Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta, sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.
Maka adalah surat sahabat beta beri mari dibawa Saudagar Mirangkandu itu sampailah pada beta, serta sahabat beta nyatakan mari dengan tulus ikhlas. Maka beta pun menerima dengan ikhlas putih hati juga.
Maka akan tersebut dalam surat itu, sahabat beta pinta khususkan pada perintah Pulau Pinang itu dahulu. Maka sahabat beta hendak pergi ke Benggala, nyatakan pada Jenderal. Maka kerja itu amat kesukaan pada beta.
Maka beta hendak putuskan perintah itu, tiadalah boleh kerana berjauhan. Maka sudah dahulu beta suruh Laksamana bawa surat, nyatakan perintah Pulau Pinang itu pada sahabat beta, seperti itulah kehendak beta. Maka inilah surat ikrar sahabat beta menyampaikan kehendak Jenderal serta janji sahabat beta kata dengan penyuruh Jeneral, beri taruh pada beta, disalin beri pergi bersama-sama surat ini.
Maka sebab pun beta pinta tiga laksa rial itu hendak melepaskan daripada nama hasil opium itu, kalau-kalau jadi susah sampai pada Jenderal kerana mengambil hasil itu maulah diketahui banyak bilangannya. Dalam ini, jika tulus ikhlas putih hati, sahabat beta mari berjumpa sama beta, boleh berkira-kira, beri pada beta lebih kurang sedikit, ambil surat beta, boleh sahabat beta bawa sampai pada Jenderal kerana tersebut dalam surat Jenderal beri mari, itu pun barang (meng<kh>usus?) beta, disuruh nyatakan pada sahabat beta, boleh sampaikan pada Jenderal.
Dalam itu pun, lebih fikir hemat sahabat beta orang tuha bicarakan pada jalan kebajikan lagi tempat harap, daripada masa Paduka Marhum sampai pada beta pun menaruh harap juga, dengan sebab sahabat beta penyuruh Jenderal, orang besar lagi yang amat kuasa, tiadalah mau memberi kecederaan dan kesakitan atas beta, orang yang lemah pada segenap perkaranya. Inilah dinyatakan.
Pergi surat sepuluh haribulan Rejab. Tamat.
No comments:
Post a Comment