Wednesday, April 29, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/9 folio 100) tentang ambilan dan hutang nakhoda

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.


Maka adalah nakhoda kapal orang hendak (sin-lam-mim-ba-ra-alif-mim?) berutang kepada beta, hendak pergi ke Melaka. Pulang mari dari Melaka hendak bayar kepada beta, beri selesai. Maka nakhoda itu tiada pergi ke Melaka, duduk di Pulau Pinang. 

Pinta sahabat beta beri mari nakhoda itu bersama Nakhoda Lebai Malim, bawa kapal itu, mari selesaikan ambilan dirinya pada beta ini. Hubaya, hubaya.

Pergi surat pada hari Sabtu, dua puluh haribulan Rabiul Awal. Tamat.

No comments:

Post a Comment