Thursday, April 2, 2015

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS40320/8 folio 107) tentang kehendak Light hendak bertemu (Khamis, 18 Zulhijjah)

Qultu

Barang tahu sahabat beta Gurnador Kapitan Light Dewa Raja. 


Ahwal akan surat daripada sahabat beta ini sampailah pada beta, serta air mawar dulapan kaca sudah sampai pada beta, terima ambil dengan suka hati. 

Maka pada hal bicara hendak pergi mengambil khabar daripada awak itu, maka itulah beta beri pergi surat pada anak beta itu Cik Awi, suruh muafakat dengan sahabat beta. Jika jadi kebajikan serta tiada apa penyuruh sahabat beta itu, boleh sahabat beta suruh sekarang ini. Tersebut di dalam surat sahabat beta, kalau-kalau jadi dipegang penyuruh sahabat beta, maka kita berhentilah dahulu. 

Maka sahabat beta sangat kehendak hendak berjumpa dengan beta barang seketika. Maka kata sahabat beta tengah susah, tiada boleh tinggal. Maka berhentilah dahulu. Apabila lega sedikit daripada segala dagang itu, mudah-mudahan sahabat beta ajak anak beta itu Cik Awi mari barang seketika, boleh pulang segera. Ahwal itulah beta nyatakan pada sahabat beta.

Perbuat surat pada hari Khamis delapan belas haribulan Zulhijjah. Tamat.

No comments:

Post a Comment