Thursday, April 9, 2015

Surat Francis Light kepada Saudagar Raja (MS40320/3 folio 6 surat 14) 3 April 1787 tentang pembelian lembu

Alhamdulillah 


Surat tulus ikhlas daripada beta Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Saudagar Raja. 

Ahwal akan lembu sahabat beta beri mari sepuluh ekor dibawa Parsat itu sudahlah beta terima ambil. Bermula akan lembu sudah terhimpun di kuala itu, sahabat beta beri mari lagi. Maka akan lembu betina itu, jangan sahabat beta beri mari lagi kerana tiada siap tempat. Apabila sudah siap, boleh beta beri surat pergi. Ahwal inilah beta nyatakan. 

Perbuat surat pada tiga belas haribulan Jamadil Akhir. Tamat. 

Francis Light 3 April 1787

No comments:

Post a Comment