Friday, November 30, 2018

Saga of the Light Letters: the Malaysian narrative by Professor Dato' Dr Ahmad Murad Merican


Saga of the Light Letters: the Malaysian narrative

By A Murad Merican
November 28, 2018 @ 12:58pm

It was on Oct 13, 2011 that I first contacted Susannah Rayner. She was then the Head of Archives and Special Collections Library at the School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London. About seven years later, in September this year, Universiti Sains Malaysia (USM) was given the sole rights to host the Light Letters, the first and only institution outside of SOAS and the United Kingdom which has been formalised to do so. Susannah had since left the SOAS Library, not long after discussions began.

In the years that followed, negotiations and goodwill continued with a host of kind and concerned souls at the School. One particular person, Erich Kesse, then in 2014, SOAS’s newly appointed Digital Library Project Officer with the Library and Information Services Directorate, was instrumental in continuing, maintaining and facilitating links and exchanges, trust and goodwill with the integrity of the Letters foremost in mind.

Issues of public accessibility, copyright and ownership dominated throughout the seven-year negotiation with SOAS.

Tuesday, November 20, 2018

Surat Saudagar Nasruddin kepada James Scott (MS 40320/6, f.55) berkaitan jual beli emas dan sutera (25 Muharam 1203/26 Oktober 1788)

Bahawa ini surat daripada hamba Syaudagar Nasruddin yang ada terkawaf  di negeri Terengganu Darul Syalam  barang disampaikan Tuhan Khaliq al-Alam apalah kiranya kepada pihak sahabat hamba dan kekasih hamba Kapitan Uskut  yang ada dengan istirehat al-khair dalam daerah kantor  Kompeni Inggeris Pulau Pinang barang ditambah Tuhan Allah kebesarannya dan  kemuliaan dalam dunia serta beroleh kesenangan dan sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya maka ialah terlalu arif dan bijaksana pada hal melakukan berkasih berkasihan tolong menolong kepada sekalian sahabatnya barang dikekalkan Tuhan Allah perangai yang demikian itu selama ada cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Surat Tengku Kejuruan Langkat kepada Francis Light (MS 40320/6, f.54) berkenaan pembelian lela

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-‘aqibat lilmuttaqin wa al-solat wa al-salam ‘ala rasulik sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sahbih ajma’in maka diiringi dengan beberapa hormat mulia iaitu daripada Tengku Kejuruan Langkat barang diwasalkan Tuhan Habib al-Rahman apalah kiranya kepada hadrat sahabat beta Kapitan Pulau Pinang barang dikekalkan Allah Subhanahu Wa Taala izzah dan darjatnya dari dunia datang ke akhirat amin2 thumma amin wa ba’du 

Surat Raja Lela Muda kepada Francis Light (MS 40320/6, f.53) berkaitan pembelian lembu (Rabu, 7 Zulkaedah)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas kasih sayang daripada beta Raja Lela Muda sampai kepada sahabat beta Tuan Gurnador Pulau Pinang yang di dalam pelihara Tuhan Seru Alam 

Surat Panglima Kuala Seri Muda Dewa kepada Francis Light (MS 40320/6, f.52) berkaitan hutang (Jumaat, 12 Rejab)

Ya Aziz al-Karim 

Surat tulus ikhlas kasih serta sayang hormat dan mulia daripada Panglima Kuala Seri Muda Dewa sampai maklum pada hadrat Tuan Gurnador yang thabit di Pulau Pinang dengan senang setia dengan beberapa kemulian dan lagi gah masyhur khabar dan warta atas segala negeri Melayu lagi bijaksana pada memerintah pandai ambil hati segala orang sahabat handai memberi suka hati tambahan pada ke bawah Duli Baginda Yang Dipertuan Yang Maha Mulia empunya negeri lebih lagi Tuan Gurnador membicara ambil hati jangan boleh syak hati baginda dari awal sampai akhirnya 

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Terengganu (MS 40320/6, f.51) berkaitan perdagangan Kapten Glass dan Saudgara Nasruddin

