Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.
Bahawa adalah orang berhutang pada teman beta Ma<h>kota Dewa Raja, nama Suri. Maka Suri itu lari pergi ke Pulau Pinang, dua tahun sudah lamanya, tiada ia pulang mari. Maka banyak hutangnya dua puluh lima rial. <Pinta?> sahabat beta ambil budak Suri itu, beri mari pada Maharaja Lela itu.
Dalam itu jika ada orang hendak <bayar?> budak itu, itu pun pinta sahabat beta terima ambil rial itu, serahkan pada Maharaja Lela itu. Maka itulah beta nyatakan pada sahabat beta.
Perbuat surat pada dua belas haribulan Muharam, hari Isnin. Tamat.
No comments:
Post a Comment