Wednesday, May 6, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 44) tentang orang Patani yang hendak dijual

Al-Mustahaq

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.




Ahwal akan surat sahabat beta beri akan Laksamana fasal orang Patani ini, sudah dimaklumkan Laksamana pada beta. Maka akan perintah sahabat beta ambil Patani daripada teman Panglima Long (jim-ya-ra-kaf/Jirak?) itu. Maka amat benarlah perintah sahabat beta, tiadalah patut kita benarkan perintah Panglima Long (jim-ya-ra-kaf/Jirak?) hendak buat inaya hendak jual rakyat itu. Maka akan orang Patani itu pun sudah beta terima ambil taruh.

Syahadan akan orang yang sahabat beta pinta ini sudah beta suruh periksa, nyatalah orang jahat. Maka itulah beta suruh Laksamana buat surat, nyatakan pergi pada sahabat beta perintah orang itu.

Ahwal itulah beta nyatakan pada sahabat beta. Intaha al-kalam.

No comments:

Post a Comment