Daulat al-‘izam wa bihi al-kiram serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada patik Gurnador Pulau Pinang yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Besar Terengganu Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Draf surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Kedah (MS 40320/6, f. 50) berkaitan Pulau Pinang

Patik maklumkan ahwal patik ini sudi hamba tuha pada paduka marhum sampai pada Yang Maha Mulia 

Sunday, November 11, 2018

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS 40320/6, f.49) berkenaan penghatantaran orang yang lari (25 Zulhijah)

Al-Mustahaqqah 

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berputusan daripada cucunda Long Ismail datang kepada nenda To` Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada segala perintah lagi amat setiawan dan dermawan pada segala handai taulannya wa ba’du 

Surat Alang Mia kepada Francis Light (MS 40302/6, f.48) berkaitan modal perdagangan opium, embalau, kain dan permaidani

Diperhamba Dato` Alang Mia anak Dato` Paduka Seri Lela Padang Kerbau memaklumkan cit ke bawah hadrat qadam Dato` Tuan Gurnador yang teramat mulia 

Saturday, November 10, 2018

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.47) berkaitan permintaan Siam (Jumaat, 12 Ramadhan)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang daripada beta datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termasyhur gah kepujian sangat dermawan dan setiawan dan lagi sangat mengasihi segala sahabat handai dan taulan

Cop Mohor Penggawa Tua Telibon

Cop Mohor Penggawa Tua Kedah (MS 40320/3, f.15)
"Penggawa Tua Negeri Kedah Darul Aman Sanah 1181(?)"

1181H = 1767/1768M

MS 40320/3, f.15

Surat Sayid Hasan Kedah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.46) untuk berjumpa Francis Light di Pulau Pinang

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas serta suci putih hati daripada hadrat Tuan Sayid Hasan barang disampaikan Allah kiranya Qadi al-Hajat kepada sahabat beta al-rahil  al-kamil al-khaziq  al-adil yang masyhur daripada segala negeri dengan perintah kebajikan pada tiap2 hari dengan tulus ikhlas pada segala sahabat handai maka jadilah tiada berputusan kepujian seperti matahari memberi manfaat akan yang rendah daripadanya iaitu sahabat beta iaitu Gurnador yang di atas kebesaran dan kemuliaan yang mempunyai kekayaan barang kiranya demikian itu ditambahinya nantiasa  tiada berputusan pada tiap2 ketika masanya dan zaman wa ba’dahu 

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.45) berkaitan jenayah cubaan membunuh (5 Ramadhan 1202 Tahun Dal awal/9 Jun 1788)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas daripada Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan seru alam 

Surat Raja Muda memerintah Perlis kepada Francis Light (MS 40320/6, f.43) berkaitan hutang arwah Haji Ali (24 Rabiul Awal, Selasa)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasihan2 muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala cahaya matahari dan bulan daripada beta Raja Muda yang memerintahkan negeri Perlis bandar Indera Kayangan Darul Aman sampai kepada sahabat beta Gurnador yang memerintah bandar Pulau Pinang yang termasyhur sebutannya pada antara segala alam negeri atas angin dan di bawah angin pada perintah kebesaran dan bijaksana gagah berani pada perintah perang di laut lagi mengasihi segala handai taulannya dan berlakulah perintah kebajikan dan kepujian pada pihak aqtar  dan segala alam senantiasalah terpelihara pada segala ketika dan zaman dengan takdir Tuhan Malik al-Manan Zul-Jud wa al-Ihsan maka perangai yang demikian itu barang dititipkan Tuhan langit bumi jangan berubah lagi 

Friday, November 9, 2018

Cop Mohor Saudagar Raja Kedah

Cop Mohor Saudagar Raja Kedah (MS 40320/3, f.11)
"? 9 5 Saudagar Raja sanah 121"

1201H = 1786/1787M

MS 40320/3, f.11, MS 40320/3, f.12; MS 40320/3, f.16; MS 40320/3, f.18

Cop Mohor Orang Kaya Saudagar Raja Kedah

Cop Mohor Saudagar Raja Kedah (MS 40320/3, f.11)
"Orang Kaya Saudagar Raja di Negeri Kedah Darul Aman Sanah 1187"

