Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.
Ahwal adalah teman beta Maharaja Lela hendak pergi kepada sahabat beta, minta tolong kepada sahabat beta keluarkan piutangnya pada orang di Pulau Pinang, serta ia hendak membeli dagangan sedikit-sedikit, boleh sahabat beta tolong Maharaja Lela itu.
Maka adalah beta kirim beras pada Maharaja Lela dua koyan, minta sahabat beta suruh terima ambil beras dua koyan itu, harganya sahabat beta serah beri mari pada Maharaja Lela. Maka sekarang harga beras sudah tinggi, boleh sahabat beta bidakan harga luar dengan harga beras belanja sahabat beta itu.
Maka adalah beta hendak berguna papan jati empat lima keping atau kayu jati, sudah beta pesan pada Maharaja Lela, barang yang diperkenannya sahabat beta suruh serah beri akan harganya, sahabat beta terima ambil pada Maharaja Lela.
Dan lagi beta hendak berguna tali sabut. Jika ada pada sahabat beta, beta minta beli barang empat bahara, boleh sahabat beta suruh serah beri pada Maharaja Lela, terima ambil harganya. Ahwal itulah beta nyatakan kepada sahabat beta.
Perbuat surat enam haribulan Jamadil Akhir, hari Jumaat. Tamat.
[Di belakang surat]
Recd 18 March 88
No comments:
Post a Comment