Al-hamdu lillah asma’
al-‘izam wa rab al-‘arsy al-kiram wa ihtimal alaihi khairuh al-akmal wa
al-salat wa al-salam ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabihi al-azim wa bi al-hidayah
al-a’yan al-karim telah selesai daripada memuji sifat al-rahman wa bi a-qudrah al-a‘la dan selawat
akan nabi ila akhir al-zaman maka diidafatkan dalamnya sembah banyak2 serta
ta’zim dan takrim iaitu daripada Nakhoda Po Kut Nadabah yang hina dina lagi miskin dan yatim kepada pangkat yang a’la dan darjat yang tinggi
iaitu Gurnador Pulau Pinang yang telah ditolongkan Allah dan sekalian nabi dari
dunia datang ke akhirat Amin ya Rab al-‘alamin amma ba’d
ada pun kemudian dari
itu barang tahu oleh Datuk akan hal ehwal hamba Datuk orang miskin sangat
jikalau ada kasih sayang Datuk akan hamba Datuk kirim kain putih gajah khur barang yang ada dan opiun dan senampang barang empat pucuk jikalau
sebenggala harganya sekalipun dan ubat yang baik satu kipar(?) dan batu barang dua tiga puluh dan lagi suatu pun tiada jenteramata hamba Datuk melainkan hanya beras ada dua koyan dan lagi seluar satu dan lagi
beras kurang asa(?) tiga empat puluh sempit(?) dan gambir dulapan puluh buah jikalau ada Datuk kasih akan hamba Datuk beri
kepada adinda hamba Po Qadir ialah nakhoda perahu itu barang2 khabar Datuk beri
balas surat ada dengan tiada ialah wakillah hamba yang mutlak sekarang ini
hamba Datuk tengah wasalkan pinang ada sekati dua kati jikalau sudah sampai
surat Datuk ke Teluk Semawi insha Allah ta’ala berkat mukjizat nabi ‘alaih al-salam
sampailah hamba Datuk ke negeri Pulau Pinang Darul Aman
tamat al-kalam bi al-
khair wa al-salami
No comments:
Post a Comment