1187H = 1173/1174M

MS 40320/3, f.11, MS 40320/3, f.12; MS 40320/3, f.16; MS 40320/3, f.18;

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.42) berkaitan masalah jenayah Long Jarak dan perompak (26 Zulhijah)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas daripada Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan seru alam 

Surat Tuan Sayid Hasan kepada Francis Light (MS 40320/6, f.41) berkaitan surat yang tidak dibalas

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas serta kasih sayang suci putih hati daripada hamba Tuan Sayid Hasan sampai kepada sahabat hamba Dato` Kapitan Dewa Raja Gurnador yang beristirehat di negeri bandar Pulau Pinang yang gah termasyhur nama yang kepujian pada segala negeri yang di atas angin dan ke bawah angin maka barang ditetapkan Tuhan seru semesta sekalian alam kiranya perangai yang demikian itu jangan berubah dan berputusan selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan ini 

Surat Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/6, f.40) berkenaan dagangan kain dan opium (Rabu, 9 Syawal)

Al-Mustahaqqah

Surat daripada Seri Maharaja Dewa kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana yang telah masyhur sampai ke mana 

Thursday, November 8, 2018

Cop Mohor Raja Abdullah, Sultan Ibrahim Shah ibn Raja Lampuk (Johor-Riau)

Cop Mohor Raja Abdullah, Sultan Ibrahim Shah ibn Raja Lampuk (MS 40320/1, f.50)
"al-Wathiq Billah Seri Sultan Ibrahim ibn Raja Lampuk"

MS 40320/1, f.50


Cop mohor Laksamana Makota Raja Perak

Cop Mohor Laksamana Makota Raja Perak (MS 40320/1, f.49)
"Laksamana Makota Raja Sanah 187"

MS 40320/1, f.49

Cop Mohor Laksamana Perak

Cop Mohor Laksamana Perak (MS 40320/1, f.46)

MS 40320/1, f.46

Surat Raja Pahlawan Ali Khan kepada James Scott (MS 40320/6, f.39) berkaitan harga padi, beras dan lembu

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta Raja Pahlawan Ali Khan barang disampaikan Tuhan seru alam akan sahabat beta Kapitan Uskut  yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Raja Muda di Perlis kepada Francis Light (MS 40320/6, f.38) berkaitan pembelian kain layar, kain cindai, kain cina (20 Ramadhan 1200, Ahad, Tahun Ba/16 Julai 1786)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala cahaya matahari dan bulan daripada beta Raja Muda yang memerintah bandar Indera Kayangan datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termasyhur sebutannya pada antara segala laut dan darat dan berdayalah  gah kepujian pada antara masyriq dan maghrib pada pihak berkasih kasihan dan setiawan pada segala negeri atas angin dan bawah angin dan berlakulah perintah kebajikan pada pihak aqtar  dan segala alam terpelihara pada segala ketika dan zaman dengan takdir Tuhan Malik al-Manan zi al-jud wal-ihsan amma ba’dah 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6 f.37) berkaitan dagangan opium, beras, padi, lembu dan timah (27 Syawal)

Al-Mustahaqqah 

Hamba Dato’ Saudagar Raja merafakkan sembah ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 

Wednesday, November 7, 2018

Cop Mohor Makota Indera Bongsu

Cop Mohor Makota Indera Bongsu (MS 40320/1, f.40)

"Makota Indera Bongsu Yang di ha p san Muda Negeri Pandu/Fansu"

MS 40320/1, f.40

Tuesday, November 6, 2018

Surat Saudagar Raja kepada Faqir Kandu (MS 40320/6, f.36) berkaitan dagangan lembu, beras dan kapur

Alhamdulillah 

Adinda Saudagar Raja maklumkan ke hadrat kekanda Faqir Kandu yang mulia yang ‘aziz al-karim 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.35) berkaitan dagangan lembu

Ya ‘Aziz al-Karim

Hamba Dato’ Saudagar Raja menrafakkan  sembah ke bawah hadrat qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi masyhur memelihara hamba Allah yang miskin 

Monday, November 5, 2018

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.34) berkaitan pinjaman dan kiriman beras (24 Syawal, Ahad)

Al-Mustahaqq

Surat tulus ikhlas serta berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.33) berkaitan pinjaman harta (26 Syawal)

Al-Mustahaqq

Surat tulus ikhlas serta berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.32) berkaitan opium, garam dan timah

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada Tuan Gurnador di kota Pulau Pinang yang arif bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana dari atas angin dan ke bawah angin kedengaran bahana 

Kerja-kerja di sebalik tabir...

