Friday, April 3, 2015

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS40320/8 folio 108) tentang permintaan beras (Sabtu, 7 Ramadhan)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. 


Bahawa akan surat sahabat beta dibawa anak beta ini Cik Awi, sampailah pada beta. Maka adalah dikhabar anak beta ini pada beta, kata sahabat beta hendak suruh Jaga-jaga mari terima ambil beras di Kuala Kedah ini. 

Maka perintah beras itu sudah beta beri surat pada sahabat hendak suruh pergi hantar beras itu seperti dalam surat janji sahabat beta dengan beta. Jika sahabat beta suruh Jaga-jaga itu mari terima ambil beras itu di Kuala Kedah ini, jadi malulah beta pada segala dagang dan menteri pegawai beta dalam negeri ini kerana sudah janji beta dengan sahabat beta hendak suruh hantar. 

Maka beta pintalah pada sahabat beta perintah beras itu, janganlah sahabat beta susah suruh mari terima ambil beras itu, boleh beta suruh hantar. Jika tiada sampai seperti janji beta itu, jadi salahlah beta pada sahabat beta. Maka itulah beta nyatakan sahabat beta. 

Perbuat surat pada hari Sabtu, tujuh haribulan Ramadhan. Tamat.

No comments:

Post a Comment