Wednesday, April 8, 2015

Surat Chit Francis Light kepada Saudagar Raja (MS40320/3 folio 6 surat 13)

Surat chit daripada Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Saudagar Raja. 


Ahwal akan beras dibawa Kutan itu sudahlah beta terima ambil, banyaknya sekoyan dua ratus sembilan puluh empat gantang dan beras (lembut?) tujuh puluh lima gantang dan kapur dua puluh tujuh karung. Tersebut dalam surat sahabat beta tiga puluh dua karung, kata Kutan sudah buang ke laut kena ribut. Bermula akan kapur itu jangan sahabat beta beri mari lagi. Inilah beta nyatakan. 

Perbuat surat pada empat likur haribulan Rejab. Tamat.

Francis Light 12 March 87

No comments:

Post a Comment