Kerja-kerja pengukuran saiz surat di SOAS (28 Mei 2015)

Cop Mohor Tuan Sayid Muhamad Terengganu

Cop Mohor Tuan Sayid Muhamad (MS 40320/1, f.28)
"Tuan Sayid Muhamad ibn al-Husain ibn Bijaya Negeri Ter sanah 1177"

1177H = 1763/1764M


*...daripada sahabat Tuan Sayid Muhamad Terengganu...

(Rujukan: Annabel Teh Gallop (2002) MALAY SEAL INSCRIPTIONS: A STUDY IN ISLAMIC EPIGRAPHY FROM SOUTHEAST ASIA, Unpublished PhD Thesis, SOAS, University of London)

Cop Mohor Raja Aliuddin

Cop mohor Raja Aliuddin (MS 40320/1, f.27)
"Sultan 'Ali al-Din Sah ibn Oapu"

MS 40320/1, f.27

Yang Dipertuan Muda Johor, anak kepada Daeng Kemboja
Sultan Alauddin Shah ibn Opu

(Rujukan: Annabel Teh Gallop (2002) MALAY SEAL INSCRIPTIONS: A STUDY IN ISLAMIC EPIGRAPHY FROM SOUTHEAST ASIA, Unpublished PhD Thesis, SOAS, University of London)

Cop Mohor Sultan Ibrahim Raja Selangor Badr al-Din

Cop Mohor Sultan Ibrahim Selangor (MS 40320/1, f.25)



"Raja Selangor Badr al-Din sanah 1177"

1177H = 1763/1764M

MS 40320/1, f.25; MS 40320/1, f.26; MS 40320/1, f.29

Cop mohor Sultan Ibrahim Selangor

Cop mohor Sultan Ibrahim Selangor (MS 40320/1, f.24)
"al-Mutawakkil bi al-Malik al-Haq al-Mubin al-Sultan Ibrahim Huwa Ajdar al-Muwarithin ibn al-Marhum al-Sultan Saleh al-Din sanah 1192"

"Ati'u Allah wa ati'u al-rasul wa uli al-amri minkum" (Surah al-Nisa': ayat 59)

"lillah al-amr min qabl wa min ba’d" (Surah al-Rum: ayat 4)

1192H = 1778M

MS 40320/1, f.24

Cop mohor Paduka Maharaja Adinda Kedah

Cop Mohor Paduka Maharaja Adinda (MS 40320/1, f.23)
"Ha[nn]an al-Mannan Paduka Maharaja Adinda di Negeri Kedah Dar al-Aman"

MS 40320/1, f.23

Cop Mohor Encik Lu Ngak di Kedah

Cop Mohor Encik Lu Ngak di Kedah (MS 40320/1, f.21a)
"Enci' Lu Ngak di Kedah"

MS 40320/1, f.21a

Surat Bendahara Muda Perak kepada Francis Light (MS 40320/6, f.31) berkaitan harga timah (30 Muharam, Sabtu)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta putih hati daripada Datuk Bendahara Muda negeri Perak Dahr al-Luan  barang disampaikan Allah Tuhan sekalian alam pada Senyur Gurnador yang bernegeri di Pulau Pinang sekarang kita setelah berjumpa berkasih2 han 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.30) berkaitan dagangan setu, beras, kapas dan meriam (20 Syawal, Ahad)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Sunday, November 4, 2018

Cop Mohor Saudagar Rahsia Raja Kedah

Cop Mohor Saudagar Rahsia Raja Kedah (MS 40320/1, f.18)


