Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta, sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.
Ahwal maka adalah surat mari dari benua Siam sampai kepada beta, dibawa Piya Rechung Mung dan Prak Pakdi Buri Rak, dikehendaki beras dan perahu serta dengan orangnya bawa ke Salang. Maka pada tahun ini sangatlah kekurangan padi beras pada beta. Maka itulah beta suruh cucu beta, Cik Long anak Tengku Awi, pergi pada sahabat beta serta membawa timah sedikit, pinta dengan penolong sahabat beta dijual beri akan cucu beta itu seperti harga perjualan sahabat beta di Pulau Pinang itu.
Demikian lagi, beta pinta dengan penolong sahabat beta juga dibeli beri beras barang enam tujuh puluh koyan seperti harga belian sahabat beta di perahu dagang itu, telah harap sangatlah beta akan penolong sahabat beta, dibicara beri boleh beras itu kerana dikehendaki Raja benua Siam, mau sampai beras itu ke Salang di dalam bulan sebelas ini. Dengan hal itulah jadi sangat harap beta akan bolehnya beras itu dengan penolong sahabat beta. Ahwal itulah beta nyatakan.
Pergi pada sahabat beta surat hari Arba', pada dua haribulan Safar. Tamat.
No comments:
Post a Comment