Ya Qadiya al-hajat
Surat tulus ikhlas daripada adinda iaitu penggawa yang istirehat di bandar Telibong negeri Terang, datang kepada kekanda, Kapitan Laik Dewa Raja dalam negeri Kota Salang yang amat mengasih handai taulan, selagi ada perkitara[n] cakerawala matahari dan bulan, sentiasa kasih dan sayang tiada berputusan, yang pandai memerintahkan dengan segala sahabat handai bersetiawan. Telah masyhurlah arif bijaksana dengan perangai yang sempurna, sampailah gahnya ke mana-mana, dari atas angin dan ke bawah angin kedengaran baha[n]a
Ahwal maka adalah akan [h]utang adinda ambil pada Faqir Sab dan pada malam akan padi seperti janji adinda dalam tapak tangan adinda, dahulu pun ada adinda suruh [h]antarkan pada kekanda, belum sampai, tiada sampai pun. Tiadalah adinda ketahui karena belum lagi yang disuruh pergi pada kekanda itu. Maka ia hendak pergi mendapat kekanda. Maka ia pinta pada adinda suruh [h]antar juga pada kekanda.
Jika tiada kekanda suka kata Nakhoda Faqir Sab padi itu ialah jualkan padi itu turut seperti harga Salang. Harganya itu beri kepada kekanda, jadi wasal adinda. Dalam itu pun, jika kekanda suka, terima ambil pada Nakhoda Faqir Sab. Dalam itu pun, mana suka kekanda hendak terima ambil di Telibong pun sangatlah suka pada adinda karena tiada upaya pada adinda, itu pun daripada sangat dikehendak oleh Nakhoda Faqir Sab suruh hantar.
Jadi, adinda bicarakan mana boleh adinda upayakan. Itu pun dengan tolong kekanda segala jual barang yang adinda beri pergi melainkan herba adinda kepada kekanda, melepaskan barang suatu hal segala harta serta teman2 yang pergi pada kekanda.
Ahwal inilah adinda pinta tolong pada kekanda. Tamat.
Telibong sepatutnya tuan, bukan Telebang. Dalam peta-peta sebelum 1900 ada ditunjukkan Pulau Telibong ini yang kini digelar Siam Koh Libong, duduk dalam Wilayah Trang.
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat.
Delete