"Rahsia Raja Negeri Kedah Darul Aman"

Cop Mohor Raja Muda Kedah

Cop Mohor Raja Muda Kedah (MS 40320/1, f.16)


"Raja Diyauddin ibn Mu'azzam Shah"

MS 40320/1, f.16

Cop Mohor Sultan Abdullah Mukarram Shah

Cop Mohor Sultan Abdullah Mukarram Shah (MS 40320/1, f.14)


"Raja 'Abdullah ibn Mu'azzam Shah"

MS 40320/1, f.14

Surat Raja Muda Kedah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.29) berkaitan dagangan beras (Isnin, 29 Rejab 1202/5 May 1788)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus dan ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Muda di Kota Kayangan sampai kepada sahabat beta Gunador  yang mempunyai perintah dalam bandar Pulau Pinang yang termasyhur gah kepujian pada segala negeri atas angin dan baruh  angin pada memerintahkan kerja perang di laut dan darat lagi sangat pandai mengambil hati sahabat handainya maka barang ditetapkan Tuhan seru sekalian alam kiranya perangai yang demikian itu 

Surat Saudagar Raja Saki kepada Francis Light (MS 40320/6, f.28) berkaitan dagangan lembu dan beras

Al-Mustahaqqah

Hamba Dato’ Saudagar Raja saki yang daif menrafakkan  sembah maklumkan sembah ke bawah qadam Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia 

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/6, f.27) berkaitan Tengku Bisnu (Rabu, 8 Rabiul Awal)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tenku  Raden Muhamad sampai kepada sahabat kita Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana yang telah masyhur lalu ke timur dan ke barat kedengaran bahana 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.25) berkaitan dagangan kapas, tembaga dan padi (2 Zulhijjah)

Ya ‘Aziz 

Hamba Dato’ Saudagar Raja merafakkan sembah ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Saudagar Raja kepada James Scott (MS 40320/6, f.24) berkaitan dagangan timah, padi dan opium (2 Zulhijjah)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada Kapitan Uskat  yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Saudagar Raja kepada Hakim Bandar Pulau Pinang (MS 40320/6, f.23) berkaitan dagangan timah, padi dan opium (2 Zulhijjah)

Ya ‘Aziz 

Adinda Saudagar Raja maklumkan kehadrat kekanda Hakim Bandar Pulau Pinang yang ‘aziz ‘izzah Allah Taala ‘ala al-dawam waba’du 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.22) berkaitan penghantaran barang dagangan (Jumaat, 21 Rejab)

Ya ‘Aziz 

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan kehadrat Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 waba’du 

Cop Tengku Kejuruan Japura, Langkat

Cop Tengku Kejuruan Japura, Langkat (MS 40320/1, f.11)



"Alamat Kejuruan Muda ibn Kejuruan Japura*"

MS 40320/1, f.11

* Fa tiada titik. Dr Annabel membacanya sebagai "Ja'far" 

(Rujukan: Annabel Teh Gallop (2002) MALAY SEAL INSCRIPTIONS: A STUDY IN ISLAMIC EPIGRAPHY FROM SOUTHEAST ASIA, Unpublished PhD Thesis, SOAS, University of London)

Cop Mohor Syahbandar Selangor

Cop Mohor Syahbandar Selangor (MS 40320/1, f.9)
Cop Mohor Syahbandar Selangor (MS 40320/1, f.45)



"Shahbandar Wakil Sultan Tarih sanah 1196"

1196H = 1781/1782M

MS 40320/1, f.9, MS 40320/1, f.45,

Cop Mohor Dato' Kaya Batuah, Batu Bahara

Cop Mohor Dato' Kaya Batuah, Batu Bahara (MS 40320/1, f.19)


"Seri Pekerma Wangsa Ibnu Raja Lela Muda Sanah 1191"


1191H = 1777/1778M


MS 40320/1, f.8; MS 40320/1, f.19; MS 40320/1, f.20.

