Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gur<...nador...> Pulau Pinang.
Ahwal surat sahabat beta pinta perahu sepuluh lima belas haluan itu, maka tengah beta suruh se<...gera?...> hendak diberi pergi, tiba-tiba lanun itu sudah lepas mari ke Pulau Bunting, jadi gendala, tiada boleh diberi berlayar se<...gera?...> gundah hal bersiap negeri. Maka sudah beta suruh Syahbandar pergi periksa lanun itu, katanya sudah ia pinta jalan pada sahabat beta hendak langsung ke sebelah barat.
Inilah ia singgah hendak nyatakan pada beta serta ia bersam<...a?...> pada Syahbandar, kata tiada hendak mem(bi)nasakan segala jajahan negeri beta ini. Maka dipintanya beli beras barang sepuluh koyan. Maka beta tiada suka mem(b)awa beri. Maka muafakat segala menteri hulubalang diberi tiga empat ratus <...> kerana dipintanya itu dengan kebajikan.
Maka perintah beta menyuruh pergi bertanya orang lanun itu, sudah Laksamana beri surat pada Hakim Muhammad nyatakan pada sahabat beta. Maka pada lima haribulan hari Sabtu ini, sampai Jaga-jaga mengik<...ut?...> lanun itu berdan di Kuala Tebengau. Maka dipukul Jaga-jaga sampai petang. Maka malam itu lanun lari ke sebelah barat. Maka Kapitan Jaga-jaga mari berlabuh di kuala, naik berjumpa dengan beta, pinta tolong beli makanan, sudah beta suruh beri.
Maka inilah Syahbandar beta suruh pergi pada sahabat beta, nyatakan segala perintah lanun itu, sekarang bagaimana bicara sahabat beta perintah lanun itu, pinta nyatakan mari, boleh beta ketahui kerana perintah sebelah laut itu sudah dalam perintah sahabat beta, pelihara beri jadi kebajikan, boleh kesenangan isi negeri ini.
Maka beta sekarang ini duduk bersiap kuala dibubuh rantai dan jojol, ditunggu Jaga, dan siap perahu barang yang ada ini dan beringat pada segala tempat, mana boleh kita ketahui kerja orang jahat.
Inilah beta nyatakan. Tamat.
No comments:
Post a Comment