Sana<h> tahun wau kepada tiga haribulan Jamadil Awal kepada hari Isnin, kepada waktu pukul dua belas, terbuat surat pengingat, kerani Kecik mengambil kapas seratus sepuluh delapan bandela. Dalam itu, ada yang kecil dua belas, tamat.
Kemudian lagi, peninggal Nakhoda Che` Shah, kepada sembilan haribulan Jamadil Awal kepada hari Ahad, kepada waktu pukul lima, terbuat surat pengingat, kerani Kecik mengambil kapas sembilan puluh delapan bandela, tamat.
Kemudian lagi, kepada sebelas haribulan kepada hari Khamis, kerani Kecik mengambil kapas lima puluh empat bandela, tamat.
Kemudian lagi, kepada tiga belas haribulan kepada hari Sabtu, kerani Kecik mengambil kapas tujuh puluh bandela, tamat.
Kemudian, pada hari itu juga, pada waktu asar, kerani Kecik mengambil kapas, tengah empat puluh bandela, dua fasal ini menjadi seratus lima bandela, tamat.
Kemudian pula ambilan kerani Kecik, enam puluh tiga bandela, tamat.
Pada tiga haribulan Jamadil Akhir, hari Sabtu, kerani Kecik ambil kapas tujuh puluh enam bandela.
Pada enam haribulan Jamadil Akhir, hari Senin, kerani Kecik ambil kapas empat puluh tiga bandela.
No comments:
Post a Comment