Monday, April 6, 2015

Surat Francis Light kepada Saudagar Raja (MS40320/3 folio 4 surat 6) tentang pembelian kapur, ayam, padi dan beras

Alhamdulillah

Surat tulus ikhlas daripada Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Saudagar Raja. 


Ahwal akan kapur tengah empat kunca dan ayam seratus sepuluh ekor sudah beta terima ambil. Bermula akan padi, kata sahabat beta sudah terhimpun itu, jangan diberi mari lagi. Apabila sudah siap tempat jelapangnya, boleh beta beri surat, nyata pergi pada sahabat beta. Maka akan beras kisar itu, mana yang bolehnya sahabat beta beri marilah, dan beras makan yang baik barang sekunca dua. Syahadan akan ayam sahabat beta beri mari itu banyak ma[ti?] <….koyak...> 

No comments:

Post a Comment