Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Tuesday, May 4, 2021

Salinan Surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah (BL Add. 45271, f.7) berkaitan hutang Nakhoda Sheikh Miya (5 Jamadil Awal)

 Ya Ghafur Rahim

Daulat Tuanku Shah ‘Alam zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Thursday, November 26, 2020

Surat ikrar oleh Cina Pang (MS 40320/7, f.167) berkaitan penjualan hamba kepada Leftenan Gray (Isnin, 11 Zulhijah 1201 Tahun2 Zai / 24 September 1787)

Qawluhu al-Haqq

Sanah 1201 tahun2 zai pada sebelas hari bulan Zilhijjah hari Isnin bahawa pada ketika itu ini pada menyatakan adalah Cina Pang menjual sahaya seorang perempuan jenis Batak bernama Sablu maka ditebus oleh Leftenan Gray dengan harga empat puluh rial 

Friday, November 20, 2020

Salinan surat ikrar Francis Light kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah (MS 40320/7, f.148) berkaitan permintaan untuk mendapatkan Pulau Pinang (Ahad, 2 Jamadil Awal 1199 Tahun Ha, 13 Mac 1785)

Ini ikrar Kapitan Lak Dewa Raja maka adalah senda ini disuruh Raja Benggala mari pinta tempat pada ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Pulau Pinang itu dipohonkan hendak perbuat loji bubuh tinggal tempat kapal perang mudahlah hendak baiki kapal itu 

Tuesday, November 17, 2020

Surat Francis Light kepada Laksamana Kedah (MS 40320/7, f.141) berkaitan masalah perceraian isteri pandai emas (27 Zulkaedah 1203 / 19 Ogos 1789)

 Ya ‘Aziz al-Karim

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Dato’ Laksamana yang amat mulia wa ba’d 

Monday, November 16, 2020

Friday, November 13, 2020

Surat Kapitan Scott kepada Fatimah di Batu Bara (MS 40320/7, f.129) untuk mengajaknya berpindah ke Pulau Pinang (Sabtu, 24 Zulkaedah)

Qawluhu al-Haqq

Kirim tabik ayahanda Kapitan Uskat  kepada anakanda Encik Fatimah yang istirehat di bandar Batu Bara lagi beroleh pangkat dan darjat daripada Tuhan kita amal dan iman amin ajma’in 

Monday, August 24, 2020

Senarai tanah (MS 40320/11, f.166)

Kepada tujuh likuru  hari bulan Senin  sebaga  tanah Cik Long kurang enam jemba empat belas relung

Sebaga  tanah  Cik Andak dua belas relung sebaga  tanah  Cik Alang tujuh relung

Sebaga  tanah Pat Alang Tang Kek  dua belas relung sebaga  tanah cik Alang enam relung

Sebaga  tanah orang tua itu dua puluh relung sebaga  tanah Cik Ngah sepuluh relung

Sebaga  tanah Cik Long enam relung

Menjadi dijumlahkan dulapan puluh enam relung enam belas jemba


Surat Nakhoda Paduka kepada Francis Light (MS 40320/11, f.165) berkaitan orang Jawa yang lari (8 Rabiul Akhir 1207 / 23 November 1792)

Wakil Tuan Gurnador dalam Pula  Pinang akan hal budak Penembahan Mempawa orang Jawa yang lari ada pun namanya Bapak Semarang Jamak dan kedua Bapak Kaberu  dan ketiga Bapak Kambar  dan keempat Kacung dan kelima ke Bapak Kuning keenam Setu  dan ketujuh Bapak Asan dan kedelapan Bapak Sad  kesembilan juru batu paksi dan kesepuluh Bapak Bukasih  dan kesebelas Basyir  dan kedua belas Mek dan ketiga belas Serikam  dan keempat belas Karti Abdul Hamid dan Nakhoda Paduka memberi surat kepada Raja Gurnador tersurat kepada delapan hari Rab al-Akhir pada 1207 Pula  Pinang

Friday, August 21, 2020

Surat Mek Bu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.160) berkaitan anaknya yang sakit perut

 Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Mek Bu  maklumkan sembah ke bawah hadrat Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia hamba Dato’ maklumkan ahwal anak hamba Dato’ nama Bibi sakit purut  pada sehari lima enam kali ke sungai budak perempuan sangatlah kesakitan duduk di dalam para  itu inilah hamba Dato’ mari adu teriakkan ke bawah hadrat Dato’ hendak pohonkan anak itu kerana budak tengah sakit hamba Dato’lah mengaku ganti tubuh Bibi itu barang sabda hadrat Dato’ hamba Dato’ junjungkan hamba Dato’ pohonkan minta ampun cukur  canang  itu pada ke bawah hadrat Dato’ kerana anak perempuan lain daripada itu mana hukum hadrat Dato’ tiadalah boleh hamba Dato’ salahkan melainkan hamba Dato’ pinta ampun periksa biar dengan halus ahwal inilah hamba Dato’ mari adu teriakkan minta ampun pada hadrat Dato’ izzat sa’adat bertambah ‘ala dawam tamat 


Wednesday, July 15, 2020

Draf Surat Francis Light kepada Sultan Terengganu (MS 40320/11, f.108) berkaitan perdagangan dengan Mister Firli dan Saudagar Nasruddin

