Al-Mustahaq
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.
Bahawa akan surat sahabat beta beri mari dibawa Mister Beekan serta belerang lima bahara dua puluh kati itu sudahlah sampai pada beta. Maka sudah beta suruh timbang terima ambil beratnya lima bahara dulapan belas kati.
Maka tersebut dalam surat sahabat beta itu fasal hutang Seri Maharaja Dewa pada sahabat beta, lama sudah tiada ia bayar. Itu pun sudah beta nyatakan pada Seri Maharaja Dewa suruh himpun rial hantar pergi pada sahabat beta selesaikan dengan segera.
Demikian lagi akan timah dibawa orang dari Kuala Muda itu, sahabat beta pinta beli singgah, ada timah beta suruh ambil dari Kuala Muda, ada tiga empat puluh bahara. Maka timah itu dahulu daripada surat sahabat beta ini sudah dibeli Saudagar Mirangkandu, katanya dengan surat Nasruddin dan Kapitan Kallas beri mari dari Terengganu, pinta saudagar ini cahari beli timah.
Akan budak Patani dibawa Cina dari (fa-lam-ya-nun, Palian?) hendak jual, sahabat beta pegang ambil jadikan rakyat itu, benarlah perintah itu. Itulah beta nyatakan sahabat beta. Maka akan surat ini beta hendak beri pada Mister Beekan tiada berdan. Itulah beta suruh hantar pada sahabat beta.

Perbuat surat pada lima belas hari bulan Muharam, pada hari Khamis. Tamat.
[Di belakang surat]
Ini surat Yang Dipertuan Kedah
[Di belakang surat]
Ini surat Yang Dipertuan Kedah
No comments:
Post a Comment