Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana, telah masyhur sampai ke mana-mana.
Kemudian dari itu, barang tahu kiranya sahabat beta, ahwal akan surat sahabat beta beri mari dibawa Saudagar Mirangkandu ini sampailah pada beta dengan (sem)purnanya pada tujuh likur haribulan Zulhijjah, hari Ahad. Maka segala yang tersebut di dalam surat sahabat beta dan pesan sahabat beta pada Saudagar Mirangkandu itu fahamlah beta.
Maka sahabat beta nyatakan mari segala khabar itu belum lagi khusus. Jika sahabat beta beroleh khabar yang khusus, sahabat beta hendak nyatakan mari pada beta. Maka amat kesukaanlah beta kerana perintah baik dan jahat itu sahabat betalah yang tahu lebih pendapat sahabat beta. Jika ada sahabat beta beroleh khabar yang khusus, boleh sahabat beta buat surat beri mari pada teman beta yang membawa surat beta ini.
Sebermula adalah dikhabarkan Saudagar Mirangkandu ini kata ada perahu mari dari Langkat muat belerang. Pinta sahabat beta tolong beli, beri mari. Dalam itu pun jika tiada boleh belerang di perahu itu pun pinta belerang pada sahabat beta serta dengan ubat bedil. Akan banyak belerang dan ubat itu sudah tentu pada surat beta dibawa Nakhoda Muhammad Hashim, beri akan Saudagar Mirangkandu. Maka saudagar ini sudah mari. Maka inilah beta pinta tolong pada sahabat beta.
Perbuat hari Ahad, pada tujuh likur haribulan Zulhijjah itu juga. Tamat al-kalam.
No comments:
Post a Comment