Sebermula patik maklumkan daripada hal perkiraan Syaudagar Nasruddin yang Duli Tuanku beri mari surat dengan daftar itu telah sudahlah periksa siasat lihat kesemuanya dengan segala daftar patik maka daripada hal perkiraan Mister Firli  dengan Syaudagar Nasruddin itu maka sudahlah patik beri pergi surat ke Benggala kepada Mister Firli  patik suruh periksa lihat segala daftar perkiraan Mister Firli maka datanglah akan perkiraan itu sudahlah selesai lagi ada hayat Syaudagar Nasruddin dahulu tatkala Kapitan Karniki pergi ke Terengganu membawa kapal kecil tahun dahulu maka daripada hal daftar Duli Yang Maha Mulia beri mari kepada Syaudagar Parya Tambi perkiraan Mister Firli  itu telah benarlah daftar itu tetapi beri pergi daftar dua musim sudah sebelum Kapitan Karnigi  pergi ke Terengganu kemudian Kapitan Karnigi  pergi dengan kapal kecil itu sudahlah diselesaikannya segala perkiraan itu tiadalah utang piutang lagi sebagai lagi daripada hal Kapitan Karnigi  membawa rial lima belas ribu dan opiun  dua puluh lima peti dan tembakau empat puluh keranjang telah sampailah kepada patik maka daripada hal rial itu Syaudagar Nasruddin membayar utangnya kepada Kapitan Danlab  seribu empat ratus pikul lada maka sudah patik beri pergi surat ke bawah Duli Tuanku tatkala ada hayat Syaudagar Nasruddin menyatakan utang Syaudagar Nasruddin itu maka itulah Syaudagar Nasruddin itu beri mari opiun  dengan rial dan tembakau kepada Kapitan Karnigi  daripada hal opiun  dan tembakau itu syaudagar minta tolong jualkan kepada patik bayarkan utangnya

Sebagai lagi daripada hal perkiraan Syaudagar Nasruddin dengan patik bersyarikat membeli kapal Kernatuk  itu maka segala perkiraan sudahlah patik periksa lihat daripada hal lada yang dimuatkan Syaudagar Nasruddin dalam kapal itu tiga ribu sembilan ratus pikul dan rotan seratus dua puluh pikul membawa pergi ke China maka segala daftar perkiraan patik beri pergi kepada Syaudagar Parya Tambi dan Orang Kaya Seri Wangsa boleh Duli Tuanku periksa daripada hal labanya pergi ke China dan belanjanya dan belanja duduk Terengganu tujuh bulan dan dari China pulang ke Pulau Pinang kemudian pergi ke Susuh

Friday, June 26, 2020

Surat Francis Light kepada Sultan Terengganu (MS 40320/11, f.73) berkaitan perdagangan dan penghantaran kapal Inggeris ke Terengganu

Ya Ghafur Rahim

Daulat al-‘izam wa bihi al-kiram serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada patik Gurnador Pulau Pinang yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan Besar Terengganu Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun Tuanku

Thursday, June 11, 2020

Surat ikrar Francis Light kepada Cik Abdul Manaf (MS 40320/11, f.28) berkaitan pelantikannya sebagai Kapitan Melayu Pulau Pinang (Ahad, 7 Zulkaedah 1207 Tahun2 Ha / 16 Jun 1793)

Qawluhu al-Haqq

Pada tarikh seribu dua ratus tujuh tahun2 Ha pada tujuh haribulan Zulkaedah hari Ahad bahawa pada ketika itu ini pada menyatakan adalah Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang jadikan Cik Abdul Manaf iaitu Maharaja Setia Kapitan Melayu penghulu segala Melayu dan dagang dalam daerah Pulau Pinang ini 

Monday, June 8, 2020

Draf surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Kedah (MS 40320/11, f.19) berkaitan bayaran kepada Kedah sebanyak 4,000 atau 10,000 rial setahun (19 Safar, Isnin)

Ya Ghafur Rahim

Daulat Tuanku Shah Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Kedah (MS 40320/11, f.18) berkenaan tawaran 10,000 rial setahun (Selasa, 20 Safar 1203 / 18 November 1788)

Ya Ghafur Rahim

Daulat tuanku Shah Alam Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Tuesday, June 2, 2020

Surat Francis Light kepada Dato' Bendahara Batu Bahara (MS 40320/10, f.137) berkaitan kes pembunuhan kapitan kapal

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta Gurnador Raja Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Dato’ Bendahara Batu Bahara dengan Keempat Sukunya yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana2 wa ba’d 

Tuesday, May 12, 2020

Surat ikrar Francis Light (MS 40320/8, f.133) berkenaan Nakhoda Abdul Wahab menghantar barang (2 Rabiul Akhir 1201, Tahun2 Zai, Isnin/ 22 Januari 1787)

Qawluhu al-Haqq

Sanah 1201 tahun2 Zai pada dua haribulan Rabiul Akhir hari Isnin bahawa pada ketika itu ini pada menyatakan adalah Nakhoda Abdul Wahab membawa surat Uwan Long Semail pada To’ Gurnador 

Thursday, May 7, 2020

Surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Kedah (MS 40320/8, f.117) berkaitan opium (5 Jamadil Akhir 1201 / 25 Mac 1787)

Ini surat Gunador Pulau Pinang akan opiun dua puluh peti diserah kepada Tenku Awi dan Hakim Raja Setia Bijaya suruh bawa pergi beri ke bawah duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia