Friday, April 10, 2015

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS40320/9 folio 50) tentang pembelian opium

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan daripada beta kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang telah masyhur kepada pihak perintah kebajikan.

Kemudian dari itu, barang tahu sahabat beta, maka akan sahabat beta nyatakan mari pada beta ada opium kompeni yang baik, harga pun murah, hendak jual kepada beta. Maka itulah beta beri pergi penyuruh beta. 

Jika sudah berkenan, berbetulan harga yang baik pada penyuruh beta itu, diberilah mari opium itu barang dua puluh peti dan jika ada dagangan yang baik-baik pada sahabat beta, mana diperkenankan penyuruh beta itu, diberilah mari barang seribu rial dahulu pada beta ini.

Perbuat surat pada hari Jumaat, tiga hari timbul bulan Jamadil Akhir. Tamat.

No comments:

Post a Comment