Wednesday, December 19, 2018

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.63) berkaitan masalah dagangan beras (2 Safar, Selasa)

Qultu 

Surat kasih sayang daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang akan surat sahabat beta yang dibawa Kapitan Bilair  itu telah sampailah kepada beta tersebut di dalamnya lama sudah tiada lepas pergi beras ke Pulau Pinang 

Aduan Nakhoda berkaitan kapal yang rosak (MS 40320/6, f.62)

Harta yang binasa dalam kapal pertama2 tali sauh dua tempat ditetak 
dan temerang  baru empat ditetak 
dan tiang kasa ditetak
dan kawya  berendan  sebelah ditetak
dan tepayan  awak lima biji pecah 
dan serban dua jatuh ke air 
dan dua orang luka dipukul

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/6, f.61) berkaitan bayaran 10,000 Rial (14 Syaaban, Selasa)

Daulat Tuanku Shah Alam Zillullah fi al-alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS 40320/6, f.60) berkaitan dagangan beras

Ya Ghafur Rahim 

Daulat Tuanku Yang Muazzam Zillullah fi al-alam ampun tuanku patik Kapitan Dewa Raja yang teramat hina daripada sekalian hina merafa’kan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Senarai perdagangan Saudagar Abdul Ghani (MS 40320/6, f.59)

Pada dua puluh haribulan Rejab pada hari Arba’ dikira2 ambilan Saudagar Abdul Ghani pada Panglima Po Manja baki lagi di atas Saudagar Abdul Ghani empat ratus sepuluh emas sekupang tamat

Warkah-warkah Istana dalam koleksi Light Letters, Rabu, 12 Disember 2018


Saturday, December 8, 2018

Senarai barang dagangan yang belum diterima (MS 40320/6, f.58)

Babat pertama2 barang2 yang tiada dapat lagi kelambu kain sutera Cina suatu sebagai lagi langit2 tiga helai tirai kain jet  sehelai dan permaidani sehelai dan baju perempuan tujuh helai dan baju laki2 tiga helai yang sehelai itu baju kain benang emas dan kain bugis yang baharu sudah dipakai dua helai dan seluar pedendang Aceh sehelai dan kain haleja sutera sekayu dan kain sutera kemuka  sehelai baju dan kain putih kain sembahyang tiga helai dan kain putih pakaian lima helai