Monday, May 18, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 54) untuk menumpangkan Saudagar Sulaiman ke Madras

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.

Adalah beta menyuruh Saudagar Sulaiman pergi ke Mandaras. Maka tiada berdan dengan kapal orang Keling hendak tumpangkan. Maka inilah beta beri pergi Saudagar Sulaiman ini pada sahabat beta. 

Jika ada kapal sahabat beta atau kapal siapa-siapa hendak berlayar pergi ke Mandaras, maka beta pinta dengan penolong sahabat betalah tumpangkan beri berlayar Saudagar Sulaiman ini. Itulah beta nyatakan.

Buat surat tujuh likur bulan Jamadil Awal, hari Arba'. Tamat.

No comments:

Post a Comment