(Rujukan: Annabel Teh Gallop (2002) MALAY SEAL INSCRIPTIONS: A STUDY IN ISLAMIC EPIGRAPHY FROM SOUTHEAST ASIA, Unpublished PhD Thesis, SOAS, University of London)

Cop Mohor Raja Cenak

Cop Mohor Raja Cenak (MS 40320/1, f.7)


"'Umar ibn Muhammad Taha"

Cop Mohor Laksamana Kedah

Cop Mohor Laksamana Kedah (MS 40320/1, f.6)


"al-Wathiq bi 'inayat al-Rahman Laksamana Darul Aman"


MS 40320/1, f.6

Cop Mohor Penghulu Lima Laras, Batu Bahara

Dato Paduka Seri Indera Penghulu di dalam Lima Laras, Batu Bahara (MS 40320/1, f.5)

"Wakil al-Sultan 'Abdul Jalil kepada Orang Kaya Paduka Seri Indera Balad Batu Bahara sanah 1192"

1192H = 1778/1779M

MS 40320/1, f.5

Cop Mohor Pangeran Adi Wijaya, Palembang

Cop Mohor Pangeran Adi Wijaya, Palembang (MS 40320/1, f.2)


"al-Wathiq Billah al-Jalil al-Faqir ila Allah Raden Ismail bin Abdullah fi balad Palembang Dar al-Salam"

MS 40320/1, f.2

Friday, November 2, 2018

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.21) berkaitan pembelian tali dan opium, 11 Rabiul Akhir

Ya ‘Aziz 

Hamba Dato Saudagar Raja maklumkan surat ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.20) berkaitan dagangan opium, garam, tembakau dan timah

Ya ‘Aziz 

Hamba Dato’ Saudagar Raja menrafakan  sembah maklumkan surat pada ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang teramat mulia 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.19) berkaitan dagangan lembu dan kapur

Ya ‘Aziz al-Karim

Hamba Dato’ Saudagar Raja merafa’kan sembah kehadrat kadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang teramat aziz lagi mulia 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.18) berkaitan penghantaran beras, padi, lembu, papan, ayam dan itik.

Ya ‘Aziz

Hamba Dato` Saudagar Raja merafakkan sembah pada hadrat Dato` Gurnador Pulau Pinang yang amat besar martabat dikurnia Tuhan seru sekalian alam bertambah2 masyhur pada segala alam 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.17) berkaitan modal duit (29 Zulkaedah, Rabu)

Qawluhu al-Haqq 

Hamba Dato` Saudagar Raja maklumkan ke hadrat Dato` Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana dikurniakan Tuhan sarwa sekalian alam ‘ala al-dawam 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.16) berkaitan dagangan beras, padi, lembu, kambing, ayam, itik dan papan (21 Jamadil Awal)

Ya ‘Aziz 

Hamba Dato` Saudagar Raja merafakkan sembah maklumkan ke hadrat Dato` Gurnador Pulau Pinang yang mulia lagi masyhur murah hati pada pihak mengasihani pada segala miskin ‘ala al-dawam 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.15) berkaitan dagangan beras, Khamis, 7 Jamadil Akhir

Ya ‘Aziz 

Hamba Dato` Saudagar Raja merafakkan sembah ke bawah kehadrat Dato` Tuan Gurnador yang amat mulia 

Thursday, November 1, 2018

Senarai ambilan Raja Cenak daripada Francis Light (MS 40320/6, f.14) 18 Syawal 1202, Selasa Tahun Dal Awal (22 Julai 1788)

Ini fasal daftar ambilan Duli To`ku Raja Cenak Yang Maha Mulia pada Gurnador Pulau Pinang pertama kain celupan dua belas kodi harganya tujuh ratus dulapan puluh rial 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.13) berkaitan dagangan padi dan lembu

Ya Aziz 

Hamba Dato` Saudagar Raja merafakkan sembah ke bawah kadam Dato` Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi akil bijaksana telah masyhur ke mana 

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.12) berkaitan harga beras dan lembu

Ya Aziz 

Hamba Dato` Saudagar Raja menrafakkan sembah ke bawah hadrat kadam Dato` Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi aqil bijaksana telah masyhur ke mana2