Friday, May 22, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 64) berkenaan penangkapan orang yang lari serta permintaan kapur dari Pulau Pinang

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berputusan selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada beta sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.


Ahwal adalah surat daripada sahabat beta beri mari pada beta, tersebut dalamnya ada teman kapitan lari, pinta beta cahari hantar pergi pada sahabat beta. Maka sudah beta suruh panggil Laksamana suruh cahari. 

Maka kata Laksamana sudah ditangkapnya, diserahkan pada teman sahabat beta yang membawa surat sahabat beta itu, bawa pergi pada sahabat beta orang itu. 

Maka akan kapur sahabat beta pinta itu, orang mengerjakan kapur itu tiada hingga dua tiga orang sahaja, beta suruhlah kerjakan barang yang boleh dikerjanya. Kemudian boleh beta nyatakan pergi pada sahabat beta.

Perbuat surat pada lima likur bulan Jamadil Akhir, hari Arba'. Tamat.

No comments:

Post a Comment