Thursday, May 21, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 59) berkenaan perniagaan Sultan yang diurus oleh Saudagar Raja

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana, telah masyhur ke mana-mana.



Kemudian daripada itu, barang tahu sahabat beta, maka adalah beta suruh Saudagar Raja perniagakan berniagaan beta. Maka kehadapan ini, jika barang jenis dagangan yang jadi guna perkenan pada Saudagar Raja, jika ia beri pergi surat akan sahabat barang dagangan dipintanya itu, sahabat beta beri mari dengan harga serupa, boleh dijual hantar pergi harganya itu pada sahabat beta. 

Demikian lagi barang kehendak sahabat beta yang perguna di (sin-ya-nun-nun/sinun?) daripada beras dan lembu dan barang makanan, sahabat beta beri mari surat, boleh dibicaranya cahari beri. Tatkala berkira-kira sahabat beta dengan Saudagar Raja, jika tinggal baki lagi arta sahabat beta pada Saudagar Raja, boleh beta tolong bayar akan sahabat beta. Inilah beta nyatakan pada sahabat beta.

Perbuat surat enam likur haribulan Jamadil Akhir. Tamat.

2 comments:

  1. saya ada search berkaitan (sin-ya-nun-nun)
    sinun saya tak jumpa yang berkaitan
    sinan nama seorang arkitek zaman turki uthmaniyyah ; Mimar Sinan
    macam mana ustaz?

    ReplyDelete
  2. Sinun bukan nama org..itu lebih kepada tempat mana..di sini di sana di sinun lg jauh

    ReplyDelete