Thursday, May 14, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 46) berkenaan harga beras di Kedah semakin mahal dan sukar didapati

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.


Maka adalah surat sahabat beta beri mari pada Kapitan Yan Kallas, penghulu sipai itu sudahlah sampai kepada beta. Tersebut dalamnya sahabat beta beri mari Kapitan Yan Kallas dan panglima seorang berjumpa dengan beta dan lagi tersebut sahabat beta minta serahkan beras belanja kepada Kapitan Komander. 

Maka akan Kapitan Yan Kallas dan panglima itu sudahlah mari berjumpa dengan beta. Maka akan beras tiada berhimpun setempat, tiada sempat disuruh serahkan segera kerana kapitan-kapitan itu hendak berlayar segera pergi melihat pulau-pulau. 

Maka ini datang surat sahabat beta dibawa Kapitan Bilayar, tersebut dalamnya fasal beras tiada dibawa orang ke Pulau Pinang. Maka hal beras di dalam Kedah ini sudah mahal sebelah darat, berharga enam gantang serial. Maka perintah beras mahal ini sahabat beta pun ketahui, tambahan musim ujan, segala rakyat duduk buat kerja bendang, jadi sangatlah susah diboleh beras. 

Dengan sebab itulah tiada orang membawa pergi beras, di dalam itu pun beta suruh Laksamana kutip himpun barang yang boleh serahkan pada Kapitan Bilayar. Maka tiada sempat diserahkan oleh Laksamana, Kapitan Bilayar itu sudah berlayar pergi. Kemudian beta suruh kutip himpun beras beri banyak sedikit, di dalam beta suruh bermuat dalam sulab, beta hendak suruh cucu beta itu Cik Long hantarkan kepada sahabat beta di dalam bulan ini. Jadi pun lambat sedikit kerana cucu beta itu di dalam susah. Ahwal itulah beta nyatakan sahabat beta.

Perbuat surat pada dulapan haribulan Safar, hari Isnin. Tamat.

[Di belakang surat]

The King
23 Nov

No comments:

Post a Comment