Tuesday, May 19, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 55) memulangkan kain Bugis dan penyerahan lembu

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.

Bahawa akan kain Bugis sahabat beta beri mari pada Panjang Acheh seratus dua puluh dulapan kodi enam helai. Maka sahabat beta tolak empat helai tinggal seratus dua puluh dulapan kodi dua helai. Maka sampai pada beta seratus dua puluh dulapan kodi tiga helai. 

Maka tersebut dalam surat sahabat beta itu jikalau beta tiada suka, sahabat beta suruh hantar balik kain itu. Maka dalam beta hendak suruh hantar, maka datang pula surat sahabat beta fasal kain itu. Jika beta tiada suka, sahabat beta suruh serahkan pada Seri Maharaja Dewa tolong jual. 

Maka beta hendak suruh serahkan pada Seri Maharaja Dewa. Maka ia tiada mau terima kerana harga kain dalam negeri Kedah ini terlalu murah, kalau jadi rugi sahabat beta. Maka itulah beta suruh serahkan kain Bugis seratus dua puluh dulapan kodi tiga helai itu pada Kapitan Komodor, boleh kapitan itu bawa sampaikan pada sahabat beta. 

Demikian lagi akan lembu, sahabat beta pinta itu lagi akan beta suruh cari. Maka ada empat ekor sudah beta suruh serahkan pada Kapitan Komodor itu. Itulah beta nyatakan sahabat beta.

Perbuat surat pada tujuh belas haribulan Rabiul Akhir.

[Di belakang surat]

Ini surat Yang Dipertuan Kedah

Return of the 

Buggis Cloth

No comments:

Post a Comment