Tuesday, May 19, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 53) berkenaan budak-budak yang lari ke Pulau Pinang

Al-Mustahaq

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.

Bahawa maka adalah budak-budak beta banyak lari daripada kerja. Maka dikhabarkan orang ada setengah budak-budak itu di Pulau Pinang. Maka itulah beta suruh budak beta Panjang Acheh, pergi turut ambil budak-budak itu. 

Jikalau budak-budak itu bantahan, tiada mau mari bersama Panjang itu, pinta sahabat beta suruh teman-teman sahabat beta tangkap bubuh rantai, serahkan pada Panjang, boleh dibawanya mari pada beta. Kemudian rantai itu beta suruh bawa hantar pada sahabat beta. Maka itulah beta nyatakan.

Perbuat surat pada sembilan haribulan Rabiul Akhir, hari Selasa. Tamat.

No comments:

Post a Comment