Thursday, May 7, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 43) tentang orang yang lari dari Pulau Pinang

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.

Bahawa inilah budak sahabat beta yang lari dari Pulau Pinang dulapan belas orang, berjumpa dengan teman beta sebelah darat, diambil bawa mari pada beta. 

Maka itulah beta serahkan pada Laksamana, suruh hantar pergi akan sahabat beta, pinta sahabat beta terima ambil serta balas surat sahabat beta mari akan beta, tanda sampai budak-budak itu akan sahabat beta. Itulah beta nyatakan pada sahabat beta.

Perbuat surat ini pada hari Sabtu, enam likur haribulan Zulhijjah. Tamat.

No comments:

Post a Comment