Tuesday, May 19, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 49) tentang permintaan Gabenor Jeneral terhadap Pulau Pinang

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.

Bahawa akan surat sahabat beta beri mari itu sampailah pada beta. Maka tersebut di dalam surat sahabat beta itu, sahabat beta hendak khususkan seperti pinta beta itu. Maka amat kesukaanlah beta kerana dari dahulu pun sahabat beta itu sahaja sahabat kepada beta. 

Maka kemudian disuruh Jenderal Benggala, sahabat beta mari pada beta pinta Pulau Pinang itu. Maka sepatutlah sahabat beta selesaikan seperti surat sahabat beta pinta Pulau Pinang dengan suruh Jenderal itu dan seperti surat pinta beta itu. 

Demikian lagi akan lembu sahabat beta pinta pada saudagar, itu pun sudahlah beta nyatakan pada saudagar, suruh bicarakan. Maka itulah beta nyatakan kepada sahabat beta.

Perbuat surat pada hari Sabtu, lima belas haribulan Syawal. Tamat.

[Di belakang surat]

Ini surat Duli Yang Dipertuan Kedah

No comments:

Post a Comment