Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang dan tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.
Ahwal adalah surat sahabat beta beri mari nyatakan kapal banyak mari ke Pulau Pinang, sahabat beta kehendaki beras lima puluh koyan. Maka di dalam beta suruh kutip beli himpun, jadi pun lambat gendala dengan sebab ujan ribut. Maka inilah budak beta nama Panjang Acheh, beta suruh bawa pergi beras tengah empat koyan, minta sahabat beta terima ambil, beri mari surat sahabat beta tanda sampai beras itu.
Maka akan papan cina dalam beta suruh kerjakan barang yang boleh, beta suruh hantar pergi dari belakang kerana cina gaji papan itu tiada banyak, ada dua orang sahaja mengerja gaji papan, dalam Kedah pun banyak jadi belanja papan itulah, jadi lambat sedikit.
Maka akan orang-orang hendak bawa ayam, itik dan ubi pisang hendak pergi jual ke Pulau Pinang itu tiada beta tegah larang, sekadar hendak bawa beras banyak-banyak itulah beta suruh tahan hingga secukup bekalnya beta suruh lepas kerana beta suruh kutip beli beras itu, himpun hendak hantar akan sahabat beta juga. Ahwal itulah beta nyatakan sahabat beta.
Perbuat surat empat likur hari Syaban, hari Isnin. Tamat.
No comments:
Post a Comment