Ya ‘Aziz al-Karim
surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada Tuan Syed Muhammad yang duduk bernaung di dalam susunan barang disampaikan Allah kepada Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhurlah kepujian sampai ke manan2 wa ba’d
dari itu adalah ahwal tuan menyuruh Nakhoda Mualim mengadap Dato’ serta bawa timah sedikit jika kasihan Dato’ Gurnador kepada Tuan Sayid Muhammad serta Kapitan Askut jika ada harab percaya tawakal Dato’ Gurnador dengan Kapitan Askut kepada Tuan Sayid Muhammad yang daif lagi miskin cubalah Dato’ tawakal buang kepada Tuan sekali ini hendak pinta tolong seboleh2nya kepada Dato’ dengan Kapitan Askut hendak berhutang rial barang sepuluh bahara melainkan harganya rial Dato’ itu kurang dua lima puluh rial sebaharanya sebab tuan sangatlah kurang rial menutup timah orang Cina itu ada sedikit tiada cukup pembelinya insya Allah taala haraplah Dato’ Gurnador habis lamanya habis bulan puasa Ramadhan ini melainkan Dato’ tahukan sampailah timah itu ke Pulau Pinang insya Allah
jika tiada sampai habis bulan Ramadhan ini melainkan apa hukum Dato’ melainkan tuan timbanglah kepada Dato’ salah tuan sepenuh2 salah telah harablah sepenuh2 harablah tuan duduk dalam susunan itu kepada Dato Gurnadorlah akan tempat tuan mengadu sedikit banyak pinta pinta tolong sekadar miskin tuanlah kepada Dato’ berdua dengan Kapitan Askut jika sudah Dato’ serahkan pada Nakhoda Mu’alim itu beri rial itu melainkan seperti kepada tuanlah sendirilah sudah menerima kepada Dato’
itulah dimaklumkan hal kepada Dato’ Gurnador dengan Kapitan Askut buat surat pada tujuh likur bulan Syaaban pada hari Isnin tamat
[Di bahagian belakang]
ini surat Sayid Muhammad sudah balas
No comments:
Post a Comment