Wednesday, October 28, 2015

Surat Perjanjian Mek Mas (MS40320/3 folio 26) 29 Ramadhan 1198 tahun Alif, hari Selasa (17 Ogos 1784) berkenaan jual beli diri dan pembayaran

Qawluhu al-Haq

Sanah 1198 tahun pada tahun alif sembilan likur hari bulan Ramadhan hari Selasa.

Bahawa pada ketika itu, ini menyatakan Mek Mas anak Mak Rela pinta perbuat surat putus fasal dirinya berjual diri pada Tok Kaya Raja Pekerma Indera Leka isteri dengan harga empat puluh dulapan emas. Maka sudahlah selesai diserah Dato' Kaya Raja Pekerma Indera emas empat puluh dulapan, emas itu diterima Mek Mas bayar akan Sari anak Pandak Kulat lihat(?) tiga puluh emas dua kupang dibayar Sari pada Mek Mas Bayan Jemuras tujuh belas emas dua kupang. 

Maka janji Mek Mas dengan Dato' Kaya Raja Pekerma Indera Leka isteri hendak mengerjakan kerja Dato’ itu barang yang disuruh Dato’ Kaya Raja Pekerma Indera Leka isteri tiadalah qar(?) qil(?) lagi dan jika terlangsung leka tangan Dato’ Kaya Raja Pekerma Indera Leka isteri pukul bedal pecah berdarah tiadalah berharga darah Mek Mas. 

Demikianlah janji Mek Mas dengan Dato’ Kaya Raja Pekerma Indera Leka isteri. Maka inilah diperbuat surat tapak tangan Mek Mas tanda sah berjual diri supaya menolak dakwa pada hari yang kehadapan ini. Tatkala diperbuat ini di hadapan Dato’ Temenggung Raja Putera Wangsa dan Dato’ Kaya Raja Putera Indera dan Wan Ngah pandai emas, wakatibuhu Raja Dewa Putera. Tamat. 

Inilah bekas jari Mek Mas tanda sah seperti tersebut di dalam surat ini.

1 comment:

  1. 19 Ramadhan 1198 bersamaan 6 Ogos 1784 M.
    Makna kata Light belum duduk di Pulau Pinang ya..
    Terima kasih banyak2 Dr atas usaha yang sangat hebat ini

    ReplyDelete