hutang dibayar piutang diterima itulah adat yang dipegang dipakai selama2nya di bawah langit dan yang ditani bumi 

Monday, February 12, 2024

Surat Pengeran Sharif Abdul Rahman Potianak kepada Tuan Kapitan berkaitan kiriman warkah dan hamba (MS 40320/2, f.9 & f.10)

Bahawa ini surat daripada menyatakan tanda sahabat bersahabat yang berkasih kasihan iaitu daripada Tuan Pangeran Sharif Abdul Rahman Nur al-'Alam maka barang disampaikan Allah Subanahu wa Ta'ala kiranya datang mendapatkan sahabat kita yang maha mulia lagi baik selama2nya iaitu Sayid Paduka Kapitan kapal mengerjakan barang suatu pekerjaan yang arif terbijaksana lagi artawan maka kita pohonkan atas sihat dan serta afiat serta beroleh selamat umur panjang adanya wa ba'dah 

Friday, February 2, 2024

Surat Pangeran Langgang Alam Dusun Sungai Lemu kepada John Marsden (MS 40320/2, f.7 & f.8) berkaitan pesanan opium 20 kati (Ahad, 9 Jamadil Awal 1191 / 15 Jun 1777)

 Alamat Putih Hati 

Ini alamat surat tabik banyak2 iaitu datang daripada Pangeran Langgang Alam dalam Dusun Sungai Lemu barang disampaikan Tuhan 'Azza wa Jalla jua apalah kiranya datang mendapatkan Orang Kaya Peter Mister Marszen dalam muara Lais 

Tuesday, January 23, 2024

Surat Tuanku Sultan Pesisir Barat Shah kepada Kompeni Inggeris (MS 40320/2, f.5 & f.6) berkaitan perniagaan lada di Anak Sungai (7 Jamadil Akhir 1192 / 1778)

Maka inilah tabik banyak datang daripada Tuanku Yang Dipertuan Paduka Seri Sultan Pesisir Barat Shah dalam negeri Anak Sungai jua adanya dan barang disampaikan alah kiranya datang kepada kompeni jua adanya 

Friday, January 19, 2024

Surat Encik Puasa kepada Mister Lashtar di England (MS 40320/2, f.2) berkaitan keadaan keluarga di Bangkahulu (12 Januari 1789)

Inilah alamat surat tabik begitu banyak serta hati putih dan jernih dan iaitu daripada Encik Puasa yang ada sekarang di Bangkahulu di Malabara di tengah Padang di angkut di kampung Nish Shahiran barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta'ala apalah kiranya datang menjelang kawash Tuan Mister Lashtar yang ada sekarang di negeri England 

Wednesday, January 10, 2024

Surat Sultan Amiruddin Maluku Tidore kepada Gabenor Kompeni Inggeris di Bengkulu (MS 40320/11, f.151) berkaitan hubungan Maluku dengan Belanda dan bersahabat dengan Inggeris (Isnin, 14 Jamadil Awal 1199 / 25 Mac 1785)

Bismillahirrahmanirrahim

Qawluh al-Haqq wa kalamuh al-sidq

Bahawa Paduka Seri Maha Tuan Sultan al-Wathiq billah al-Malik al-Manan al-Sultan Sayid al-Jihad Muhammad al-Mab’uth Amiruddin Kecil Nuku ialah raja yang mempunyai tadbir pada memerintahkan di atas takhta kerajaan tanah gunung Maluku Istana Tidore sehingga alam daerahnya dan menteri2nya yang berkirim risalat al-mahabbat wa tuhfat al-zakiyya ini terbit di dalam sudur al-qulub tulus ikhlas dipesertakan dengan beberapa tabik dan hormat banyak2 kiranya disampaikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada ayahanda oleh Paduka Gubernur dan sekalian radnya yang adalah maujud dengan segala kesentosaan pada memerintahkan pekerjaan Kompeni Inggeris yang amat masyhur kayanya di dalam kota Bengkulu maka ta dapat tiada Tuan Sultan dan menteri2nya dipermohonkan atas barang dilanjutkan usia umur zamannya dengan beberapa jenis kebajikan dan kesentosaan teriringi dengan perintah yang khair wa solah serta untung yang baik atas bumi dunia ini selama lamanya amin thumma amin wa ba’dahu