Monday, October 12, 2015

Surat Francis Light kepada Sultan Muhammad Jiwa Kedah (MS40320/3 folio 19) berkenaan meminta izin Sultan untuk membeli gajah

Ya Ghafur al-Rahim

[Surat 1, bahagian bawah, surat daripada Francis Light]
Daulat Tuanku Shah Alam ZilluLLah Fi al-‘Alam. Ampun Tuanku. Patik Kapitan Light Dewa Raja merafakkan sembah ke bawah cerpu Duli Yang Di Pertuan Besar serta patik mohonkan ampun beribu ampun penuh limpah sedia terjunjung ke atas jemala patik hamba, ampun Tuanku. 


Patik maklumkan ahwal pedati meriam barang tiga puluh, patik pohonkan, ampun Tuanku. Patik pohonkan titah Duli Yang Maha Mulia barang sebaris, patik hendak beli gajah barang dua ekor. Patik hendak hantar ke Madras hendak beri hadiah ke Nabab, ampun Tuanku. 

Segala hal ehwal patik ini nyatalah pada patik itu Seri Setia Raja, ampun Tuanku. Emas yang dibawak patik itu Seri Setia Khan seribu enam ratus emas itu sudah patik serahkan pada patik itu Seri Setia Raja dengan harga opium sepeti itu, ampun Tuanku. Daulat saadat bertambah istirahat.

Perbuat surat ini pada enam belas hari bulan Syawal.

[Surat 2, bahagian atas, jawapan oleh Sultan Muhammad Jiwa]
Bahawa akan anak kami Light Kapitan Dewa Raja minta surat kami benarkan hendak beli gajah dua ekor itu, (mika?) belilah ambil. Maka akan pedati (mika?) minta itu, tiada lagi pada kami, sudah kami suruh tetak papan pedati, datang papan itu (mika) suruhlah mari ambil, kami beri. 

Perbuat surat pada dula[pan] belas hari bulan Syawal. Tamat.

Sebermula itulah anak kami Tengku Diyauddin, kami suruh pergi ambil kapal baharu datang dari Selangor itu bersama-sama Paduka Seri Bungsu dan Raja Pahlawan Ali Khan. Hendaklah anak kami pelihara anak kami itu daripada seribu sakit sukarnya. Tamat.

No comments:

Post a Comment